Hi and Assalamualaikum !
Well, kawan aku yang sorang tu duk membelasah aku dengan pertanyaan begini ,
-" Weh pemalas gila kan kau nak upadate blog. "
Ala, nanti-nanti lah. Aku busy.
-" Dari haritu aku tengok kau punya tak update ape pon. "
Hish. Bosan. Takde benda nak cerita. Tengok ah cane
Haa nah ! hambek . Segala corat coret aku kali ni yang aku agak tak berapa nak panjang, tapi gambar semua dengan cool nya aku edit begitu begini sampai kan aku pon tak tau macamane asal gambar gambaar tu suma.
So lebih kurang begitu lah conversation kami. Agak beterabur sikit aku
nak ingat balik apa dia cakap tapi memang ada sikit macam tu lah.
Sememang nya aku agak la malas sedikit nak lagi masa cuti camni. Takde
sape nak layan aku bila aku sensorang kat rumah jadi lebih baik aku
bangun lambat-lambat then sambung tengok tv bla bla bla.. Pehtu bila dah
malam, bukak laptop and check email sikit pehtu nya tido. Kan heaven
hidup seharian macamtu. Memang segala mokcik kat dalam dunia ni takkan
ambik aku jadi menantu diaorang kalau sume pandai baca blog ni.
Duhh,
oleh kerana aku tersentap semalam dek kawan baik aku tu sesedap je cakap
aku malas kan, aku pon merajin kan diri meng edit segala gambar yang
terbuku dalam kamera 20 sen tu tempohari. Dah kata bulan Syawal ni kan,
mestila kengkawan semua duk semangat call bagai ajak konvoi reramai gi
beraya sana, melawat sini, singgah kat belah sana, duduk jap kat
belah-belah situ and so on. Betul kan ? Hey, come on la dah kata
student, mesti ada kawan lama. Yang takde kawan lama, boleh la ngajak
kawan yang dah sedia ada. Or ada yang sememangya tak suka berkawan,
boleh pilih nak ikut ibu ayah gi beraya open house or kenduri kawen
waktu raya camneh ataupun stay at home and watch your tv / baca blog
Haru Hijau / stalk orang kat fesbook / tidur macam aku selalu buat.
Semua dah tahu apa nak buat kan jadi ape lagi. Keluar la hangout dengan
kawan kawan anda.
Hari Ahad haritu aku baru je beraya dengan mereka yang awesome ni. Hebat sangat diorang ni sampai sekarang pon kami still lagi connected.Mereka semua ni ex-classmate aku masa kat Teknik Gombak dulu. Sape lagi yang ex-SMTGians lagi cepat angkat jari !! oyeah, ramai gitu. Cuma seorang je yang tak dapat nak follow haritu atas sebab tertentu maka kami keluar ber Lima sahaja. Oh ya, student gugurl yang ada dalam kelas kitaorang tu cuma ada 6 perempuan sahaja. No wonder la rapat cemni khennn. Mechanical student semuanyaa. Dannn, sebab tu kami ganas-ganas sikit termasuk aku.
|
# Masing masing muka tak berubah. Cemtu je rupa nya |
|
|
| |
|
|
|
# oh ku rindu kan masa masa kat teknik dulu :( |
|
# Tu, liana tu asyik busy je dia ni. entah kekonon busy |
Maka dengan itu, bersahabat lah sebaik mungkin. Dulu macam-macam dah kitaorang lalui. Gaduh la, tak bertegur la. Even dua tahun perkenalan Only. Sekarang dah masuk 5 tahun kami kenal and semua nya makin matang* eh yeke . Haha so ini saja setakat kalini. Tak dan nak cerita bebanyak sebab nak tengok drama puleks. Sekian :))))