Saturday, 7 April 2012

Don't U Remember

Let's share together. This is the lyric that i've just cut out from Adele's song. It was like err same goes to me. Haha takpe, im strong enough okeettt. Assalamualaikum & may Allah blessed all of us. Lapchuuu ~



When will I see you again

You left with no goodbye
Not a single a word was saidAlign Centre No final kiss to seal any sins
I had no idea in the state we were in

I know I have a fickle heart

And a bitterness and a wandering eye and a heaviness in my head


But don't you remember
Don't you remember
The reason you left me before
Baby,
please remember me once more


When was the last time

You thought of me

Oh have you completely erased me from your memory

I often think about where I went wrong

The more I do the less I know


Gave you the space so you could breathe,
I kept my distance so you would be free,
And hope that you find the missing piece,

To bring you back to me





Friday, 6 April 2012

Menghilang ke Lenggong, Perak

Assalamualaikum everybodeyhhhh

First of all aku pun tak mengerti kenapa lama sudah tidak ku update sebarang berita dari sini. Busy? wahahh mungkin tak. Kihkih tak mengapa, aku pun tak mempunyai mood yang banyak jugak untuk menaip segala hal lately ni. Oh ye, haritu aku menghilang hampir seminggu semata mata untuk ke Lenggong, Perak. Ya Allah, amazing sangat aku kat sana uolss. Aku menjadi fasilitator terhormat di sana bersama rakan rakan ohsem yang lain. Berbekalkan ape yang patut, aku pun melangkah dengan bahagia nya tanpa memikirkan ape yang bakal ku lalui di sana. Ala chill la liana, orang masuk hutan, kita pun masuk la jugak.Orang berkayak, kita pun ok je. See ? senang kan jadi fasi ni. Tapi aku suka bab bab adventure yang sememangnya memerlukan stamina dan juga mental yang kuat untuk settle menda ni semua. Yang penting, kat sana ada hutan, banyak pokok, ada sungai keliling, kehijauan pun mula teserlah. Itu yang dalam kotak fikiran aku sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam itu.

Sebelum tu kan, korang perasan tak yang ayat aku panjang panjang bejela atas ni penuh dengan ayat yang begitu tatatertib? Aku pun baru perasan yang cikgu karangan aku masa kat sekolah dulu mesti bangga bila tengok anak murid dia skema sebegini rupa.ohmaaii takmahuuuu. Mesti semua orang tertanya tanya kan macamane la aku duk teperuk dalam hutan tu padahal korang tak tau yang aku kat sana paling heaven sekali bila jadual makan je 6 kali sehari. Malam malam boleh pekena spageti bagai lagi. Paling best walau lambat mane sekalipun aku gerak ke dewan makan, part untuk aku mesti ada tinggal punyee.Yang tu memang best. Hari hari menu bertukar macam power rangers gituu. Tapi aku sering lapar macam singa yang takcukup makan. Banyak mana pun aku makan mesti berat macamtu juge. Orang lain pulak yang naik berat. Wahaha ni boleh main transfer transfer pulak erk. Canggih betol perut aku ni.

Apepon gambar terlebih lebih kat fasi je. Peserta punya muka sengaja di hide kan sebab ni kan blog aku. hehee maaf ye ! Aku sememangnya begini. Mari la tengok aku yang makin memberat di Lenggong ! tumpang laluu..

# Ni group aku yang cool bebeyhh. Dorang sporting & amat caring terhadap aku. Thanks to uolss

# Oh ye, ni dia kumpulan fasi fasi yang hebat. Kan ?

# Mula mula aku yang semangat nak berkayak tapi tetiba kena turn record gamba pulerss. Hamek kauu duk atas bot lah jawabnyaa

# Ha bahagia tak bahagia takk. Kalau nak tau, ni la sungai Perak

# Paintball timee ! Kak Atie & LRygbaikhati di situ.


# Lihatlah kawan, 1st day dah balun macam macam. tu belum minum petang, makan malam dengan supper ++

# Memang kami tak banyak sangat kerja so ni je yang mampu dilakukan.

# Tapi aku hangin sebab aku yang paling busy setakat ni sebab kena key in all the data after each of the program. Tak cuti la aku nampaknya.Mintak maaf la kalau terpaksa kena kensel janji last minit. Wa tak dapat nak elak bro.

# Sesi bersama peserta. Aku jadi pak sanggup kejap. Thanks la sebab kena kan aku eh.

# Besok nak masuk hutan ni. So kena pandai baca kompas betul betul. Tak pandai, memang tak keluar dari hutan la jawabnyerr

# Setakat yang ni boleh so so lagi la. Tak tengok kat tepi tebing ladang sawit lagi. Hutan yang amatss. Thanks hijau, selamatkan pemandangan aku.

# No wonder la keje aku asik online memanjang.

# Bukan gambar ni yang jadi persoalan. Cuma aku nak bajet sikit suh uols tengok tangan aku yang kelingking satu tu. Terluka petang tadi disebabkan tertusuk duri. Darah pun mula membuak keluar. Ha karangan tak ayat aku ? Tapi sekarang luka nya dah okey.


Setakat ni tu je yang sempat aku gembar gembur kan. Yang lain lain tak sempat nak copy dari memory card dek kerana gambar berjela jela. Alhamdulillah, sepanjang kami kat sana semua boleh dikatakan bergerak lancar. Even ada some part yang rasa macam nak bagi hangat je tapi last last boleh jugak handle. By the way uols,thanks sebab sudi dengar cerita aku harini. Luka tangan pun nak cerita kan ? apelah aku ni. Biarkan jela, aku kan suka bajet bajet gitu. Okay, nak siapkan key in data dulu then baru buat esaimen yang tertangguh. Okay tak camtu ? Mata aku pun dah berpinar je ni sebab spek asik duk atas tu dari tadi. So i got to go la yeh. Chiauu :))

Thursday, 22 March 2012

Cuci Cuci the Musical Theatre !


Teett Assalamualaikum :)

Tempohari tu aku and the geng mula mengorak langkah dengan gagah nye ke Istana Budaya. Kiteorang pergi sana pun bukan untuk menari nari sakan okay. Tapi sebab semangat sangat nak tengok teater Cuci Cuci The Musical Last Kopek tuh. Bertiga je haritu sebab book ticket pun lama dah. Tu pun 3 minggu sebelumnya. Masa aku duk tersengih sengih bercuti kat rumah macam kerang cantik sangat kan. Tak banyak yang aku nak berita kan harini sebab nak cepat cepat sebab notes yang aku pegang dari tadi pun tak sempat nak jamah lagi ha.

So terpaksa berlaku adil harini dan membuat decision antara nota penting dengan update blog. Hah kedengaran agak klishe kan ayat tu. Takpe takpe yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku untuk harini dan berbakti kepada semua benda dan bukan lagi orang sebab aku taknak kisah pasal benda hidup dah. Baik aku duduk bilik baca novel pastu senyum gelak sorang sorang. Hehehe :) Baik tak aku begitu ?Eh apesal dengan aku? Kuangg takde apa. okay okay cukup. Sebenarnya saja je aku update banyak banyak gambar ni bagi semua yang melihat sangat terasa sakit mata memandang kemesraan antara aku dan peminat. Eee apa lagi aku ni.. Sorry la bro k, skang ni baek lu usha usha dulu gamba gua kat bawah ni. Wa tak layan ar citer jiwang sangat tapi kalau jalan cerita dari awal sampai last tu bagi aku gelakkk je memang wa tak tahan bro. Wa kena gi tengok gak do. Wa tak sampai hati tak ajak lu orang bro. Tapi tula wa dah snap banyak gamba untuk tatapan lu. Mai usha mehh.



# LR dan Shiro gembira tapi sakit perut.Alasan nya adalah kerana lapar

# Kami sibuk berbincang macamane nak redah ambik sign kat dorang tu :)


# Ha ! ni Cempreng. Dia lah fotografi kitaorang malam tu.Yeah thanks Cemprengg


# Ni dia pasukan bertiga kami. Duk main tukaqq kamera lah hai


# Muka ni lagi. Ha tatap kau sampai bosan keh


# Aku jumpa diaa. Cumel cumel. Kelakar lagii

# Depan poster pulak dah. Memang kamera tu khas untuk gambar kiteorang je


# Kesian Dina sakit kaki. Takpe, u tengok i je pun mesti dah baik kan kaki u tu ?


Wahh banyak tak? banyak kan ? Nasib baik je aku tak masuk semua skali kalau takk mahu korang menangis tengok gamba muka yang sama je. Ape ? tak nangis ? Amboi sayang aku leww teww. Huk2 baiklah aku beransur dulu. Selamat solat Jumaat kaum Adam sekelian. Wa chau luu

Monday, 12 March 2012

Perempuan bercakap tiga(3) kali ganda dari lelaki?

Assalamualaikum yaa : ))

   Wahh pagi sangat tak aku bangun harini ? oh yaa, harini merupakan hari selasa dan bersamaan 13hb March okay. Takde apa yang perlu di spesial kan untuk tarikh itu. Ha kann nampak tak betapa kemelayuan teserlah bila ejaan 'spesial' tu di gembur gembar kan. Err okay okay back to our topic yeah. Tajuk aku harini memang nak menegak kan kebenaran untuk kaum wanita sedunia bahawa lepas ni kaum Adam jangan ada yang nak mengeluh ye kalau ternampak ke, terdengar ke seseorang perempuan tu bercakap ke or dengan kata enak lain nya , membebel. Eh itu macam aku je kan? 

ini Fakta : PEREMPUAN bercakap ( 20,000 patah per day )
LELAKI no cry bercakap pulak ( 13,000 patah sehari )

AWESOMENYAAAA !!

  Tajuk petikan di atas ni aku ambil dari satu artikel kat laman web ni kan, ada orang post kan, so aku rasa macam wahhh best. Yela sapa tak teruja bila macam ada kaitan seakan akan kita dalam penceritaan tu. Sempena Hari Wanita Sedunia kenn. Tajuk asal dia berupa ini, ' Women Talk three Times as much as men '. Pernah dengar? ha sukahati aku la nak olah balik. Versi kak liana pulak okay. Kajian menunjukkan bahawa orang pempuan ni memang dia punya hormon bercakap tu sangat lah aktif berbanding dengan kaum lain. I mean, kaum LELAKI la. Heyy, jangan nak pertikaikan lagi okay ! ni dia kajian dah membuktikan dah bahawa perempuan itu sangat la talkative than men. Menakjubkan betul la wanita wanita kita ni yeh. Cepat pulak tu bercakap nya. So, tak hairanlah kalau lelaki selalu je kalah bila bercanggah pendapat dengan perempuan ni. Tapi aku tahu, yang sebenarnya kaum adam ni nak leraikan cepat cepat pergaduhan tu kan. Cayalah lelaki. Haiss. Apepun perempuan memang awesome sebab boleh bercakap tanpa henti gitu. Ok memang tak profesional kalau begitu kan, tapi okay ape kalau dah perangai macam ape sebab kami ni perempuan amat gemar melemparkan kata kata manis bercampur nasihat macamtu. Hewhewhew baik kan kami ni? Tapi tula, tau jela dah kalau nama nya lelaki itu sangat la tidak suka kan bebelan yang enak dari kaum wanita ni.Mengapa ya? sebab bising sangat kot? tapi kan kan kalau perempuan tak bising bising, tak harmoni la hidup ni. Tak bosan ke sunyi je hidup seharian weh. Tak syok ah kalau tak dengar pempuan bercakap kan. Oh suara tu aurat kan. Tapi beb serius, kalau ibu aku tak bising kan, memang tak jalan la der kerja kat rumah tu. Haa kan nampak tak penting nya aura wanita tu untuk setiap orang. Bukan lelaki je tau. Oleh itu, wahai lelaki dan juga perempuan kat luar sana tu, jangan la anda bimbang dan gusar kalau mak anda bising bising and kalau dorang tu bebel sekalipun sebab dah memang hormon mereka jugak ye.Memang takbuleh nak buek po dah ha. Huh, release sangat rasanya bila tulis pasal perempuan ni. Rasa macam wanita sangat dah ni. Ok chauu selamat beramal !

Gambar ini diambil secara curik curik dari dalam Google yaww. Sangat osem ini perempuan. Sila zoom sikit bahagian POWERFUL women tu yeh. Im one of it. ececehh

Sunday, 11 March 2012

Jiwa Baru Semangat Baru oyeahh

Assalamualaikum :))

Yeayy minggu ni dah start semester baru untuk aku yang tak berapa nak baru kat sini. Oh yeahh? Oh tidakk yang sebenarnya sebab kali ni memang betul betul tak ready pun. Haiss mengapa perasaan tak ingin mahu belajar kembali menjengah ,hadui. Mungkin perasaan je tu. Tapi yang sebenarnya kan, aku tak tahu nak habaq mai ape pun lagi kat blog ni.Hehehe sajerr jerrr jengah menjengah kejap sementara baru balik dari kampus tadi. Tak menyempat pun haa. Jap lagi nak buat buat busy seakan akan suri rumah gitu okayyy. Nak kena pergi keluar ngan dak umah ni kejap beli barang kat Giant besauu kat depan tu je. Ha ok tu je nak cerita. Taknak baca sudah ! Tapi kan, baca la baca laaa. Nak post kat Fb uols pun takpe tau. I tak kisah. hihihi  Lalalala