Monday, 3 June 2013

Pandangan Pertama Kali

Assalamualaikum. hey.

ini bukan kisah cinta bagai ye.
bukan sebukan bukannya.
now, we start
Pernah tak kalian jumpa orang baru, but then nampak dia macam annoying?
PERNAHHHHHH
itu aku.
so aku jawab, Pernah.
but, pernah tak rasa nak tegur dia dulu?
TAK PERNAHHHH
aku?
pernah. pernah la sekali dua.
masa kat program last week
when i was in Lenggong, Perak
that was my 2nd programmed with MARA
 _______________________________

Aku Fasilitator.
ada ramai jugak lah participants on that day
around 60
tapi makin lama makin kurang.
last day nya aku kira balik tinggal 58 orang je camtu
kelakar.
ada yang mintak balik sebab prepare nak kahwin.
ada yang bertunang( lelaki k lelaki )
ada yang....haa ada la masalah lain
baik,
sebenarnya bukan nak cerita pasal yang skip program
cerita lain sebenarnya
___________________________________

Mula balik.
dalam ramai2 tu ada juga yang aku tak berapa nak berkenan
mungkin dari cara dorang pandang aku
oh no mennn
asal dorang kena pandang kau?
ofkos
sebab aku photographer
kejap kat sini 
kejap kat situ
kejap kat depan muka kau
ha kannn
Oh lupa. peserta aku semua nya cikgu belaka
ada juga yang takda gaya cikgu langsung 
hahahahaha
macam-macam diorang ni
aku respect mana yang tahu adab
yang tak berapa tahu tu kita bagi pelajaran 
muahahahaha
most of them MARA hantar belajar overseas
so what?
hebat sangat lettewwww
*cemburu*
k tak tak.
lupa dah pasal cikgu dari oversea ni.
malas nak ingat.
buat sakit urat je nak kena tegang setiap masa
so, tutup cerita...
____________________________________

ada satu dua orang yang aku tak berapa berkenan
tapi aku treat macam biasa je.
takde lah sampai nak suruh diorang berendam dalam sungai
bapak kekejaman dak liana ni
aku buat biasa sampai aku rasa tak biasa
ha camno tu
aku bengang la jugak kalau aku suruh 'listen' tapi dia still nak bercakap
tak ke macam tak berpelajaran tu
kahkahkah
bagus jugak kalau ada peserta aku baca ni
kata ada yang study overseas,
cikgu english pon ramai
takkan tak paham kottttt
hmm jadi aku sebagai fasi harus bertindak
aku buat tak tahu je
so itu lah tindakan aku
BAHAHAHAHA
padahal hati tu sakitt gila weh.kahkah
bila ingat balik memang rasa aku yang kena jadik cikgu dorang ni
baru kau tahu erti penyesalan
Lamaaa sikit aku simpan, aku bagitahu kawan fasi yang lain
mana yang aku tak puas hati, mana yang aku tak berkenan sangat
Bukan tak cantik dia tu, tapi itu lah perangai kot.
mungkin lagi molek kalau dia boleh respect others. muehehe
________________________________________

Sampai sekarang aku still boleh ingat nama dia.
dua-dua ni kawan baik.
perempuan lah ofkos
takde masa aku nak sakit hati ngan peserta laki-laki tuh
buat berkedut muka je
HAHAHAHAHAHA
*lawak sangat ke??*
so apa2 game mesti aku peratikan dorang ni
sampai last day, sorang tu je yang datang n say thanks n peluk-peluk aku
sorang lagi, still macam errrr aku pon tak pasti
maka aku pon balik dengan hati yang bengkak
OH YE
aku kena key in data dorang ni dalam laptop
nama pertama yang aku jumpa nama dia ni
peh.kenapaa???
*muka bengang*
________________________________________

 aku baca satu persatu dalam satu slot dia ni
DAN
baru aku mula faham
even dah terlambat untuk faham,tapi akhirnya...
salah sorang tu, ayah dia meninggal masa dia 16 tahun
jadi dia membesar tanpa ayah.
sorang lagi tu mungkin ada masalah family
cuma dia tak tunjuk sangat dia ada masalah
so dia punya karakter tersendiri
dari apa yang aku baca, dia ada masalah dengan parents dia.
mungkin
tak faham sangat apa dia tulis, but still..
dia ada masalah.

_________________________________________

konklusinya, aku rasa aku tak patut judge orang macamtu je
at least kalau aku ada pergi kat dia, and tegur dia maybe dia ok dengan aku
dengar cerita, dia pon minat kucing
hehehehehehe
terus lembut hati kalau sebut orang suka kucing
tapi dah terlambat
mungkin juga aku patut selidik dulu baru nak judge 
mungkin dia jadi camtu sebab effect dari personal problem dia kan
tapi..semua orang ada masalah kotttt
bukan dia je.hmmpphh
takde jodoh nak berkenalan dengan cikgu tu
mungkin dia nampak sombong kot
tu yang aku takut sikit nak tegur tu
hmm
nasib kau lah
k tu je nak cerita
takyah nak tau lebih-lebih eh
 





 #Bayangkan aku ada kucing cam gini. setiap masa aku bawak ke hulu ke hilir




 #pengajaran untuk aku.tsktsktsk

Tuesday, 21 May 2013

Lagi gambar Wedding Yana & Nad e-day [Part 2]

Assalamualaikum. hi. tiada apa yang dapat di post melainkan sambungan daripada kenduri itu hari. Part 1 itu hari ada banyak aku bebel-bebel. Jadi kali ni inshaaAllah.....inshaaAllah aku kurang kan bebel hehehe. Bukan apa, itu hari aku macam terbawak kamera beso. Maka haruslah memori didalam pon beso ye dak. Kawan-kawan pon akan tanya, mana gambo? haritu kan banyak tangkappppppp... 
ok la ni aku masuk kan gambo korang kat blog aku ni je ye. Nak tengok, sila. Taknak, jalan... senang kan? hihihi


#Lagi banyak aku post gambau, lagi banyak muka aku di mana-mana. Sumber: Nad tunang

 #Nad. Kitaorang curik-curik snap gambar dia masa tengah photoshoot outdoor. muehehe


 #Ini Eiya. Kawan baik owner blog Haru Hijau. Dulu kami sebilik. Sehati dan se Jawa 


#Lagi gambar Eiya 


#Anis :) aku tumpang tidur rumah dia lah kat Shah Alam haritu. Sesapa nak hantar anak tusyen, boleh call dia. Nak number, mintak me

 
#Perlu ke ada Zul kat depan ni.. Mengapa aku ketawa berlebihan...Zul y u no tepi sikit. Me tangkap gambo kan. 

 
 #Raja Sehari. Yana dan Amir :)


 #Waa sempat lagi ye kau. Orang nak balik di paksa-paksa nya tolong tangkap kan gambo. Nahhh


#wooo saja je nak show off gambo Angeliana Jolios ni. muahahaha 

Ok geng. tu je gambar yang ada. Nak banyak, bawak kamera sendiri haha. k jangan ah sentap. Ada je banyak lagi gambo tapi sume tu gambau aku jelah banyak. HAHAHA ko nak ke tengok gambar aku lebih banyak ? Nantikan next entry xoxo. Jaga diri hiasi peribadi jangan berjudi. EH?

Monday, 20 May 2013

Nad tunang, Puan Yana kahwin


Hi. Assalamualaikum :)
Phewww. Done with hectic part. 
So now, we are in chilling part yo.

BUZZ!

eh hai hai semua. Seperti di beritahu sebelum ni, di bulan Mei yang penuh meriah gilang gemilang ini akan ku hadiri dua majlis kawan baik di mana seorang tu bertunang manakala seorang itu lagi berkahwin. ok. i am only 21st this year. and not too late to get married. faham?
muehehehehehe

Takpe, masih muda lagi. Masa ni lah kita enjoy dengan attend kenduri kawan-kawan ye dak. Kang kalau awal betul kahwin mau nya nak kena bawak anak beranak laki apa semua sekali heret gi kenduri. ah aku nak chill dulu. *ini ayat nak sedapkan hati sendiri* 

Apa yang membuat kan aku nak sangat attend wedding ni ? and engage day kawan ni? baik, sebabnya ialah dua-dua ialah bespwwweeeennnnn aku masa study. yang bertunang tu housemate aku dulu. But then, dak umah yang lain ada urusan lain maka aku tetap juga nak pergi. Yelah, cuba kalau kau buat kenduri, lepastu mesti la nak kawan attend ye tak, lepastu kawan kau tak dapek nak datang. Kecewa ? 
" NO,IT ISN'T " *cikgu BI ajar masa sekolah rendah dulu jawap camtu* 
Jadi oleh sebab aku taknak dapat benda yang sama maka aku gagahkan jua walaupun dari KL ke Seremban semata nak hadir menggembirakan hati kawan. yeay !
Tak, sebenarnya, aku wakilkan kawan yang tak dapat hadir tu. so takde la dia rasa terkilan sangat kan bila ada jugak housemate sanggup datang dari jauh.

Yang kedua, sebab aku nak hadirkan diri jugak adalah kerana member yang kahwin ni adalah kawan baik. Satu universiti, satu kelas even kitaorang start rapat pon masa nak dekat dua tiga sem terakhir. Husband and wife ni memang kawan aku pon muahaha. dua dua satu kelas. memang kelassss kau jahh.
 jadi memang bagi aku wajib sangat kot nak kena datang. Kat Banting je. hihi kita gerak reramai g sana tau. Best, even tak semua yang ada tapi still, ada yang sanggup dari Mersing turun Banting kot semata-mata. ha nampak tak semangat persahabatan tu. huhuu so aku rasa, kenapa aku yang dari KL ni tak dapat nak datang kan. Jadi aku pon datang lah kenduri kedua-dua kawan ni.

 <<<< SELAMAT DATANG KE GALERI HARU HIJAU ! >>>>
 *buat muka excited sekarang!*

 # Tengoklah kawan-kawan,kitaorang hanya sempat sampai ke tempat photoshoot je. Kat Nilai ni :)


 # Rinduuu budak Nad ni sangat ! oh ye, ni nad. Dia yang bertunang tu dan dia sangat teruja dengan kehadiran kami. Sorry Nad tak sempat singgah rumah



 #Orang photoshoot, kita pon nak jugak ! tak boleh la tengok je kan. kan kan kan ?




#ni masa tunggu nad ber out door, kitaorang sempat terbeli dan termakan McD(opss) dan terpegun dengan pemandangan kat sana. cantik. Betul-betul depan Nilai 3. pandai cari tempat photo shoot cecantik yeee



#Ini dia Nad yang kita cerita tu =) shes my ustajahh hehehe

#pemandangan dari tempat photo shoot outdoor. Sementara tunggu nad, macam biasa...makan 


#eh apa ini? tuu nampak tak..ada aeroplane baru nak berlepas hehheee. excited sangat sampai mintak member slow kan kereta. Kitaorang otw balik dari Seremban dah masa ni


 #ini pulak ustajah liana. Sempat sangat singgah Paradigm Mall semata nak beli hadiah. Last minute punya kerja memang tak awesome weh @chatime

 # helloooo dah sampai Banting ! *psst masih ada mekap, nak tengok takde mekap-mekap?scroll lagi gambo kat bawah*


 #tatatadaaaaaa takde mekap dahhh ! ahahah ni la dia yana :) patutnya jadi pengapit but imma bit late sebab kesesakan lalu lintas. hmmm kesian pengantin tunggu pengapit isk isk isk


# ni semua geng  satu kelas. belum ada semua lagi ni. kalau semua naik pelamin ni mau berguguran jatuh bunga dan dedaunan indah di belakang kami tu :p




 #oh, everyone do say hi to Angeliana Jolioss. yang pakai spek yang over tu ye. hi :)



 #kita tak beli pon baju yang kita tunjuk haritu. tak sempat =( Last minute punya plan, kena carik warna blue turqoise. hanya Allah yang tahu betapa last minit nya aku.

 
#Back to reality. home, im coming bebeh ! *ok,bukan home, bed pillow blanket im comingggg*

Maka itu sahaja entri kali ni. Terima kasih tidak terhingga pada kawan-kawan yang sanggup ambil hantar dengan selamat. Thanks awak :)
Dah dah sambung buat kerja. 
Good bye xoxo 
ewah

Wednesday, 8 May 2013

Agenda bulan Mei

Fuh, setelah dua bulan aku bekerja, tiba-tiba baru ku sedar yang sudah lama aku tidak bersosial. Bukan sosial yang joget-joget tu ahahaha. Siot tau. maksud aku, yeah berseronok-ronok(???) dirumah sambil bermanja dengan kekasih ku laptop, menghabiskan 2 buah novel dalam sehari (tu pon kalau aku tak lembab sangat membaca), membelai muka(BAHAHAHAHAHA), mengemas rumah(hmmm), memasak(HMMMMMMMMMMMMMM) dan memberi kucing kasih sayang yang secukupnya. Fuhfuhfuhfuhhhh. penat tahu dak.

now.
kerja dah baru.
banyak masa terluang dapat diluangkan. yeay yeay!
kerja apa? nanti lah bagitahu. boring.

Pada bulan Mei ini banyak yang aku dah rancangkan untuk diri sendiri dan diri ini. selfish gila tahap apa.
aku ada banyak benda kena attend bulan ini.
Pertama, ex-housemate bertunang
Kedua, pada besok hari lepas attend tunang ada wedding kawan satu U.
ketiga, melepak kat tepi laut pada hujung minggu bersama hati yang lara ( yang ni aku tambah.tipu )

K sebenor-benornya ada dua benda penting je. kawan nak tunang dengan nak kawen. alahai tunang pon nak kena datang kee ? eh mestilah ! kawan baik kot. rapat lagi. so why not kita luang masa sikit kan penuhi undangan. kang aku tunang kang ibu ayah adik badik je yang ada. sedih gak aaaa.haha
Manakala, kawan yang nak kawin ni pulak dua-dua bakal pengantin ni kawan satu kelas aku masa study dulu. ewahwahwahh 'masa study dulu' tu takleh nak blah sangat tau. baru je bebape bulan kau habih diploma dah berangan macam setahun dua mihmihmih :)

seowwwwwwwwww (cara sebut sama macam kau nak sebut 'SO' tapi gaya kekwat), sebagai perempuan yang agak selekeh dalam apa jua keadaan maka aku haruslah merancang cara pemakaian yang aku nak pakai masa kedua-dua kenduri tu nanti. dah kenapa. sukahati aku lah nak plan ke apa ke kannn. perempuan tetap pompuan. Aku bet lah kalau ada lelaki mana-mana terbaca blog aku ni mesti memperkecilkan niat suci murni aku ni. Tak payah sebut lelaki mana-mana lah. tak jauh, tu ha ayah aku je. Bila nampak aku try baju ke, pose depan cermin tu mula lah dia mencebik-cebik. eee geram je tahuu. kemudian aku akan cakap, 'ayah,pempuan ni memang lah kena macamni'...

eh. jap jap.
sebenarnya kan, aku plan tadi kan, entri kali ni nak cakap sikit je.
tapi kau tengok lah. 
naik lenguh menaip laju ni semata nak cerita banyak.
kau tak dengar aku bercerita lagi.
tak sesuai dengan muka aku yang ayu lagi anggun. 
HAHAHAHA *riak sangat ke

Aku dah survey aku nak pakai apa.
so bila aku cakap dah survey mesti la nak tengok apa yang di surveyyyyyy kan tu ye tak.
baik.
aku tunjuk kan jugak lah.

pilihan pertama: 
yang ni memang berkenan sangat dah.
harga pon ok. 
sesuai dengan ekonomi lah kira
kain dia chiffon. 
kenduri kau tahu jelah cuaca dia lagu manaa.
jadi sesuai lah kain ni sejuk.



Pilihan kedua: 
hm.hijau.paling aku minat dah ni
kain pon best tapi tak sure kain dia jenis apa.
tak silap kain jersey kot.
sesuai lah agaknya.
cantik pempuan ni pakai.
tak tau cemana rupa bila aku yang sarung pulak


Pilihan hati yang ketiga:
Purple uolss. cantik
harga pun sesuai.
hm ala-ala jubah gitu 
so jimat masa takpayah nak buang masa gosok banyak helai.
orang macam aku ni bukan saja terlebih rajin malah penjimat masa. *achummmm!*
 

Pilihan nafsu yang keempat:
InshaaAllah ni yang paling last.
Kuning.
cantikkkk.tapi tulah.
kang aku pakai ada yang nampak macam rimau bintang.
blerghhhh. k yang ni serta merta ditolak.
 

done dengan pemilihan baju. tinggal nak order. lepastu berdoa jelah banyak-banyak supaya post cepat sampai at least sebelum next week punya weekends. dah lambat order terima lah padah ye tak.

ok lah tu je nak cerita. rasa kosong pulak blog ni kalau tak cerita. Assalamualaikum !





Tak Suka

Assalamualaikum.

Kita manusia manusia ni selalu je rasa tak cukup. kan. tak suka itu, tak suka macam ni, dan lain lain (amboi skema sgt ayat itu). Mari aku tunjukkan apa yang aku selalu rasa tak suka tu. Mana tahu korang pon ada terasa sekali. Boleh la share ye tak :)

- tak suka la tunggu orang lama-lama. Jangan buat orang tertunggu boleh?
> sedar tak sedar kita pon terkadang ada juga buat orang menunggu kita. Kita tak tahu.

-Tak suka la kerja macam ni. bosan
>orang yang takde kerja tu kemain mencari kerja. kita yang dah elok ada pekerjaan ni mengeluh banyak songeh. nak lempang la tu

-tak suka ada kawan perangai macam tu. annoyed !
> macam la kita ni perfect sangat sebagai seorang kawan/teman/sahabat. Nobody's perfect.

-tak best la makanan harini. tak suka makan makanan macamni
> Tunggu Allah bagi kau tak makan baru kau tahu apa itu erti penyesalan. Tak suka sangat kan

-Tak suka la engkau ni banyak cakap sangat. aku nak cakap pon tak boleh
> lol. part ni aku selalu rasa gahaha. tapi kau rasa-rasa orang lain suka tak dengar kau cakap banyak? hm ? sendiri jawab 

-Tak suka la bising2 ni. Orang nak tido !
> engkau bising takpe ? meh nak lempar selipar satu kat mulut tu  ( eh jahat pula aku )

-Tak suka la lelaki macamtu. tak hensem. takda gaya. takda blablabla
> Bak tunjuk apa yang kau ada. banyak? Asal dia terima kau seadanya dan membahagiakan kau, jangan la ego teramat. Diri pun bukan sempurna sangat

-Tak suka la ada bentuk badan macamni. tak seksi. tak cantik. tak putih. tak kacak
> Kecik susah, besar apa tah lagi. Ni baru naik badan sikit kemain ha satu dunia twitter dah tahu

so apalagi.. belajar bersyukur walaupun dengan nikmat yang sedikit. done