Tuesday, 9 July 2013

eh dah Ramadhan !



Tak aci lah aku dah lama tak update blog pastu tetiba update nak bagitahu ni dah masuk bulan Ramadhan. Kalau nak tahu aku sekarang tengah celup coklat untuk Almond London wahahahah tapi aku lari sekejap memandangkan aku belum mandi dan sementara nak tunggu coklat tu dicairkan dengan menggunakan alat pencair coklat. phewh. tarik napas. takyah lepas.

Well memang dah aktiviti ruji semasa bulan Romadhon ni aku bergabung tenaga dengan ibu aku utntuk menyiapkan tempahan orang ramai (ramai angat-angat) yang mahukan biskut raya mereka disiapkan secara pantas padahal raya tu ada 29 hari lagi. tak ke gelojoh tu. kuikuikui

k ah saja nak singgah jap kot kot semua orang nak tahu aku tengah buat apa kan. Tapi tahukan anda bahawa takde orang pon yang membaca blog ini hahaha. k ah Selamat menjalani ibadah puasa. Bukan puasa makan je tau. puasa tingkahlaku percakapan gaya jalan cara pandang dan sebagainya haruslah dengan tertib dan beradab ye tidak. Assalamualaikum you all ~

Saturday, 8 June 2013

The reason


Masa sekolah dulu ramai yang tanya, kenapa aku obses sangat dengan hijau ni..biasa lah kita semua ada warna feberet masing-masing kan. Kadang-kadang tu ada yang sampai bila nampak je muka aku dah cop dengan warna hijau dah. Nampak liana nampak hijau. Bila nampak hijau ternampak liana. ha gituuu

Aku rasa aku dengan hijau memang tak dapat nak dipisahkan lagi dah. Dia kan, camni tau.. aku memang takboleh sikit dengar pasal hijau sikit dah menggelabah tak pasal. Baru dengar je tu. Lagi satu aku perasan, kalau ada program kat hutan ke panjat gunung ke bukit ke apa ke mesti aku yang lelebih excited nak join. Nak kata stamina kuat, takde la sangat. Lambat je jugak aku mendaki itu hari bahahaha siap kena dukung lagi kauuu. haa.

 Tapi sebab aku dah dapat bayangkan kalau masa mendaki tu kan, aku dapat tengok pokok-pokok, bau hutan yang aku feveret gila, nak lagi lepas hujan..lepastu aku suka nampak semua hijau. Nak nampak semua hijau tu mostly kat dalam hutan kan. WALAUPUN aku ni bukan lah berani sangat orangnyaa. Nampak pacat pon telan air liur senyap-senyap sambil mengucap dalam hati sebab segan kalau orang tau kita takut pacat/lintah/seumpamanya ngahahahahha malu lah i uols ! tapi orang tak tahu kan, aku takut pacat kan kan kan ? hehehehe

Lagi satu, bukan aku suka tengok benda warna HIJAU aje, lagu yang ada unsur-unsur hijau pon aku dah macam sawan nak download pastu masuk kat mp3 weh(secara illegal hahah ampunn). Aku pon tak tahu la mungkin ada jin berupa SHREK dah merasuk dan menghuni badan aku ni kot ye. choi mintak jauh yee astaghfirullahalazimmmm liana !!! eh antara lagu yang aku gila bila dengar tu macam lagu Zainal Abidin yang tajuk dia HIJAU, kumpulan XPDC pon ada lagu pasal hijau tau. Hijau Bumi Tuhan tajuk dia. muehehe banyak lagi weh. pastu kan ada group dari indonesia ni taju lagu dia Suara Ku berharap. haa amek kau.takde kena mengena kan? tapi sebabnya, nama group ni ialah Hijau Daun. Amboi, peminat hijau jugak ke...hahaha. Kumpulan Greenday pon jadi mangsa aku sebab lagu diorang boleh tahan sedap jugak nak lagi yang 21 Guns tu. See?? lagu yang ada perkataan 'hijau' je pun dah terpahat kat hati apatah lagi suasana keliling yang hijau melilau tu..

Hijau ni kan, sejukkk je bila pandang. Kalau ibu aku asyik tunjuk daun je kat aku masa dari baby mesti aku tak rabun teruk macam sekarang kan? hahaha itu, KALAU. tak baik k. dah jodoh kau dengan spek mata, nak buaat acaner. Ni, korang pernah dengar kuih ketayap? warna dia apa? Hijau kan. k aku tanya aku yang jawab ni boleh tahan ek. k takpe. Pastu pernah dengar kuih seri muka? hijau dan putih. aww sweet ! manis gitu..hm pernah makan kuih cara? yang tengah dia ada air gula pastu kalau kita makan dia tercurah2 sampai terpercik2 tu ha kan... so sume tu automatik jadi feveret aku selamanya gahahaha.. eh blog aku, sukahati aku la nak cerita aku suka makan apa.. hahaha kau ada? 

Dulu kan, aku pernah ada kalkulator warna hijau. tapiiii entah mana hilang. hm agak sedih la. entah entah aku yang terbuang tak? ko tau jela aku punya clumsy macamana kan. kalau tak, mana la aku tak terbuang sijil berenti sekolah masa syok kemas bilik? ish ish. bertuah la sapa jadi laki aku. akan ku paksa cari kan barang aku yang hilang hahahahaha..

Lepastu kan, pernah ada sorang kawan ni dia bagi satu set semua barang warna hijau ! ya Allah hai...ok ok. Manusia semua suka coklat kan? haa kau sekali bekas coklat pon warna hijau kak kiah oii. eh aku tak tau nak cakap excited dia macam mana dah masatu. k dah lama la tapii.. heheehe mekasih la ye :) terharu i tau.



 #Sebagai seorang perempuan, tak gentle ah kalau tak berangan kan. So aku selalu berangan nak ada bilik yang kalau boleh hijau tu mesti ada. tak kisah lah ada biru ke oren ke tapi hijau tetap ada. hehehe




 #See? macamana la aku tak suka masuk hutan.dalam hutan ada pokok, tebing pokok ada sungai. nahh hijau pon hijau. buaya pon ada tu ahahaha



#Baju hujan pon sebenarnya warna hijau ni. tapi tula, tak nampak hijau sangat
#imbas kembali..Syukur..dapat sampai sini dan melihat keindahan ini sendiri :)


 #Dari casing henfon, beg bawak gi supermarket, sampai ke pen pon hijau. tu getah rambut ko tak fikir lagi. adui

 #Haa kau,, habis aku google search kan gambar kuih muih semua ni.Untuk tatapan perut supaya kenyang serta merta kahkahkah

 #FamilyDinner. Kahkahkah baju aku macam badut pon ada

 #Bantal peluk,Boyfriend,pendengar setia even tak bernyawa,kekasih gelap.




#Ni kawan kelas yang bagi.Masatu saja je puji2,"ehh cantiknyaaaa,,badge kau warna hijauuu" terus dia bukak dari pin then dia cakap, 'NAH AMBIK LA, aku tau kau suka'..aku pon tergamam dan melompat kegembiraan hahaha. thanks danial gigi besi !


Tapi bukanlah bererti minat warna hijau semua benda kena warna hijau ye tak. Tak semestinya lah. Ada jugak benda warna hijau tapi aku tak suka. Seperti ? KATAK. sekian.

Monday, 3 June 2013

Pandangan Pertama Kali

Assalamualaikum. hey.

ini bukan kisah cinta bagai ye.
bukan sebukan bukannya.
now, we start
Pernah tak kalian jumpa orang baru, but then nampak dia macam annoying?
PERNAHHHHHH
itu aku.
so aku jawab, Pernah.
but, pernah tak rasa nak tegur dia dulu?
TAK PERNAHHHH
aku?
pernah. pernah la sekali dua.
masa kat program last week
when i was in Lenggong, Perak
that was my 2nd programmed with MARA
 _______________________________

Aku Fasilitator.
ada ramai jugak lah participants on that day
around 60
tapi makin lama makin kurang.
last day nya aku kira balik tinggal 58 orang je camtu
kelakar.
ada yang mintak balik sebab prepare nak kahwin.
ada yang bertunang( lelaki k lelaki )
ada yang....haa ada la masalah lain
baik,
sebenarnya bukan nak cerita pasal yang skip program
cerita lain sebenarnya
___________________________________

Mula balik.
dalam ramai2 tu ada juga yang aku tak berapa nak berkenan
mungkin dari cara dorang pandang aku
oh no mennn
asal dorang kena pandang kau?
ofkos
sebab aku photographer
kejap kat sini 
kejap kat situ
kejap kat depan muka kau
ha kannn
Oh lupa. peserta aku semua nya cikgu belaka
ada juga yang takda gaya cikgu langsung 
hahahahaha
macam-macam diorang ni
aku respect mana yang tahu adab
yang tak berapa tahu tu kita bagi pelajaran 
muahahahaha
most of them MARA hantar belajar overseas
so what?
hebat sangat lettewwww
*cemburu*
k tak tak.
lupa dah pasal cikgu dari oversea ni.
malas nak ingat.
buat sakit urat je nak kena tegang setiap masa
so, tutup cerita...
____________________________________

ada satu dua orang yang aku tak berapa berkenan
tapi aku treat macam biasa je.
takde lah sampai nak suruh diorang berendam dalam sungai
bapak kekejaman dak liana ni
aku buat biasa sampai aku rasa tak biasa
ha camno tu
aku bengang la jugak kalau aku suruh 'listen' tapi dia still nak bercakap
tak ke macam tak berpelajaran tu
kahkahkah
bagus jugak kalau ada peserta aku baca ni
kata ada yang study overseas,
cikgu english pon ramai
takkan tak paham kottttt
hmm jadi aku sebagai fasi harus bertindak
aku buat tak tahu je
so itu lah tindakan aku
BAHAHAHAHA
padahal hati tu sakitt gila weh.kahkah
bila ingat balik memang rasa aku yang kena jadik cikgu dorang ni
baru kau tahu erti penyesalan
Lamaaa sikit aku simpan, aku bagitahu kawan fasi yang lain
mana yang aku tak puas hati, mana yang aku tak berkenan sangat
Bukan tak cantik dia tu, tapi itu lah perangai kot.
mungkin lagi molek kalau dia boleh respect others. muehehe
________________________________________

Sampai sekarang aku still boleh ingat nama dia.
dua-dua ni kawan baik.
perempuan lah ofkos
takde masa aku nak sakit hati ngan peserta laki-laki tuh
buat berkedut muka je
HAHAHAHAHAHA
*lawak sangat ke??*
so apa2 game mesti aku peratikan dorang ni
sampai last day, sorang tu je yang datang n say thanks n peluk-peluk aku
sorang lagi, still macam errrr aku pon tak pasti
maka aku pon balik dengan hati yang bengkak
OH YE
aku kena key in data dorang ni dalam laptop
nama pertama yang aku jumpa nama dia ni
peh.kenapaa???
*muka bengang*
________________________________________

 aku baca satu persatu dalam satu slot dia ni
DAN
baru aku mula faham
even dah terlambat untuk faham,tapi akhirnya...
salah sorang tu, ayah dia meninggal masa dia 16 tahun
jadi dia membesar tanpa ayah.
sorang lagi tu mungkin ada masalah family
cuma dia tak tunjuk sangat dia ada masalah
so dia punya karakter tersendiri
dari apa yang aku baca, dia ada masalah dengan parents dia.
mungkin
tak faham sangat apa dia tulis, but still..
dia ada masalah.

_________________________________________

konklusinya, aku rasa aku tak patut judge orang macamtu je
at least kalau aku ada pergi kat dia, and tegur dia maybe dia ok dengan aku
dengar cerita, dia pon minat kucing
hehehehehehe
terus lembut hati kalau sebut orang suka kucing
tapi dah terlambat
mungkin juga aku patut selidik dulu baru nak judge 
mungkin dia jadi camtu sebab effect dari personal problem dia kan
tapi..semua orang ada masalah kotttt
bukan dia je.hmmpphh
takde jodoh nak berkenalan dengan cikgu tu
mungkin dia nampak sombong kot
tu yang aku takut sikit nak tegur tu
hmm
nasib kau lah
k tu je nak cerita
takyah nak tau lebih-lebih eh
 





 #Bayangkan aku ada kucing cam gini. setiap masa aku bawak ke hulu ke hilir




 #pengajaran untuk aku.tsktsktsk

Tuesday, 21 May 2013

Lagi gambar Wedding Yana & Nad e-day [Part 2]

Assalamualaikum. hi. tiada apa yang dapat di post melainkan sambungan daripada kenduri itu hari. Part 1 itu hari ada banyak aku bebel-bebel. Jadi kali ni inshaaAllah.....inshaaAllah aku kurang kan bebel hehehe. Bukan apa, itu hari aku macam terbawak kamera beso. Maka haruslah memori didalam pon beso ye dak. Kawan-kawan pon akan tanya, mana gambo? haritu kan banyak tangkappppppp... 
ok la ni aku masuk kan gambo korang kat blog aku ni je ye. Nak tengok, sila. Taknak, jalan... senang kan? hihihi


#Lagi banyak aku post gambau, lagi banyak muka aku di mana-mana. Sumber: Nad tunang

 #Nad. Kitaorang curik-curik snap gambar dia masa tengah photoshoot outdoor. muehehe


 #Ini Eiya. Kawan baik owner blog Haru Hijau. Dulu kami sebilik. Sehati dan se Jawa 


#Lagi gambar Eiya 


#Anis :) aku tumpang tidur rumah dia lah kat Shah Alam haritu. Sesapa nak hantar anak tusyen, boleh call dia. Nak number, mintak me

 
#Perlu ke ada Zul kat depan ni.. Mengapa aku ketawa berlebihan...Zul y u no tepi sikit. Me tangkap gambo kan. 

 
 #Raja Sehari. Yana dan Amir :)


 #Waa sempat lagi ye kau. Orang nak balik di paksa-paksa nya tolong tangkap kan gambo. Nahhh


#wooo saja je nak show off gambo Angeliana Jolios ni. muahahaha 

Ok geng. tu je gambar yang ada. Nak banyak, bawak kamera sendiri haha. k jangan ah sentap. Ada je banyak lagi gambo tapi sume tu gambau aku jelah banyak. HAHAHA ko nak ke tengok gambar aku lebih banyak ? Nantikan next entry xoxo. Jaga diri hiasi peribadi jangan berjudi. EH?

Monday, 20 May 2013

Nad tunang, Puan Yana kahwin


Hi. Assalamualaikum :)
Phewww. Done with hectic part. 
So now, we are in chilling part yo.

BUZZ!

eh hai hai semua. Seperti di beritahu sebelum ni, di bulan Mei yang penuh meriah gilang gemilang ini akan ku hadiri dua majlis kawan baik di mana seorang tu bertunang manakala seorang itu lagi berkahwin. ok. i am only 21st this year. and not too late to get married. faham?
muehehehehehe

Takpe, masih muda lagi. Masa ni lah kita enjoy dengan attend kenduri kawan-kawan ye dak. Kang kalau awal betul kahwin mau nya nak kena bawak anak beranak laki apa semua sekali heret gi kenduri. ah aku nak chill dulu. *ini ayat nak sedapkan hati sendiri* 

Apa yang membuat kan aku nak sangat attend wedding ni ? and engage day kawan ni? baik, sebabnya ialah dua-dua ialah bespwwweeeennnnn aku masa study. yang bertunang tu housemate aku dulu. But then, dak umah yang lain ada urusan lain maka aku tetap juga nak pergi. Yelah, cuba kalau kau buat kenduri, lepastu mesti la nak kawan attend ye tak, lepastu kawan kau tak dapek nak datang. Kecewa ? 
" NO,IT ISN'T " *cikgu BI ajar masa sekolah rendah dulu jawap camtu* 
Jadi oleh sebab aku taknak dapat benda yang sama maka aku gagahkan jua walaupun dari KL ke Seremban semata nak hadir menggembirakan hati kawan. yeay !
Tak, sebenarnya, aku wakilkan kawan yang tak dapat hadir tu. so takde la dia rasa terkilan sangat kan bila ada jugak housemate sanggup datang dari jauh.

Yang kedua, sebab aku nak hadirkan diri jugak adalah kerana member yang kahwin ni adalah kawan baik. Satu universiti, satu kelas even kitaorang start rapat pon masa nak dekat dua tiga sem terakhir. Husband and wife ni memang kawan aku pon muahaha. dua dua satu kelas. memang kelassss kau jahh.
 jadi memang bagi aku wajib sangat kot nak kena datang. Kat Banting je. hihi kita gerak reramai g sana tau. Best, even tak semua yang ada tapi still, ada yang sanggup dari Mersing turun Banting kot semata-mata. ha nampak tak semangat persahabatan tu. huhuu so aku rasa, kenapa aku yang dari KL ni tak dapat nak datang kan. Jadi aku pon datang lah kenduri kedua-dua kawan ni.

 <<<< SELAMAT DATANG KE GALERI HARU HIJAU ! >>>>
 *buat muka excited sekarang!*

 # Tengoklah kawan-kawan,kitaorang hanya sempat sampai ke tempat photoshoot je. Kat Nilai ni :)


 # Rinduuu budak Nad ni sangat ! oh ye, ni nad. Dia yang bertunang tu dan dia sangat teruja dengan kehadiran kami. Sorry Nad tak sempat singgah rumah



 #Orang photoshoot, kita pon nak jugak ! tak boleh la tengok je kan. kan kan kan ?




#ni masa tunggu nad ber out door, kitaorang sempat terbeli dan termakan McD(opss) dan terpegun dengan pemandangan kat sana. cantik. Betul-betul depan Nilai 3. pandai cari tempat photo shoot cecantik yeee



#Ini dia Nad yang kita cerita tu =) shes my ustajahh hehehe

#pemandangan dari tempat photo shoot outdoor. Sementara tunggu nad, macam biasa...makan 


#eh apa ini? tuu nampak tak..ada aeroplane baru nak berlepas hehheee. excited sangat sampai mintak member slow kan kereta. Kitaorang otw balik dari Seremban dah masa ni


 #ini pulak ustajah liana. Sempat sangat singgah Paradigm Mall semata nak beli hadiah. Last minute punya kerja memang tak awesome weh @chatime

 # helloooo dah sampai Banting ! *psst masih ada mekap, nak tengok takde mekap-mekap?scroll lagi gambo kat bawah*


 #tatatadaaaaaa takde mekap dahhh ! ahahah ni la dia yana :) patutnya jadi pengapit but imma bit late sebab kesesakan lalu lintas. hmmm kesian pengantin tunggu pengapit isk isk isk


# ni semua geng  satu kelas. belum ada semua lagi ni. kalau semua naik pelamin ni mau berguguran jatuh bunga dan dedaunan indah di belakang kami tu :p




 #oh, everyone do say hi to Angeliana Jolioss. yang pakai spek yang over tu ye. hi :)



 #kita tak beli pon baju yang kita tunjuk haritu. tak sempat =( Last minute punya plan, kena carik warna blue turqoise. hanya Allah yang tahu betapa last minit nya aku.

 
#Back to reality. home, im coming bebeh ! *ok,bukan home, bed pillow blanket im comingggg*

Maka itu sahaja entri kali ni. Terima kasih tidak terhingga pada kawan-kawan yang sanggup ambil hantar dengan selamat. Thanks awak :)
Dah dah sambung buat kerja. 
Good bye xoxo 
ewah