Monday 18 June 2012

Perihal Aku bila nak dekat FINAL (?)

Assalamualaikum :)

Soalan? kenapa dah berbulan( padahal sebulan je pon ) tak berani update ? Jari jemari aku yang dah timbul banyak scars ni memang ambik leave for quit some times.Mintak ampun. Aku pulak gadis yang RAJIN tetiba kebelakangan ni memang tak lah kan nak cerita bagai kat blog hadoo ni. Oh ye jangan lupa opposite kan perkataan *rajin* tu ye supaya semua tak tertanya tanya kenapa aku besar kan ayat tu. Dah la guna hurup besar lepastu gigih pulak nak bold kan bahagian tu je.

Tak semena mena nye dah nak dekat hujung semester dah kami kat sini. Mula la melarat aku punya mengantuk lagi, malas berkapal kapal pulak tu. Dan kalau aku kat rumah family sekarang ni confirm i will act the same habit sebab aku tetiba dah jadi jenis kebal bebelan. So nampak sangat dah sebati dengan leteran ibu di rumah sebab dara sunti nya kini makin liat bangun di kala matahari mula memancar kan sinar suria di pagi hari. Dan lagi ayah mesti akan cakap " mane la rezeki nak masuk bangun lewat lewat cenggini. Orang mengaji la lepas subuh tu, study ke buat breakfast ke and aku pun.....makin lama makin Zzzzzzz. Nampak kan LR ni macamane ? Oh rasa nya aku dengan adik laki aku yang sorang tu pon dah serupa dah. Dia ajak tengok bola aku join, ajak aku makan tengah malam pon aku on je.. buat kan dia kopi pon aku okay je kot ! Whoa menakjubkan tak ni ? Tapi serius la beb memang aku ala-ala brader bujang gitu kalau balik umah. Tapi sekarang dak Akim tu takde dah nak suruh aku buat kan sebab ada satu hari tu aku arah kan je kena masuk kan ape, letak gula banyak mana so NOW dia yang buat kan untuk semua. Tapi oleh kerana kami berdua je yang mata masih segar so kita dua jela tolong habis kan sampai la bola habis.

Habis cerita kat rumah. Perangai aku pulak nak dekat exam ni lagi la macam macam ragamnye. Orang waktu pagi, aku buat macam malam.Bila dah malam mata aku punya la terang macam siang hari. Okay tu belum kira dalam kelas berapa kali je aku dengar lecturer bersyarah. Kekadang je aku dapat tangkap tapi once dia senyum kat aku aku pon cool-cool jela balik macam tengah dengar dengan tekun. Tak pon aku beborak ngan member kat belakang. Yes lecturer kat depan kot Liana ! maklumla, mengantuk punya pasal aku tak kira dah asal kan aku tak tidur sebab lecturer jarak se meter je dari tempat aku.

But then aku masih tak faham kenapa semua pensyarah nak bagi task last last nak dekat final. Bukan sikit okay tetapi nye macam saja je takmau bagi aku peluang jadi dekan so that aku pon akur sebab orang lain pon kena busy dengan task tu sume sume. Actually besok pagi ni aku ada benda nak kena submit tapi aku lebih senang membebel kat blog sebelum aku start bubbling kat orang lain yang penat nak dengar suara aku. Ahh tak kira yang penting aku dah chill chill kat dalam bilik sensorang layan lagu yang tah ape tajuk nya pon aku tak dapat nak teka dah.Sila jangan tiru di rumah sebab aku suka buat assignment last minit tapi memang effective okay kawan-kawan =) Tiru lah macam sayaaa.

Oh ye aku tak whatssup-wasap lagi kan yang aku ada part time sekejap kat The Coffee Bean and Tea Leaf kat outlet baru bukak. Hehehe tau tak ada mall baru kat Kelana Jaya ni and the most exactly awesome is it  just nearby at our place ! Nama mall baru ni Paradigm Mall and korang boleh shopping barang dapur yang agak so so harga nye dekat Tesco which is ada kat bahagian bawah mall tu so senang la nak carry all the stuffs yang korang dah beli nak lagi orang yang cerewet and malas cam aku so malas nak kena tunggu lif lama-lama but kena turun satu escalator je. Aku punya la gila-gila membuat andaian sensorang bahawa Giant besar yang terletak di opposite mall baru ni akan kekurangan customer and pengunjung. Eh customer dengan pengunjung bagi aku tak sama sebab customer tugas nya adalah membeli barang dalam Giant tu walaupun dengan hanya membeli secawan Cool Blog okay, manakala pengunjung tu adalah manusia yang saja-saja datang berlenggang kangkung menyinggah then bila dah agak rasa bosan tengok tak abih dengan tudung yang sama pattern tu je mula la terasa nak balik. So tu definisi bagi aku yang tak boleh nak bagi pendek dah. Berbalik cerita kekurangan pengunjung tadi tu, rupanya telahan aku salah sama sekali bila ada satu hari tu aku ter saje-saje nak cari barang dekat Giant tu so aku ngan dak umah merempit kejap ke sana sebab Giant tu terletak agak jauh dari rumah, tambahan pula kena melintas dengan highway yang agak besar so that's why aku tak berapa gemar ke Giant di sebab kan alasan tak suka melintas je. Jadi sepanjang jalan menuju ke arah parking untuk park motosikal tu aku pon melihat sekeliling dan aku rasa takdela kurang pon malah hari biasa pun still ramai lagi yang sudi untuk melaburkan duit mereka di Giant. And aku salah sorang nye. Hewhew :)

Hari pun makin pekat aku tengok so dengan ini saya sudahi dengan ucapan tenkiu so much sebab sudi ber Haru Hijau dengan saya malam ni. Kalau sudi, baca la banyak kali tapi please la yang buruk pangai dari aku tadi tu jangan di ikut kerana kelak buruk kot padah nya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk tu faham-faham lah sendiri sebab confirm satu dunia mesti cakap datang dari aku punya yeay ! BUT before tu aku ada pesanan dari aku, personally punya tau tau so please baca and go deeper friends #


To all my FINAL YEAR mates, buddy, crush *motif (?) and my future husband( kah kah )...

                                             #All the BEST dude
                                           # Please, this is OUR last year TOGETHER
                                    # And DO NOT bring your Toyol along. *but if yes, kasik tunjuk aku siket eh kuang3
#  We have another last semester but keep remind yourself we will not being together after end of this year.
# KAWIN jangan lupa jemput aku tapi tolong lah tunggu aku kawin dulu weh. GULPP
# Babe, apesal aku over sangat sampai nak buat pesanan bagai ni huh ? takpe lagipon aku dah busy lepasni so be happy and make them happy, so we'll happy for them, insyaAllah ;)

# Hey hello there, im watching you guys. Good luck for your peperiksaan yee. Have a GREAT day friends