Tuesday 24 April 2012

Sunyi

Hai hai. hoi. okay lah, Assalamualaikum..

Selesai je telan semangkuk megi, mula lah terasa bosan dan sebagainya. Padahal kain menggunung tak berlipat, notes banyak lagi tak review, aku pulak yang melebih lebih konon macam takde benda yang nak di isikan. Tapi aku tengok sekeliling macam semua bapak bajet gila membusy kan diri. Ada yang menjahit lah, ada yang discussing lah, eh eh mulut terkumat kamit menghafal nota untuk test diorang besok pon ada tau ! Aneh nye mereka malam ni. Takde orang nak layan aku nampaknya. So aku sengaja mengeluarkan buku cerita yang korang tak payah tau tajuknya. Tapi faham faham la kan, memang aku suka buat dia tertunggu untuk aku membacanya. Tengok lah kalau kalau aku free ke nak tidur kejap lagi, aku try la selak selak sikit untuk tidak berat sebelah.

Sejak bila aku pandai berasa sunyi ni yeh. Jap nak fikir. Kejap boleh tak. Aku dah jammed gila ni tak mampu nak fikir ape ape dah. Wahh poyo habis dengan bajet dan tak siuman sikit di situ . Bukan ape, bila aku dah mula teringat nak menaip sesuatu ni maksudnya aku bosan sangat. So bila bosan kita pon tak tau nak start dari mana. So nye lagi, aku pon mula la update bukan bukan dekat fb bagai. Semua yang aku terlintas dalam hati terus ku update. Hebat tak ? Ha kau ada ?? takde, sila diamm. Sebenarnya aku nak bagitau satu dunia yang aku sunyi. Tu je lah. Sunyi sebab aku rasa sunyi. Kemudian, emosi juga tidak berapa nak balance dikala ini. Jadinya lebih baik orang sekeliling mula berhati hati dengan aku sebab kadang kadang aku macam okay, kadang kadang macam terlebih ketawa pon ada. Kadang tu macam nak bagi penumbuk kat orang yang lalu kat sebelah je pon ada. Haih? So i cannot tolong you lah kan ! Bila begini, aku mula menjinakkan diri dengan mendengar lagu yang agak agak jiwang tapi tak berapa nak layan sangat. Dapat tak ape yang aku cuba maksudkan ? Tak sebenarnya aku konon konon cool padahal nak tahan ngantuk yang melampau dari pagi tadi. 

Kenapa aku sunyi eh malam ni ? Oh ye, sebab aku tak tau nak bukak cerita apa kat tv tu so memandang kan semua orang takmahu layan aku lebih baik aku melayan diri dan memanjakan diri dengan memakai masker or bedak sejuk or whatever. Kan senang kan ? Sekarang pon aku dah pandai layan air 100 plus tau. Hey jangan tak tau k, sebelom ni i tak minum apetah lagi melayan sebarang bentuk air yang berupa dan bernama 100 plus tu. Tapi sekarang, tidak lagi. Sebabnya ? mungkin sebab free kot. Haha okay tak. Sebab gelas ni cantik lagi comel. Oh ye takde kena mengena. So ape kata kita sambung baca membaca ni. Ada jugak pekdahnya dari menaip tak tentu hala ni. Sekarang tak rasa bosan dah sebab menguap lebih mengatasi segala galanya. Harap harap la besok tak bosan begini lagi. Harap harap juga besok aku ada semangat nak buat segala assignment. ( padahal susah benor nak bukak buku bila kat rumah ni apotah lagi esaimen ha ). 
# someone like you. yes. it's you. oh bukan you lah. belakang you tu. haish chau !

Monday 16 April 2012

Gadis garang



Assalamualaikum !

Ya Allah, first sekali kan nak say sorry sikit dulu jap ni. You know why? Sebab i tak tau keratan kata-kata kat atas ni i main pakai cilok kat mane tah. Main pakai sukehati je kan... Itula dia. Apepon, thanks sebab bagi aku share sekali even dia tak tau menahu pon pasal aku ni.Wakaka !

Ish dari dulu sampai sekarang hangat mereka mereka memperkatakan aku garang. Eceh taknak kalah dengan ayat 'hangat' di tengah ayat tu. Tapi wa lagi suka lu cakap wa ganas. Ganas dengan garang bukan adik beradek eh weh ? Eh entahlah. Main sebat je aku ni. Lagi noob kan. Hehehe takpe yang penting, aku comel. *wah sukahati je kan* . Walaubagaimanaponnnn debat kalini bukan nak menangkan kaum pompuan yang leceh lagi bertuah ni tapi nak bagi semangat sikit kat gadis gadis remaja kat luar sana tu supaya, kita menjadi lebih garang.Hahaha tak tak sebenanya bukan la garang all the time tapi pada masa yang tertentu lagi sesuai dan kepada yang sepatotnya. Haa paham kan?

Tapi kan jadi garang tu bagus jugak. Yelah, even orang takot nak tegur tapi last last nanti rapat je. Kita ni pulak selalunya akan judge masa mula mula jumpa je. Bukan nak selidik dulu ke, tengok dulu ke. Eh, ni bukan dalam erti kata memilih tau tapi atas dasar berhati hati. Masa mula masuk blaja, selalu orang akan kata

" eh kau ni sombong gila macam bajet bagos bla bla blaa.."

>>Biasanya tu ayat wanita ke wanita yang lain. Manakala ayat kanak kanak lelaki yang tak berapa nak cukup matang akan berkata seperti ini pula...

" Kau ingat kau hot sangat ke. Nak gedik gedik konon garang lew teww.Pang kangg"

Hello, padahal kau saje dengki kan sebab pompuan tu tak layan kau seperti yang kau mahukan. Ha ambikkk. Eh gedik tu tak kot. Wahaha macam tak kena je kan. So itu antara first impression manusia yang tidak mengenali manusia yang lain dengan lebih baik. Haa sebab nye aku ada lah antara salah satunya sebelum ni. Sekarang, tidak lagi sangat. Hehehe jahat la LRygbaikhati ni. Apepon, think positive ye pasni. Jangan sebab cantik je terus nak berkawan. Yang kaya raya je approve jadi kawan tapi mesra gitu. Jangannnnnn :)

Berbalik cerita garang tadi tu, sudah pasti ramai yang tidak menyukainya. Apetah lagi kaum lelaki. Pompuan ? Hoi jangan cakap. Berganda gandum lagi daripada tu. Garang sangat tidak spesifik maksudnya. Jadi, garang ni bukan sebarang garang. Ada yang garang jenis tah pape punya garang. Misalnya tak ada benda nak kena garang pon dia nak garang garang gitu.Maksudnya takde pasal pon dia nak marah marah. Eh banyak pulakss garang kat sini. Yeay, sudah semestinya gadis yang garang garang manja gitu, boleh la dijadikan pilihan. Cewahh. Mesti lepasni ramai gadis gadis luar sana nak jadi garang jugak kan. So what ? ok apa, tapi jangan la garang sangat. So so je bulehla nohh.

Wa gerak sekarang. Lapchuuu ;p

Saturday 7 April 2012

Don't U Remember

Let's share together. This is the lyric that i've just cut out from Adele's song. It was like err same goes to me. Haha takpe, im strong enough okeettt. Assalamualaikum & may Allah blessed all of us. Lapchuuu ~



When will I see you again

You left with no goodbye
Not a single a word was saidAlign Centre No final kiss to seal any sins
I had no idea in the state we were in

I know I have a fickle heart

And a bitterness and a wandering eye and a heaviness in my head


But don't you remember
Don't you remember
The reason you left me before
Baby,
please remember me once more


When was the last time

You thought of me

Oh have you completely erased me from your memory

I often think about where I went wrong

The more I do the less I know


Gave you the space so you could breathe,
I kept my distance so you would be free,
And hope that you find the missing piece,

To bring you back to me





Friday 6 April 2012

Menghilang ke Lenggong, Perak

Assalamualaikum everybodeyhhhh

First of all aku pun tak mengerti kenapa lama sudah tidak ku update sebarang berita dari sini. Busy? wahahh mungkin tak. Kihkih tak mengapa, aku pun tak mempunyai mood yang banyak jugak untuk menaip segala hal lately ni. Oh ye, haritu aku menghilang hampir seminggu semata mata untuk ke Lenggong, Perak. Ya Allah, amazing sangat aku kat sana uolss. Aku menjadi fasilitator terhormat di sana bersama rakan rakan ohsem yang lain. Berbekalkan ape yang patut, aku pun melangkah dengan bahagia nya tanpa memikirkan ape yang bakal ku lalui di sana. Ala chill la liana, orang masuk hutan, kita pun masuk la jugak.Orang berkayak, kita pun ok je. See ? senang kan jadi fasi ni. Tapi aku suka bab bab adventure yang sememangnya memerlukan stamina dan juga mental yang kuat untuk settle menda ni semua. Yang penting, kat sana ada hutan, banyak pokok, ada sungai keliling, kehijauan pun mula teserlah. Itu yang dalam kotak fikiran aku sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam itu.

Sebelum tu kan, korang perasan tak yang ayat aku panjang panjang bejela atas ni penuh dengan ayat yang begitu tatatertib? Aku pun baru perasan yang cikgu karangan aku masa kat sekolah dulu mesti bangga bila tengok anak murid dia skema sebegini rupa.ohmaaii takmahuuuu. Mesti semua orang tertanya tanya kan macamane la aku duk teperuk dalam hutan tu padahal korang tak tau yang aku kat sana paling heaven sekali bila jadual makan je 6 kali sehari. Malam malam boleh pekena spageti bagai lagi. Paling best walau lambat mane sekalipun aku gerak ke dewan makan, part untuk aku mesti ada tinggal punyee.Yang tu memang best. Hari hari menu bertukar macam power rangers gituu. Tapi aku sering lapar macam singa yang takcukup makan. Banyak mana pun aku makan mesti berat macamtu juge. Orang lain pulak yang naik berat. Wahaha ni boleh main transfer transfer pulak erk. Canggih betol perut aku ni.

Apepon gambar terlebih lebih kat fasi je. Peserta punya muka sengaja di hide kan sebab ni kan blog aku. hehee maaf ye ! Aku sememangnya begini. Mari la tengok aku yang makin memberat di Lenggong ! tumpang laluu..

# Ni group aku yang cool bebeyhh. Dorang sporting & amat caring terhadap aku. Thanks to uolss

# Oh ye, ni dia kumpulan fasi fasi yang hebat. Kan ?

# Mula mula aku yang semangat nak berkayak tapi tetiba kena turn record gamba pulerss. Hamek kauu duk atas bot lah jawabnyaa

# Ha bahagia tak bahagia takk. Kalau nak tau, ni la sungai Perak

# Paintball timee ! Kak Atie & LRygbaikhati di situ.


# Lihatlah kawan, 1st day dah balun macam macam. tu belum minum petang, makan malam dengan supper ++

# Memang kami tak banyak sangat kerja so ni je yang mampu dilakukan.

# Tapi aku hangin sebab aku yang paling busy setakat ni sebab kena key in all the data after each of the program. Tak cuti la aku nampaknya.Mintak maaf la kalau terpaksa kena kensel janji last minit. Wa tak dapat nak elak bro.

# Sesi bersama peserta. Aku jadi pak sanggup kejap. Thanks la sebab kena kan aku eh.

# Besok nak masuk hutan ni. So kena pandai baca kompas betul betul. Tak pandai, memang tak keluar dari hutan la jawabnyerr

# Setakat yang ni boleh so so lagi la. Tak tengok kat tepi tebing ladang sawit lagi. Hutan yang amatss. Thanks hijau, selamatkan pemandangan aku.

# No wonder la keje aku asik online memanjang.

# Bukan gambar ni yang jadi persoalan. Cuma aku nak bajet sikit suh uols tengok tangan aku yang kelingking satu tu. Terluka petang tadi disebabkan tertusuk duri. Darah pun mula membuak keluar. Ha karangan tak ayat aku ? Tapi sekarang luka nya dah okey.


Setakat ni tu je yang sempat aku gembar gembur kan. Yang lain lain tak sempat nak copy dari memory card dek kerana gambar berjela jela. Alhamdulillah, sepanjang kami kat sana semua boleh dikatakan bergerak lancar. Even ada some part yang rasa macam nak bagi hangat je tapi last last boleh jugak handle. By the way uols,thanks sebab sudi dengar cerita aku harini. Luka tangan pun nak cerita kan ? apelah aku ni. Biarkan jela, aku kan suka bajet bajet gitu. Okay, nak siapkan key in data dulu then baru buat esaimen yang tertangguh. Okay tak camtu ? Mata aku pun dah berpinar je ni sebab spek asik duk atas tu dari tadi. So i got to go la yeh. Chiauu :))