Tuesday 17 September 2013

Pengorbanan ibu ayah

Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa macam parents korang tak pernah bagi apa yang korang nak? Bukan lah maksud tak pernah tu tak pernah langsung ke. i mean, macam certain orang ni merasakan bahawa parents dorang tak berusaha nak dapatkan apa yang dorang nak. Yela, kadang tu kita mintak pon benda mengarut je. mak ayah tu bukan nye mengalir je duit tu ada macam air terjun. Tapi bagi aku, parents kita semua ni selalu berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. yang kita minta. Ofkos parents tu bukan orang gaji yang kita boleh suruh atau mintak apa sahaja. Dah lumrah kau tu jadi anak mesti la nak mintak itu ini macam tak paham paham je duit pon tengah cukup cukup untuk sampai hujung bulan. Sooo sengal

Mengikut aku la kan, apa yang aku alami sendiri ni tak jauh pon beza dengan orang lain. Sama je lebih kurang. Macam aku, kadang tu aku sesaja la mintak nak  handphone misalnya. Benda tu ada jugak aku suarakan kat ayah atau ibu. Memang mula-mula tu macam takde harapan tapi tau tau je nanti ko dapat call dari ayah yang dia suh kau pilih warna apa yang ko nak. Haaa gitu. Tapi tu cerita masa aku tak kerja lagi. Kalau aku mintak sekarang ni memang sampai bila la aku nak dapt sebab banyak lagi perkara penting nak di beli. Banyak lagi benda penting yang perlu diutamakan selain handphone. ok tak?

Kadang tu kan aku jadi marah dengan anak-anak yang tak reti paham bahasa. Saja la satu hari ni aku scroll timeline aku kat twitter. Ada jugak yang tak puas hati dengan mak bapak sebab tak beli apa yang dia nak. oi umoq hang dah berapa nak teriak macam budak tak cukup akai kat timeline tu? Kalau dia tahu betapa susahnya ibu ayah korek sana sini duit, overlapped lagi, semata mata untuk anak je. hm zaman aku nanti entah macamana la pulak ragam anak-anak kan :(

Aku pon bukanlah anak yang solehah yang reti bercakap lemah lembut sangat pon sebab kadang2 aku bergurau dengan parents aku pon memang habis suara jantan keluar. itu baru bergurau. Kalau aku marah, aku senyap je. Takut takut kalau bersuara terkeluar nada yang yang tak sepatutnya. Buat muka masam dengan ibu ayah pon dah dosa tau apatah lagi ko nak kena tinggi suara dengan dorang. Jadi ambil lah langkah mudah, berdiam diri.

Baru-baru ni aku terdengar ibu ayah borak. Memandangkan salah sorang adik aku dapat tawaran ke Mesir(inshaaAllah Okt ni), maka banyak la wang yang bakal dilaburkan. Sebelum ni lagi ayah dah siap buat loan apa sume sebab nak harapkan duit gaji bulanan memang tak dapek la den nak nolong. So serba serbi dari segi persiapan adik aku dah siap. Tinggal nak fly je. Adik aku selalu bagitau aku, dia tak tau nak pergi ke tak study sana. Aku tanya, kenapa? Kalau pasal pergolakan sume tu inshaaAllah dah takde apa-apa kat sana. Tapi dia cakap, bukan pasal tu. then aku tanya lagi, kenapa pulak taknak pergi? katanya, dia macam tak sampai hati nak pergi sebab takut tak cukup duit semua tu and takut ibu ayah kena overlapped lagi sebab nak tanggung dia punya pengajian kat sana. Aku cakap, seeloknya pergilah. Ayah dah buat loan untuk dia pergi sana. Kalau dia tak pergi, maksud rugi lah.MARA pulak memang dah tak taja students ke sana. Memang la sekarang nampak susah, tapi nanti dah setahun kat sana mana tau dapat biasiswa. So kuranglah sikit beban. Bila dah berjaya nanti jangan sombong sombong, nak lagi dengan ibu bapa. itu jela aku sempat nasihatkan. cewah, aku nasihat adik sendiri siot ! hihi

Sejujurnya, bila aku terdengar macamtu, aku sedih. Sedih sebab aku yang sulung ni tak mampu nak tolong apa-apa lagi. Ofkos la tanggung anak-anak tu tanggungjawab ibu bapa, tapi aku sebagai anak yang sulung lagi sihat dan bajet berdikari ni, aku rasa macam.. yeah i need to do something. i have to !

Sebab itu, bila orang tanya...

" Nape tak sambung full time degree je? nanti tak terganggu ke study kalau buat dua benda satu masa? kerja lagi. study lagi? dapat ke catch up?? Rugi tau tak sambung..masa ni la nak rasa student life. Lepasni takde dah..blablabla......"

 STRESS--

AKU jawab: "Ala takpela, inshaaAllah, boleh je carry sume tu. asalkan disiplin n kena korban masa sikit. Lagipun taknak susahkan ibu ayah. Adik adik ramai lagi tengah study. Kalau ambik full time degree ni nanti balik-balik mintak duit ibu ayah jugak. Walaupun ada ptptn, tapi aku masa diploma dulu pon guna ptptn jugak. Mintak duit je jugak. Takde beza do. At least sekarang aku dah belajar susah takde duit sebab sume nak belajar berdikari. Kalau pon tak dapat carry, itu depends on aku punya usaha. Kalau dapat carry dengan baik, Alhamdulillah.."

Macamtu je aku jawab bila orang tanya. Biasanya makcik makcik dekat area rumah aku yang sibuk tanya itu ini. Kadang-kadang aku naik geram juga. Lepastu mula la nak cerita anak dia dah sambung degree itu, degree kat sini. Ah ingat aku peduli ke. haha apapun, aku lebih tau keadaan ekonomi keluarga aku sekarang. Sometimes, tak semua benda boleh dicerita atau dicanang kat semua. kan. So, just live your life. Aku rasa dah tiba masa aku nak repay balik apa yang parents aku dah buat. Tak semestinya umur nak kena cecah 30 nanti baru terfikir nak balas jasa ye tak. Lagipun kita tak tahu umur kita ni sampai bila. So, sementara masih sihat ni kita rasa kita mampu, even tak guna duit pun at least kita dah ringan kan beban orang tua kita. Harap harap aku sempat nak bagi ibu ayah rasa duit gaji aku nanti heheheeh ameennn..

So kawan kawan, take care :) 
xoxo