Thursday 8 May 2014

Kerja, kuliah , pengsan...

First time first time yeaaaa this iz my first time updating my blog thru my phone hehehehe.

Assalamualaikum. Lama ye tak dengar makcik membebel? Makcik ni pon cecuri masa update ni anak anak oi. Almaklum jela ahkak sibuk la sikit sekarang ni. Eh kejap makcik kejap ahkak, korang takpe ke ni? Hahah jgn la pening lagi ye... Banyak nak ceghita ni tapi masa sangatlah terhad.

Sekarang ni alhamdulillah kehidupan semakin sibuk wahahahah tak sempat kot nak fikir benda remeh. Hihihi so, jgn cari pasal ye, kalau takkk free free je korang tidak akan dilayan sebab i banyak lagi benda lain yang nak di fikirkan. Macam yg aku pernah bagitau sebelum ni di laman twitter dan instagram aku, aku sudahpun menjadi student separuh masa. Maksud dia isnin sampai jumaat aku pegi keje macam biasa. Sabtu saaaaaammmmpaaaiii la ahad aku ke kuliah.

Bila Liana study ni?
.
.
Jawapan satu satunya ialah pada waktu dua per tiga malam iaitu pada waktu manusia enak diulit mimpi dan ada pula yang mengerjakan solat tahajjud pada waktu tersebut. Hehe saya pulak? ------ bangun gosok gigi cuci muka dan study yeay.

Boleh ke bangun pagi tuwww?
.
.
Alhamdulillah, setakat ni berjalan lancar. Mula mula tu memanglah agak payah sebab siang kita kerja kan. Haruslah mendapatkan rehat secukupnya. Tapiii...selalu kalau niat nak bangun pagi tu memang lepas makan malam lepas isyak aku terus tidur. Biasanya jam 10 lebih gitu dah kena tidur dah. So kau boleh la bangun pukul 2 tu. Paling malas pon pukul 5 tu bangunlah. Walaupun sekejap at least apa yg kau study tu inshaaAllah dapat ingat. Aku pernah sekali tu bangun pukul 2 terus mandi (itupun sebab cuaca panas) pastu buat nescafe 3 in 1 tu. Padahal mak aku ckp tak elok minum 3 in 1 punya tp sebab aku malas, so minum jela. Akibat dia sampai sudah tak ngantuk2. Besoknya pulak dahla kena kerja. Kira 2 hari gak ah takleh lelap. Hahah padan la muka kan. Jadi semua, jgn buat ye. Lagipon caffeine tak elok.

Besok ni dah sabtu weh. Exam weeeekkkkk beybehhhh. Dan sekarang aku terasa nak demam. Tak berfungsi otak sekejapan sebab badan dah mula panas panas gitu. Aircond pon tetibe macam sejuk gila. Doakan aku sihat ya kengkawan. Sebab biasanya kalau badan rasa tak sihat aku Tak rasa nak ketawa. Hahah. Takbest la tak ketawa ye Tak.

Ok lah wassalam--