Saturday 28 July 2012

Ramadhan kali Ini

Assalamualaikum !
  *psst,entry kali ni tak mengandungi sebarang gambar. Yang ada hanyalah leteran dari Yg Berbahagia, Lianer

Puasa dah ni kan. Jadi tak risau sangat kot kira nya nak celoteh celoteh pasal habit aku di bulan Ramadhan yang mulia ni. Banyak sebenarnya yang aku rasa aku buat bulan bulan puasa gini. Tak perlu la nak cerita apa yang kita makan waktu buka ke, apa makanan yang best ke ape kan. Yang penting, setiap kali nak bersahur mesti nama aku yang akan dipanggil berulang ulang kali sebab kengkadang aku Anggap suara suara tu macam dalam mimpi lagi. Rupa nya memang dah realiti habis. Tak ke buang mood pepagi yang hening tu ? Sooo..... elok lah kiranya Jika kita menidurkan diri dengan lebih awal di samping mendapat kan rehat yang cukup (bukan telebih Rehat ok, ) And boleh bangun dengan segar nya pada keesokan pagi nya untuk bangkit sahur. Huh penat * 

So aku rasa setakat ni Mood aku biasa biasa je tapi terasa macam dah upgrade sikit tahun ni bila bangkit sahur punya cerita ni. Sebelum ni aku lah nenek moyang segala pemalas untuk bangun bersahur tau. Apetah lagi bila ada kat rumah sewa, takde orang yang akan paksa paksa aku bangun awal pagi tu. Kan. Tetapi alangkah Terbaeknya pabila aku dirumah family sendiri. Akan dikejut dan di laung laung nama aku berkali kali. If aku tak bangun memang bapak aku dengan rela hati nya membebel sensorang padahal aku syok gila sambong tido. Tahun ni aku berazam nak bangun dengan segar nya even kena di kejutkan jugak. Apa punya anak dara la Liana ni tau. 

Bila aku bangun sahur kan, aku mesti akan prepare something untuk diri aku sendiri. Aku akan buat kan susu tepung, which is Whatever susu sekalipon yang ada jual kat pasaraya tu, Andd minum panas panas suam. Dari dulu aku amal kan so takde la perut aku sakit besok nya. Nak pulak aku jenis kurang sikit air suam ni, tapi memang sebati sangat dah dengan susu ni. Dan paling penting ada kurma. Nabi pun sahur kurma jugak tau. Tahan je perut Baginda. Boleh je buat kerja harian macam biasa siap dengan ibadah yang sunat lagi. Kita ni , sumbat lah ape pon masa sahur tu tapi bila tiba hari siang tu konfem datang balik lapar tu. Nak lagi dah tengahari, ternampak pulak air Ribena yang tak bancuh lagi tersusun elok kat tepi rak dapur tu. Ha selalu kan nafsu duk kacau kita gitu ? 

Salah satu cara nak elak rasa panjang waktu berpuasa , menahan lapar dan dahaga dah sebagainya, kena lah kita melakukan kerja kerja yang berfaedah serta tidak membuang maa. Alangkah baik nya kita membuat kerja kerja rumah or tolong Mak buat kuih untuk hari raya or baca buku resipi then try untuk berbuka nanti ke... Jadi takde lah kita terasa sangat puasa nya tu. Tapi jangan la sampai terabai Solat kita. Bila bulan Ramadhan ni, semua berlumba lumba nak buat banyak ibadat. Bukan lagi tambah dosa kering begitu sahaja sampai menderma pahala kita kepada orang lain. Haa faham kan ? So better kita berubah at least sekelumit cuma. Tambah pahala lagi tahu..Takpe, even kita buat sikit-sikit orang memang tak nampak tapi orang sekeliling boleh menilai kita dari sudut perubahan attitude dan aura keimanan seseorang tu. Memang Iman tu tak dapat di warisi tapi sekurang kurang nya ada rasa nak berubah walau sedikit tu pun dah cukup baik. Then dari sikit tu akan berbuah menjadi banyak. Jangan ada rasa Malu nak berubah ye kawan. Orang yang terasa dan mula terfikir nak berubah ni sebenarnya lagi hebat dan berjaya dari yang tak rasa apa-apa bila mereka tak berubah langsung. Tak salah memuji mereka yang dah berubah, bahkan bagi sedikit demi sedikit galakan supaya dia terus istiqamah dalam segala perbuatan nya.

Misal nya, situasi macamni .
     Dia nak pakai tudung, tapi sebab nak ikut ikut kawan yang lain. Tak salahh nak ikut. Benda baik kan. Tapi jangan pulak ada kawan lain yang tak senang dengan perubahan tu. Itu akan menurunkan semangat dia untuk berubah. Sebab nya, dari gejala ikut ikutan tu, mana tahu dia akan terbiasa And mula menyedari betapa penting nya Wanita menutup aurat mereka sebaik nya. Cara aku bercakap taknak kalah dengan gaya seorang ustazah kan ? Taapiii kita tak perlu menunggu untuk menjadi seorang ustazah  atau Ulama dulu untuk menasihati sesama manusia, bahkan kita perlu berkongsi apa jua yang kita tahu dan apa yang kita faham. Setiap orang bebas bersuara dan menyatakan pendapat mereka, tapi biarlah kena pada cara. Jangan lah sampai mengguris hati pihak yang lagi satu tu. Tak manis kan. Sama sama lah kita ingat mengingati antara satu sama lain. Yang kurang kita baiki. Yang elok kita contohi. 

Oh ye, bila berpuasa ni melatih kita menahan segala bagai nafsu Baik dari segi nafsu lapar, dahaga, perangai, And of course nafsu marah. Allah tak suka kan :) takmau marah marah ek. Lagi satu, bila kita berbuka tu jangan duk taksub sangat dengan makanan yang pelbagai tu. Haruslah berjimat cermat. Yang pasti, ingat lah kepada yang tidak berkemampuan di luar sana. Sebab nya aku kengkadang pon tak habis makanan yang aku makan. Tak ke amalan syaiton tu ? ish. So, mari sama sama mula kan tabiat baru ! Wallahualam sekian saja :)

Monday 9 July 2012

Dimana mana ada KUCING

Assalamualaikum semua :)

Hai kali ni aku tak banyak becerita sangat.
Kerana nya aku amat gigih sebentar tadi untuk menyiapkan satu video ni sahaja.
Entah apa yang lama sangat tah sampai kan nak buat video yang remeh ni pon kemain fokus gila.
Tapi takpe, seperti yang aku gembar gemburkan kat dalam twitter tadi bahawasanya this is my first trial.
So nak tak nak memang korang kena jugak ah keep on view video aku ni.
Lain kali bila dah pandai sikit lagi aku buat banyak banyak sampai semua orang temuntah warna warni okayy.

Kisah dalam video ni berkenaan pasal kucing-kucing aku.
Bukan nya kucing mahal tu,semua stok yang datang rumah, lepastu dah tersuka dekat orang dalam rumah tu then stay terus kat rumah aku tu.
Haa nampak tak?
Kami memang suka kan kucing. Terutama sekali ibu.
Ibu adalah orang yang bukan sahaja suka kan kucing malah dia membuktikan yang beliau memang sayangkan kucing-kucing tu.
Buktinya, ibu la yang beli kan makanan dorang, pasir untuk mereka melabur, dan sebagainya lagi lah.

Jadi aku dedicate kan video yang amat selekeh sekali ni untuk kucing aku yang baru saja pergi minggu lalu.
Disebabkan kejadian itu, ibu dan adik aku pon dengan gagah nya menelefon aku pagi subuh-subuh lagi untuk menceritakan kejadian pilu tersebut.
Jom aku nak tunjuk video kucing-kucing bertuah aku ni..
TAPI ni belum semuanya lagi tau !
masih ada banyak lagi yang tak dapat dimuatkan sebab dah hilang.
Mari kita selami kisah kucing aku ni :)




BUT kawan kawan, video ni  jadi tah pape sikit bila dah upload kat blog ni.
So mintak maaf la kat mana-mana subtitle yang tercepat and yang tak berapa nampak tu
Terimakasih and Assalamualaikum :)