Monday 8 April 2013

Bahagia Happy

Assalamualaikum .

Tahukah anda bahawa diri kita ini seringkali terbuat perkara yang orang tak suka. Its normal yaw !
Mana lah kita tahu orang tak suka ke suka ke dengan apa yang kita buat ye dak. Iya lah, selalu tu kita main pakai buat apa je sukahati tanpa sempat memikir adakah orang ok dengan kita. HMM apa agak nya kalini aku nak borak pon tak tahu. Tak, macamni. Kalau apa yang kita buat dengan seikhlas hati tu orang pon dapat terima dan nampak dengan seikhlas hati itu dah kira nikmat yarabbi dah. Bagaimana pula dengan kita dah beria ria berperangai baik dan elok dan orang sekeliling masih lagi tidak senang dengan itu. Persoalan nya kalini. Macamana nak handle. ADAAAA, siapa kata takde macamtu. Mostly uols kat luar sana mengalami benda yang sama. Kita sama sama manusia maa. Tak lari banyak mana pon. 

Ok. Bagi aku lah, aku kadang kadang tu buat tak kisah pun dengan orang sekeliling. i mean, bukan kera sumbang u know. Sombong ke apa ke, bukaannn. Ini masalahnya bila kita rasa kita dah berkelakuan bagus, maka effect nya juga akan terpancar melalui gerak geri yang bagus, so kenapa masih lagi ada orang yang tak berpuas hati dengan kita ya ? Pernah jugak k aku terfikir. Ok bukan pernah tapi macam boleh kata selalu lah. Huuuu :)

Maka aku pon ingin meyuarakan separuh rasa apa yang aku rasa selama ni ahahaha. Rasa takpayah nak ahahaha beria kot. hurm. 

To me,

Aku TAK rasa bahagia bila aku tak dapat buat apa yang aku suka. 

Aku hanya rasa BAHAGIA tu bila aku rasa aku dapat bagi apa yang aku suka, then aku buat untuk diri aku sendiri. Kira bagi reward kat diri sendiri lah ni


Aku TAK rasa bahagia bila aku sedar yang aku ter tinggi kan suara kat ibu ayah.

Maka aku BAHAGIA bila aku dapat pandang, and cakap dengan lemah lembut even tak berapa nak lembut dengan ibu ayah. Bahagia tu kita je rasa tau :)


Aku TAK bahagia bila apa yang aku buat sehabis baik then orang lain masih nak pertikaikan.

Aku cuma BAHAGIA bila orang dapat hargai walaupun sedikit atas apa yang aku dah cuba lakukan. (Kedengaran macam buat tak ikhlas kan, but for me, its for my inspiration. At least, respect others effort towards it.Bukan senang beb) 


Aku TAK bahagia bila aku dapat rasa kawan kawan makin jauh. Kadang tu aku rasa mereka sengaja menjauh dari aku. Apa salah aku sendiri aku tak dapat nak detect. Jadi aku mula frust sebab aku tak dapat jadi kawan yang baik.

Aku cuma rasa sedikit BAHAGIA bila aku ada saat mereka memerlukan. Aku bahagia :) 


Aku TAK kan pernah rasa bahagia bila aku mencuba cuba jadi diri orang lain. Maksudnya macam meniru perilaku orang lain. Yes , we have to be the original one kan ofkos. Tapi itulah, perasaan terikut ikut tu memang tak dapat nak halang. ngeh

Aku rasa BAHAGIA bila orang sekeliling dapat terima aku seadanya. Dengan cara aku sendiri. How do i look, and even who i am. oh my, rasa diri ini dihargai u know. Macam tu juga lah kalau kita treat kat orang lain benda yang sama. Mereka pasti rasa bahagia juga 


Aku TAK dapat nak rasa kebahagiaan itu apabila aku asyik memikirkan apa orang lain akan kata tentang aku. I hate the most. But i always do bebeh. keep keep keep thinking. So acaner nak prevent ni ?duh

Aku rasa keBAHAGIAan itu sewaktu aku dapat buat apa yang orang tak dapat buat. Peduli apa orang kata, and we move onwards.Yang penting kita mesti tahu apa tujuan utama kita. Kalau setakat untuk kearah keburukan, better forget it ya. 


Aku TAK bahagia bila aku stress bila ada masalah

Aku rasa BAHAGIA tu once aku dapat senyum, and fikir benda benda positif walaupun sedang ada masalah. Well, semua orang have their own problem kot ! And akan sampai satu tahap tu kita akan rasa nak menangis gembira tau bila kita dapat satu kekuatan cuma untuk SENYUM sahaja. Akan ada perasaan itu. inshaaAllah. Sebab kita ingat kita lemah. Walhal semua masalah dan dugaan tu kan Allah yang bagi. Untuk uji. 


P/S: aku juga tak sempurna. Maafkan aku ya sekiranya aku juga ada terlepas pandang yang dapat menimbulkan rasa tak selesa to all my neighbours( yeah friends,family,teachers,strangers semua lah )

Apa pun masalahmu, ia PASTI PASTI PASTI akan berlalu. 
SENYUMLAH
Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dapat dihadapi dengan cara yang betul. InshaaAllah ! 


Step by step and start to grab. 
Kita punya bahagia kita je yang boleh rasa. Bak kata Fynn Jamal. kaannn

LOVE.HUGS.SMILE