Monday 25 November 2013

Hidup kini

Assalamualaikum. semua. di mana jua. hai

Harini dah dekat 3 bulan aku bekerja. huuu yeay :) Ada part yang suka and ofkos ada duka lagi lara. Rasa tak yang aku dah lama tak update blog. tak. Aku je yang merasai nya. Waktu camni sebenarnya aku dah lapang sikit memandangkan bos besar takde heheheh. Sebenarnya even bos takde pon aku still dalam busy merepek-repek. Kalau ada bos, lagi berganda la aku punya sibuk tu. Semalam and harini bos outstation. Aku pun nak release tension. So aku taip bukan bukan sampai aku rasa takde benda yang aku boleh taip lagi dah. Aku tak tahu apa aku nak cerita sebenarnya sebab aku takde modal mahupun untung. 

Apa yang aku boleh cerita kan serba sedikit kat sini ialah aku dah merasa rindu untuk balik ke alam persekolahan. hm kenapa sekolah ek. ye yee alam study bagai nak rak pon aku rindu juga. tapi tak sedalam rindu aku pada sekolah yang indah lagi permai (takyah over sangat kot liana ye). Bukan aku rindu sekolah. Aku rindu nak bangun pagi-pagi kat asrama dulu. Sejuk je. Ngantukk je. Seronok sebab berebut toilet. takyah stress macam sekarang. Kalau dulu rasa stress sebab tak siap homework, plus dengan cikgu chemistry yang garang lagi comel, tapi sekrang tidak lagi sebab aku lagi rela stress fikir nak masak apa dari fikir apa nak cakap kat bos even kerja dah siap. Kadang-kadang takdela stress,tapi aku kot yang paranoid dek kerana dah set dalam ortak awal-awal yang bos tu garang padahal baik je bos dekat aku. heh. garang je jugak kadang2 tu. Kira macam aku jugak la garang dia. Sampai aku terfikir nak bukak bisnes sendiri sebab taknak kerja bawah orang. hahaha jauh betul pekerja berhemah ni berfikir ya. 

Eh aku buat perenggan kedua dengan begitu melimpah sekali sampai aku nak review balik pon tak sanggup sebab macam panjang je...macam panjang jeeeeeeeeeeeeeeeeee. ha kau. Eh aku kan rasa sejak aku bekerja ni kan, aku jarang dapat memanjakan diri oh. yela, kita perempuan kan, kadang-kadang tu nak g kerja laju-laju sangat (kes bangun lambat) sampai terlupa sapu losyen la, kadang-kadang tu rasa malas nak syampu rambut hahaha tapi ofkos dalam malas tu kena jugak kan basuh rambut nak lagi yang pempuan yang bertudung ni. Pastu dulu aku selalu kalau pagi-pagi sebelum nak keluar mesti cuci/bersihkan cermit mata ni sebab terkena habuk la, tapiiii sekaranggggg takdo. Main sarung je kat mata padahal dah kelabu dah mata aku ni. Tapi malas jugak, tetap bersihkan jugak sebab aku nak negok orang pon aku tak nampak dah. So, ini lah dia agaknya life as a worker. as a staff. as a women. waaaaa nak jadi student ! nak jadi student ! 

Ok, perenggan ketiga aku pon macam boleh tahan mengarut panjang dia tu, jadi aku masuk perengggan baru so senang aku nak tulis panjang lagi sat lagi. Aku dapat bezakan la student life aku dulu dengan sekarang. Kalau dulu, masa study, malas-malas aku pon ada jugak la masa nak belek buku resipi then cuba2 resipi baru (uiceh), pastu shopping barang dapur sorang-sorang. sekarang, jangan harap. paling tidak pon aku shopping bawang besar, ikan bilis, kentang, bawang putih dengan lobak. je. Lepastu ada la perencah nasi goreng ke, perencah bihun ke itupun aku rembat kat rumah ibu ayah. peh. ini bukan anak dara yang anda cari ye wahai kaum adam sekalian. alert. ini bukan. hm yela.. balik kerja pon pukul 5 30 petang gitu. Kadang2 tu sampai pukul 7 pon ada. wow rajin. Tu kalau bos ada, memang kitaorang akan kena stay sampai pukul 7 atau sampai dia dah puas hati. Ofkos la kan. Bos pon bukan ada kat ofis selalu. So, memang kami akan stay and bagi dia sign apa yang urgent so that hari keesokannya takde lah rushing sangat. Nak taknak, aku dah pun bekerja nd inshaaAllah akan jadi student semula pada masa yang sama. hehehe doakan ye.

Weh ok lah. Aku takde idea nak cerita apa. Buat yang first time baca blog ni, harap maklum. Owner blog ni memang sejak dalam perut ibu aku lagi dah disahkan pemalas. hee takdelah. eh dah azan Zohor ! ok assalamualaikum ~