Tuesday 21 February 2012

Menu hangatt


Assalamualaikum uolss,

Nak tau ke..minggu yang penuh advanced ni memang adventure bagi aku.Memang tak teruja sangatlah sebab aku tau amat lah bosan menguruskan rumah ditambah pula dengan kerenah anak-anak kucing yang makin membesar kebelakangan ni(yela, aku yang rajin tuangkan makanan,ye dakk). Oleh sebab demikian, aku pun mengambil keputusan untuk layan budak-budak busyukkk tu.Hehehe jangan tak tau, i ni garang tauu. Grrr tapi malangnya mereka langsung tak takut kepada saya.Fedap? Yes i am. Oh ya, aku terpaksa menjadi suri rumah untuk seminggu ni sebab my ibu outstation.Takpe, i dah biasaa( padahal ya rabbi ). Tempohari Ikah( adik den ) pergi Cameron Highland. Tau kah di mana? for sure tahu kann. Emm dia pulang dengan hanya membawakan aku keychain yang ada Rama-rama cantik dengan sedikit buah-buahan.Hohoo ada strawberry yahh. Segar bangat ! I looikee damn much sebab i dah dapat satu idea apo nak buek dengan stoberi merah hangat tu. Mari kita tengok apa yang aku dah buat dengan buah cantik tersebut ,

 # Yes, aku dah power sikit bab celup-celup coklat ni. So, dengan bantuan adik aku tu kami pun mula menambah aiskrim di atasnya dan tabur sedikit coklat di atas sekali. Huh, kalau cawan sebesar gini satu je cukup untuk 2 orang makan. Sweet tak sweet tak ??

 
# View dari side tepi sini. Saje nak bagi tengok coklat yang meleleh kat tepi ni. Mengancam? Cubalah dirumah !
 


 
 # Manakala ini pula hasil muffin cip coklat campur sedikit oreo. Tapi tak berapa nak berkembang dan ia tak nampak hot seperti kat kedai tapi rasa muffin ni boleh la buat kau ambik 2-3 kali pastu nya.


Tapi kan weh, banyak lagi benda berfaedah yang kita boleh buat sebenarnya kalau bosan kat rumah ni.Misalnya karoke dengan family ke, dengan kawan-kawan ke kan tapi No Dating eh! Ha menjahit ke, belajar memasak ke buat kuih donat ke kan bagus kan. Takdo la menghabiskan masa cenggitu je. Eh lelaki pun boleh buat lah. Takde nye nak jatuh air muka tu kalau buat kerja perempuan pun. K, Assalamualaikum :))

Thursday 16 February 2012

Masa masa aku perlukan itu ini

Assalamualaikum kawan :))

Masa masa begini aku sememangnya memerlukan bimbingan yang betul supaya aku tak terlebih-lebih dalam mengisi kemarahan yang datang tanpa ketuk pintu dulu. Tak patut. Biasanya waktu sebegini selain daripada istighfar yang teguh, aku juga amat memerlukan semangkuk ABC atau apa apa yang berkaitan dengan hijau. At least la mangkuk tu warna dia hijau ke, or susu cair tu bertukar colour menjadi haru hijau ke kan kan. Ha dah best dah tu. Tapi please la bendasing ( benda asing la senang citahh) yang bikin aku berangin di malam yang dingin ni, don't do this again ok. I sememangnya tidak sukakan amarah yang melampau jadi tolonggg, tolong shuh shuhh la my angry bird feeling sekarang ni. Wa dah lega bila tengok blog gua sebentar tadi. Klik je dah hijau dah. Ha tak jadi nak geram lama lama dah. Eh tapi kan serius gua geram balik semula sebab ABC tak tahu nak cari ceruk mana la malam-malam gelap begini. Nak tunggu besok memang tak dan la aku nak makan kan. Takpe, aku ada begambar dengan ABC ni pun dah cukup betuah rasanya malam ni. Ok guys, jemput makan naa.



So, konklusinya di sini jangan cepat naik angin ye kawe-kawe. I ni takde la selalu marah begini kecuali ada perkara yang tak sedap untuk I dengar dan alami, dia akan timbul kemarahan yang syaitonirojim tu selalu bisikkan. Tak best kan marah ? Marah tu best sekali sekala tapi tak elok untuk kesihatan. Dah penat bebel untuk segmen hari ni. I tidur dulu ya. Jangan lupa solat nya ya kawan kawan !

Wednesday 8 February 2012

Kisah aku yang aku tak pernah kesah

Assalamualaikum selamat malam sayang

Apehal dengan title aku malam ni sebenarnya kan ? Aku sendiri pun tak pasti but i have to make sure this entry will be an awesome as i am. Disebabkan dah lama aku tak menaip panjang panjang begini so lebih elok lah malam cenggini aku cerita kan kes hidup gembira lara aku selama ni. Tapi takde la dari A sampai ke Zee aku nak cerita nye pun. Cuma ada la sikit yang aku agak terasa nak share harini. Pasal aku semuanya tak lah tapi tentang aku tu banyak la, 'Dia' tu refer kepada orang yang pernah aku jumpa dan tak semestinya 'istimewa' cuma pernah menjadi antara yang terpenting satu masa dulu. hehe kali ni babak serius ada lah sikit cuma taknak la nampak sedih dan menghampakan sangat at the end nanti. uiceh nampak serius betul kan?

Masa dulu dulu

Aku yang dulu memang tak reti nak suka orang. Garang tu apetah lagi. Memang asyik nak begaduh je bila orang mula kacau. Budak budak kan, biasa la suka je sakat pempuan ni nak pulak kalau yang asyik nak marahh je. Like me oso la uolss. Setakat nama nama garang ditambah lagi imaginasi yang menakutkan memang teserlah dapat kat aku lah jawap nye beb. Kalau tak caya, sesape pun jela yang baru kenal ke, dah lama kenal lagi la kan...memang straight forward panggil aku dengan nama nama yang aku rasa tak asing lagi untuk aku ni. Contohnya macam nenek ke,makcik tu biasa sangat dah, ha ahli sihir pun ada tauu, tak dengar lagi gelaran2 macam kat hutan rimba tu pun ada ok. Harimau betina ? Singa terlepas ? omaigad terlalu panjang jika nak disenaraikan di sini satu persatu ye. Memang susah nak dekat tapi bab touching tesentap ni memang nombo satu. Tak silap lagi, orang akan cari nama aku dulu kalau diminta untuk vote siapa yang paling selalu sangat tersentuh hati . Nak prevent dari perasaan emosi yang melampau ni agak payah bagi aku satu masa dulu. Mungkin sebab keadaan semasa tak begitu memuaskan or sebab environment yang tak bagus so ia memberi effect yang kuat kepada aku yang tak begitu kuat mase tu. Tapi tu aku masa dulu kawan :)

Aku pada hari ini

Aku seorang penuntut jurusan Diploma in Business Studies. Tak gempak tapi bagi aku selagi seseorang tu mampu buat yang dia termampu dengan sebaiknya , itu adalah yang terhebat bagi nya. Entah falsafah mane aku guna pun aku tak tahu tapi tu je yang aku terfikir kan sekarang ni. Aku dari dulu memang berniat bermimpi berfikir bersungguh nak jadi seorang pensyarah satu hari kelak. Memang harap sangat jadi kenyataan supaya aku tak biar minda aku terus bermimpi. Aku hari ni banyak memikirkan hal remeh berbanding perkara penting yang patut diutamakan. Ya dalam erti kata lain banyak buang masa tapi kadang kadang best jugak bila kita tak sedar kita tengah mengelamun. Macam ada kat alam lain. Haha tak best lah sebab tak real. Aku yang ada pada hari ini tak pandai selindung tapi banyak pendam semua yang aku rasa nak simpan. Bukan taknak share tapi takut tak sesuai dengan jiwa pendengar. Tak semua orang selesa dengar luahan kita yang entah pape ni apetah lagi kalau berkaitan dengan perasaan. Ha kan dah emosi lagi. Sekarang ni aku dah pandai emosi lebih lebih tanpa memikirkan kesan nya. Tapi aku tau semua tu tak lama cuma aku yang rasa terbeban sebab asyik fikir je. Let gone be by gone sayang. Aku rasa tak lama lagi aku boleh bangun dengan sendiri walaupun aku cuma seorang. Tapi aku ada kawan kawan. :)

Kisah Dia


Tak tahu nak cakap. Dia tu siapa pun aku tak tau la. Dia pernah menjadi orang yang penting untuk aku satu masa dulu. Tapi tu dulu. Masa bahagia, suka , aman n syukur sangat sangat. Tapi tu dah lama dulu.. Sekarang cerita ni dah boleh masuk muzium sebab dah jadi ape entah aku pun tak reti nak habaq mai. Aku sayang dia. Dia mungkin pernah sayang aku juga. Kami saling kenal sebab apa pun aku tak ingat. Kenapa aku suka kat dia pun aku dah tak ingat sebab apa. Dan yang paling penting aku berharap satu hari nanti muka dia pun aku boleh buat tak ingat sebab memang taknak ingat ape lagi dah. Macam kecewa sangat gila gempak kan ? Tapi memang lebih dari tu lagi aku dah rasa tapi tak best la nak story semua. Nama dia pun aku rasa dah lupa hehehe sorry la dia memang tak baca pun blog blog macam aku ni. Rasa nya dia pun dah lupa pasal aku tapi ok lah tu at least aku tau dia memang sangat hebat sebab pernah buat aku fall with him. Sampai hari ni aku pun tak tahu kenapa aku sayang dia. Eh sayang ke ?? haha tak perlu nak cerita tu semua. Dia memang seorang yang hebat dan aku tak mampu nak tengok dia go on dengan orang lain so please jangan buat buat ter lalu lalang depan mata i okey sebab i takkan datang or tengok dekat uolss dah. Yelah sangat padahal tak sampai 5 saat lepastu mula la meleleh air hujan.Choi sangat. Ini memang pengakuan tak bertauliah dari aku dan aku harap ni yang terakhir kali aku akan buat entry yang berupa ini lagi. Eh aku cakap apa pun aku sendiri tak paham dah so goodday everyone !