Thursday 30 August 2012

Innocent

Assalamualaikum, Salam Merdeka !!

Persoalan kali ini ialah Mengapa Gambar Passport Mesti Kena Innocent ?? Perlu membuat muka tidak bersalah seolah-olah memang dah ditakdir kan akan jadi begitu. Pernah kah kalian juga perasan mengapa setiap kali terima ic baru mesti semua akan terjerit kekalutan apabila ia tidak seperti yang anda bayangkan selama ini. Hah sudah. Padahal aku sorang je yang rasa macam tu. *Dah memang muka kau macam itu memang itu lah yang keluar nye pon ! * (hati mula berlaga-laga)- benci !!

# Nampak tak betapa skema nye muka bila setiap kali ambik gamba passport ?? Tak tengok Real lagi. Bertambah busan tahu ?? 





Ok tak bosan. Tipu je. Tapi itu lah, betapa aku terasa amat ketidakpuasan hati ini bermaharajalela bila tengok je gambar ni. Balik balik je terus bukak sampul ni semula then tengok lagi supaya tak tersalah tengok masa kat kedai tadi. Jadi bila tahap tidak puas hati tu sampai ke puncak otak mula lah nak ambik henfon bersama muka yang agak berkerut dan terhasil lah gambar seperti yang di atas. Sekarang ? dah dapat terima dah ! yeay.

Takyah tahu la sebab ape tetiba kena ambik gambar passport bagai ni. Tapi anda semua dinasihat kan supaya dapat membuat senyuman seikhlas mungkin bila nak tangkap gambar supaya tak jadi macam tu tu...gambar yang atas tadi tuu.. Ha kan. Apepon, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. Malaysia ku Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. Semoga diberi keamanan dan kestabilan ekonomi yang teguh untuk sentiasa memastikan Negara Ku Malaysia terus maju :)) Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Tuesday 28 August 2012

Selepas seminggu BerHari Raya


Hi and Assalamualaikum !

Well, kawan aku yang sorang tu duk membelasah aku dengan pertanyaan begini ,
             
 -" Weh pemalas gila kan kau nak upadate blog. "

Ala, nanti-nanti lah. Aku busy. 

               -" Dari haritu aku tengok kau punya tak update ape pon. "

Hish. Bosan. Takde benda nak cerita. Tengok ah cane

Haa nah ! hambek . Segala corat coret aku kali ni yang aku agak tak berapa nak panjang, tapi gambar semua dengan cool nya aku edit begitu begini sampai kan aku pon tak tau macamane asal gambar gambaar tu suma. 

So lebih kurang begitu lah conversation kami. Agak beterabur sikit aku nak ingat balik apa dia cakap tapi memang ada sikit macam tu lah. Sememang nya aku agak la malas sedikit nak lagi masa cuti camni. Takde sape nak layan aku bila aku sensorang kat rumah jadi lebih baik aku bangun lambat-lambat then sambung tengok tv bla bla bla.. Pehtu bila dah malam, bukak laptop and check email sikit pehtu nya tido. Kan heaven hidup seharian macamtu. Memang segala mokcik kat dalam dunia ni takkan ambik aku jadi menantu diaorang kalau sume pandai baca blog ni. 

Duhh, oleh kerana aku tersentap semalam dek kawan baik aku tu sesedap je cakap aku malas kan, aku pon merajin kan diri meng edit segala gambar yang terbuku dalam kamera 20 sen tu tempohari. Dah kata bulan Syawal ni kan, mestila kengkawan semua duk semangat call bagai ajak konvoi reramai gi beraya sana, melawat sini, singgah kat belah sana, duduk jap kat belah-belah situ and so on. Betul kan ? Hey, come on la dah kata student, mesti ada kawan lama. Yang takde kawan lama, boleh la ngajak kawan yang dah sedia ada. Or ada yang sememangya tak suka berkawan, boleh pilih nak ikut ibu ayah gi beraya open house or kenduri kawen waktu raya camneh ataupun stay at home and watch your tv / baca blog Haru Hijau / stalk orang kat fesbook / tidur macam aku selalu buat. Semua dah tahu apa nak buat kan jadi ape lagi. Keluar la hangout dengan kawan kawan anda. 

Hari Ahad haritu aku baru je beraya dengan mereka yang awesome ni. Hebat sangat diorang ni sampai sekarang pon kami still lagi connected.Mereka semua ni ex-classmate aku masa kat Teknik Gombak dulu. Sape lagi yang ex-SMTGians lagi cepat angkat jari !! oyeah, ramai gitu. Cuma seorang je yang tak dapat nak follow haritu atas sebab tertentu maka kami keluar ber Lima sahaja. Oh ya, student gugurl yang ada dalam kelas kitaorang tu cuma ada 6 perempuan sahaja. No wonder la rapat cemni khennn. Mechanical student semuanyaa. Dannn, sebab tu kami ganas-ganas sikit termasuk aku.


# Masing masing muka tak berubah. Cemtu je rupa nya


 


# oh ku rindu kan masa masa kat teknik dulu :(

# Tu, liana tu asyik busy je dia ni. entah kekonon busy


Maka dengan itu, bersahabat lah sebaik mungkin. Dulu macam-macam dah kitaorang lalui. Gaduh la, tak bertegur la. Even dua tahun perkenalan Only. Sekarang dah masuk 5 tahun kami kenal and semua nya makin matang* eh yeke . Haha so ini saja setakat kalini. Tak dan nak cerita bebanyak sebab nak tengok drama puleks. Sekian :))))