Friday 3 June 2016

Eat before Puasa


Assalamualaikum & hi semua !

Dah jadi macam ritual kan, everytime sebelum start Ramadhan yang mulia ni mesti semua umat manusia terutama yang muslim berlumba-lumba nak makan apa yang selama ini teringin di hati. Untung lah this time awal bulan sikit timing dia. So kalau ko tu jenis yang memang nak makan macam macam memang sangat lah terasa bahagia sebab ko boleh la melantak bagaikan tiada hari esok haha. 

Disebabkan aku ni jenis yang hanya tahu beberapa jenis makanan je, maka makanan yang pelik-pelik atau yang bukan-makanan-melayu memang aku tak akan pergi kalau aku sorang sorang. Apa, tak pernah tengok orang makan sorang-sorang ke ? im one of them okay huhu. Selain dari tu, aku tau tempat makan pelik-pelik pun dari kawan2. Orang sekeliling aku semua suka suggest tempat makan yang best-best tau. Jadi aku pon rasa nak jadi seperti mereka. 

Sejak aku kerja kat tempat baru ni, kawan-kawan baru banyak ajar menu baru kat aku. Aku pulak jenis tak memilih makanan so boleh masuk apa saja kecuali kambing mbekk. Harini pulak since last day kerja, besok dah Sabtu khennn.. next Monday pula start puasa inshaaAllah so dorang bawak pergi makan kat Sukiya. Eat whatever you want. Kira dia punya style makan macam kau pergi kat Seoul Garden tu la. Tapi this one aku boleh masuk even still try adapt lagi haha. Masa first time datang dulu aku macam, oh no mannn, what to do first what to take first what to what to sampai la kau penat. Tapi nasib baik la kekawan iols ni tau yang aku ni 1st timer, so dorang tolong order kan. 

"Nana makan ayam tak?"

yes !

"kambing?"

no never !

ok done. 

Lepastu dorang pun duk order la nak shabu-shabu ke apa entah nama sup untuk rebus makanan tu. Aku macam biasa. Jadi batu kat sudut tepi sebab tak tau nak makan apa dulu haha. very noob you know ! tapi takpe, dah namanya first time kan. Anda dimaafkan. Lepas tu one of my colleague,dia ajar cara nak makan. Sebab aku tengok waiter tu serve a few types of different sauces atas meja. Aku dah macam redha je la sebab tak tau apa rasa dia kan. Jadi apa yang aku buat is, aku tengok apa yang kawan aku tu buat. Then dorang dengan penuh kesobaronn mengajar i yang newbie ini. 

Nak makan ayam yang aku baru celur dalam air tu pun ada cara okayhh ! caranya ialah selepas angkat dari celuran tersebut, gaul ayam itu di dalam raw egg yang dalam mangkuk. RAW EGG YA RAW EGG. aku siap ternganga tengok dia cakap masetu haha. Yela lepas celup dalam raw egg tu, celup dalam sambal yang rupa dia aku siap sama kan macam sambal belacan. but its not dont worry. Lepastu aku pon try. Bila dah try tu..... baru aku tau kenapa la dorang ni suka sangat. SEDAP GILA OK! tak terasa pun telur yang tak masak tu. Yang akak sorang ni memang jenis suka travel. Dia ni kekadang pergi korea tu dah macam acara wajib every year. So memang dia belajar makan pun dari sana lah agaknya. Aku pun tak sempat tanya tapi sambil makan tu ada la dia bagitau yang masa dia kat sana dia akan makan ni tu ni tu ni so aku rasa ohh okey kakyana belajar makan ni masa kat korea. got it !

So harini kan dah kali kedua pergi. Aku pon dah power la nak ambik mana dulu. Nak celup apa. Oh lupa nak cerita. Aku juga dah pandai tekan tempat keluar aiskrim tu dengan jayanya. Sebab masa first time haritu aku siap termelimpah haha. Terus aku menyampah dengan diri sendiri sebab taksub dengan aiskrim. 

Jadi aku nak share tu jelah. Bye.