Tuesday 29 November 2011

Merah tanda hati. Tak selalu berhenti

Entah apa-apa jela yang aku nak publish sekarang ni. Rasa macam blur je pun ada. Macam nak tidur pun ada tapi tapi tapi dan tapi kan.. Mata pun dah jemu nak tengok aku pejam je.. Jadi, harus lah kuat kan semangat untuk... eh untuk ape ?? Hehehehh...Harini memang banyak ke arah mengarut je. Ketawa pun melebih-lebih dah skarangg. Haii . Jangan berani nak tanya la kenapa. Mengapa dan bila tu apetah lagi.. Kadang-kadang aku nampak kuat ! Tapi, kuat la jugak kalau setakat nak main jerit jerit kat orang tu. Ingat aku takde taekwondo ke weh. Alahai. Nampak je lembik aku ni haa. Comel tu tak termasuk lagi .. Kalau la boleh operate 5 saat kat bahagian atas abdomen aku ni ha..sebelah jantung tu ada satu lagi objek warna merah pekat2 sikit. Tu nama dia 'hati'. Kirenye entry kalini nak berkisarkan mengenai kisah hati tau. Baik berjaga jaga korang !

Tak kesah la kat dalam dunia ni yang dah nama nya makhluk ciptaan Allah s.w.t, semua nya ada hati. Tak percaya ?? eh , nyamuk yang ko nak lepuk sampai tekial-kial tu pun ada hati tau. Kalau tak, takkan la Puteri Gunung Ledang pegi sukati nak request kat Hang Tuah se dulang hati nyamuk ?? Em..nampak sangat yang dia dah betekad memang taknak kat si Tuah tu ek ...Jadi skarang ni bukan pasal Tuah ke, Ledang Gagah ke , nyamuk hitam or whatever..Hangat nye sekarang ni pasal hati yang sememangnya dah memang dipanggil hati sejak aku baby dulu-dulu lagi ha.Kadang2 manusia suka bercakap pasal hati kan ?Menggelabah.Aku pun ada lah ! haha. Aku pun nak la try jugak usha-usha en ,manela tau tiba2 dalam pengkajian aku tu ada yang mengatakan yang hati boleh diremuk renyuk ke ape tah ayat yang sesuai lagi tu...hancur berkecai ? ha pun ada jugak...tapi nye semua nya berlaku tanpa pembedahan plastik mahupun segala bentuk sihir ataupun alam ghaib. Ni serius mungkin boleh jadi realiti tanpa ada sebab yang munasabah sebab hati terlalu comel untuk dirungkaikan. Aneh.

Hati ni la yang kita perlu jaga selain jantung yang amat penting sebagai organ dalaman kita ni,nak2 lagi manusia yang sihat walafiat seperti kita yang kadang2 tak mahu/tak reti/tak suka untuk bersyukur dengan anugerah terbesar yang Allah dah bagi. Sebab nye, terkadang pun aku lebih kurang sama je dalam kategeri tak mahu/tak reti/tak suka bersyukur tu . Tak pelik. Alkisahnya, hati pun ada kategeri dia jejugak haa.. Ada yang manusia hati keras( macam aku.tapi kadang2), hati lembut (eh ,pun macam aku jugak la ! ), ada hati tapi macam takde pun ada jugak la weh. Cumenye tak sure berapa ramai je yang kat dalam dunia fana ni. Semua duk sibuk la cari jalan nak jaga hati sane sini....Tapi,ramai ke yang sedar bahawa hati kita sendiri ni siapa yang nak jaga kawan-2 ??Kalau bukan kita sendiri yang menjaga nya ? Oh,pandai aku bercakap masa ni. Tapi bila aku terleka lagi mesti lupa nak jaga diri sendiri. Selalu macam tu. Aku dah mula rindu hati aku. Ha kann

Selanjut nya, aku malas nak panjang-2 kan entri ni dengan kisah hati yang tak pernah nak habis ni.Malu pulak aku nak cerita banyak-banyak. Tapi, ko tengok je la ha..malu-2 aku pun,dah 3 paragraph aku taruk. tak masuk konklusi nye lagi. Sekian saja la anda-2 ye. Love means sayang. So, I miss you much. Better late than never. Adioss !

Thursday 24 November 2011

Main main blog

Satu labah-labah cuba panjat perigi
Bila hujan turun labah cepat lari
Terbit matahari air tiada lagi
Labah boleh panjat sekali lagi

Bila dah muncul matahari...memang la air takde lagi dah. Tapi tak semestinya boleh sesuka hati je nak panjat panjat. Bagi la kat labah lain nak panjat memanjat jugak. Boleh cuba cari perigi lain yang boleh panjat kan.Ohh .. masa hujan turun kau lari eh. Bapak ar... Tak gentle kau ni labah-labah ! Kau ni bila perlu baru kau datang. Baru ada hujan sikit kemain ha kau lari. Jangan nak cuba sangat la labah labah. HAHA. no points here.pls take note

Saturday 19 November 2011

Everything's fake

The story begins here...

Nowadays,
I'm always ate much than before
Sing a song with a loud voice,
Hang out with greatest classmates
Cannot sleep well because ... err Haha
Look up at the moon
Try hard to make a real smile
Wake up in the early morning
over slept
yaww
Have a lot of story to tell everyone in the world but,
the best choice is kept inside
Close with my family
Where is my best friend ? He always beside me wherever I am. Thanks Allah .

The biggest question here are where is my REAL smile? My laughing ? Nobody knows. But I do. I keep it for something REAL. Thanks everyone. You're always make my day brighter than yours.

Tuesday 15 November 2011

Didie's dot dot Birthday


Wishing you HAPPY BIRTHDAY my sistaa. We just want to see you happy always and so after. What ever you do and did in your life will be our happiness and give our support from behind. Begin your life with full of surprise and adventure. Good Luck and do take care. I'll be here pray for you. Do your best.

Happy Born day Diana Raif . We love you. Wake up and be independent.

Wedding of the Holidayy

Rasa nya dah seminggu aku buat tak peduli kat blog ni. So, rasa macam-macam rasa lah rasanyaa. Hee. Tak. Bukan ape. Saje belagak konon2 macam buzy women. Aku memang gemar kalau tengok diri sendiri menyibukkan diri dengan benda2 tak berapa nak benda ni. Haii. Lagipun tak tau nak start macamane. Ok jom la kita cerita pasal wedding yang aku attend tempohari. Em.. bila eh ? Ha , tarikh keramat (11.11.11) Cantik kan ? Yup. Haritu aku pegi. Member sekolah lama aku la punye kakak yang married. Aku ? Tak payah nak sibuk tanya. Bila dimana dengan siapa tu aku punye hal la dey. Ehem. Tau aku jumpa siapa ? Haha. haha haha haa.ha.h. . . Ha aku tau memang takde point. Aku jumpa balik kawan2 lama masa kat teknik dulu. Ha.. membe kan. kan. Ye. Kawan. Actually kakak dia( Nabila Shakira) ni, pun nama dia Liyana jejugak. Wah wah. Saje kan. Tak pepasal aku yang ganti kang. Ha kangg. Aku panggil kekna je. Cantik. I like. Suka. Love it. Damn. Cantik kot ! dah lama kami tak jumpa. Tapi dalam tengah2 disolek tu boleh dia ingat suara aku. Alahai. Terharu duluu.

Banyak jugak aku snap gambar sane sini. Tapi banyak jugak yang tak menepati citarasa jiwa raga.Aku pun mula hangin. Tapi takpe. Aku rilek2 dulu sebab banyak jugak part2 yang aku nak menjadi. Yehyeh.. Dapat akhirnya. Tapi entah kenapa harini pun line interneto yang aku bangga banggakan selama ni masih lembs seperti baru kenal gitu. Hampeh. Jadi aku terpaksa besarkan mata dengan hanya memandang pada skrin laptop yang sememangnya takpenah berupa seperti laptop ini.
Oh ! Tak percaya bila gambar2 yang hampir siap di upload tadi di cancel kan secara cepat cepat. Ni memang nak bagi makan penyapu kat dapur tu ha. Eh kemain kau kan internet. Takpe. Lain tahun ada la tu. Good bye bye. Love means sayang. But today, I hate you. hihi

Sunday 6 November 2011

Perubahan itu changes

Ye kawan-kawan.. Ni minggu study week aku bhai.haha ! Tak tau la apesal dorang buat masa2 macamni. Aku pun mula kan hari ni ( Isnin ni kan ) dengan bergembira sambil layan drama2 yang tertayang kat skrin tv umah ni aa.. Disebab kan penat layan crita2 yang aku sendiri tak penah layan dari awal tu, aku biakan macam tu je. Lantak la sape nak tengok. Tapi yang penting petang karang Malaysia lwn Singapore lagi..di Indonesia yeh. So petang karang aku kena fly pegi Indonesia kejap ar weh ! Serius.Kejap je. On je tv tu, ha sampai lah kau kat negara jiran sane .

Kita biarkan seketika hal sepak tendang bedebuk bola ni... Hal yang aku tertarik nak share dengan sume harini ada kaitan dengan hal-hal berkorban. Iye ? haah,semalam kan baru je sambut ibadah korban. Pagi tadi tu aku ada la melopong sekejap tengok Wanita Hari Ini( WHI ).. Wanita kan.. hahah. Main topic dorang harini pasal orang2 yang dah berubah imej ni. Dari yang takde,mereka ada kan..Yang tak pakai, mereka pakaikan. Mane yang terdedah, mereka litupkan. Unik kan ? Ok,main point kat sini bukan sebab unik atau tak. Yang paling best bila artis2 jemputan tu share story kat audience ni about how they feel when they changed to another person . Not a person actually, tapi lebih kepada apa yang membuatkan mereka berubah kepada sesuatu yang lebih positif. Sekarang pun ramai yang dah mula bertudung. Tak kisah la fesyen yang macamane, at least mereka-mereka tu dah terbukak pintu hati nak berubah. Kagum kan ?

La ni, Irma Hasmie, Siti Nor Diana , Nora, and sume2 tu lah kan.. ha, tadi tu Akma AF pun ada gek ! pun dah bertudung. Best tengok dorang. Manis je. Tetibe ada satu part tu bilamana Irma ada sebut pasal bertudung ni kan..Dia cakap lebih kureng camni..
" Bila dah bertudung ni banyak benda kena jaga, solat pun lagi la..sebab orang yang tengok kita mesti expect lebih dari tu . Jadi bila dekat set pun sy akan mintak dalam 15 min macamtu kat director untuk mintak diri pegi solat kejap. Dorang pun faham n respect untuk orang mcm kita. Nak lagi perempuan. Itulah istimewa nya perempuan ni " . So bila dia cakap macam tu buat aku tersenyum seketika.Ceh3..

Ada lagi satu part tu pulak artis lain ni bagi komen sikit yang bila dia dah bertudung ni , cara percakapan, pergaulan pun kena jaga. Betul tu. Aku sokong sangat2 sebab aku tak macam tu pun hah ! haha. bila bercakap apetah lagi, mengalah kan lelaki. Nak lagi bila bagi aku ketawa. Huh. Liana liana.. Takpe2, take it slow okey. Aku harap bila aku dah makin dewasa ni aku pun boleh jadi makin matang bukan dari segi fizikal je, mental pun kena main peranan jugak. Lalala.. tu pun boleh bila ada azam dan dorongan yang continuous. Bukan setakat dua tiga hari jela kan. InsyaAllah ye kawan2. Sama-samala kita :)) Lagi sekali, Love means sayang. So, love u alls.

Cerita Aidiladha

Selamat Hari Rayaa... Salam Aidiladha.. & apa-apa lagi lah yang berkaitan dengan ucapan raya korban tu...dah acap kali aku dengar untuk harini je. Ape tak nye, sekejap2 tengok henpon. Bila takde mesej,tau pulak bising. So untuk kesekian kali nya ni aku nak bagitau uols yang aku rasa sedikit femes untuk hari yang mulia nih. Wahaha , geli kan dengar ? Okey dah agak. Tapi takpe sayang2 sekalian.. You know what ...

Sesubuh yang hening tadi tu ibu aku dah dok kejut anak anak dia ni bangun.. Mase bila aku terbangun pun aku tak tau. Mamai la konon. Herrr.. Ayah pulak beraya kat Batu Pahat. My grandma sakit. Sorryy tak dapat nak follow u ayah. Hah, dah lupa nak citer ape tadi ni. Em, okey bila dah siap sume tu kami sekeluarga pun gerak la pegi surau kan. Memang penat tau sebab surau tu jauhhhh sang att. Jauh la sangat. Depan je pun haa.. Adess. Adik jantan aku yang sorang tu dah gerak dulu dah weh. Nak bertakbir katanye. Entahlah. Sesudah dan selesai semua yang dihajati, kitaorang makan2 la pulak. Dah lapar kan. Gila gila jugak aku makan sebab ada satay pastu cicah dengan kuah kacang dia yang sangat sedap. Hehehe.. comel tau satay tu !




# Tengok ! tengok.. habis tak aku makan tadi ? Dah cakap dah..sate tu sedapp plus, tukang makan tu pulak comel. Hmm



Sesudah sesudi kami makan, kami kami pun balik la kejap. Kain yang basuh tadi tak tersidai lagi der. Ibu wa dah suh naik umah cecepat supaya kain disidai dengan secepat mungkinss. Dah tu, kena turun balik pulak tu ! Hish,rajin pulak aku nak nuko2 jubah tadi tu dongan tshirt solekeh jo ha.. Makan2 lagi le nampak nye beb. Takpe. Tahan.






# Nampak nye beginilah situasi yang dapat di snap kan tadi. Sume pakcik makcik dah siap tuka baju depa dah. Aku turun pun tolong tengok makan jelaa





# Peh budak2 ni la yang datang turun reti makan je. Bukan nak tolong. Sengih je pandai !


Bab2 kambing lembu kena sembelih tu wa dah tak ambik port dah zaman ni. Bukan ape, member pun tak ramai kat sane. Bialah pakcik2 ngan abang2 kacak tu yang settle kan . Ye tak ?
Kita yang pempuan ni kena pegang pisau ,potong bawal sambil anyam ketupat jelerr. Hah dah. Takde benda nak letak. The end of story for today :) Love means sayang. So, Love you all

Thursday 3 November 2011

Jelajah kota raya

Memang dah lama tak update ape2 kat sini. Ape sebab entah. Okey, apa apa sekalipun mulakan hari dengan senyuman walaupun sekarang dah berada di petang yang sejuk lagi dingin sebab dah 2 minggu berturut turut nye bumi Malaysia ni hujan. Sambil dengar lagu lama2 yang Erra ngan Yusri KRU ni nyanyi kan...tetibe macam nak update sesuatu.
Begini cerita nya,

Semalam kan kan kan... kami beramai ramai konvoi pegi The Castle. Tau kat mane ? ha ni yang wa nak start citer ni.. Dah memang dekat sangat ngan umah aku tu ha. Jangan salah sangka eah. Yang mane minat shisha shishu tu boleh ar nak lepak lepak kan..Bukan ape,masa kite single( means,not married yet ) ni la senang nak explore sane sini. Nak yang macam jalan2 cari makan tu tak bleh la kan. Sesekali kuar ngan member sekelas ni macam bujang betul dah hah ! huh. Aku ngan makhluk2 yang tak bershisha ni pun duduk la semeja minum-minum sambil bergurau kasar. Ada one part tuh, tiba2 ada orang hulur roti ke capati entah...aku pun cubit sedikit demi sedikit and...mula terasa roti tu kering.Cari punye cari, ada kuah rupenye roti nan ni.(eh roti nan pulak) . Haih,ape lagi..cicah ! Okey bila dah masuk mulut semua nak pandang aku. Apehal oi. Ha yang sebenar nye baru aku tau yang aku cicah tadi tu KAMBING. Babun ayam la dorang ni..memang aku ter ter ter keluar kan balik la semua tadi tu. Serius kuat gila bau nyaaa. Haha.Tahniah kerana anda sempat merasa Kambing di The Castle nuh !(ni aku cakap dlm hati je) Lepas lepas tu kami gerak danau.Dah lepas cari barang-barang depa sume,kiteorang pun gerak la.. And last part of that day, kiteorang sempat singgah Dataran Merdeka. Wahauuuu. Nampak tak keremajaan di situu ? haihh.
Let's cekidaut aksi2 kat dataran nih. Dataran jela,sebab masa tu je aku rasa ada mood nak ambik gamba sane sini. Huahuahua sekian.





# Bangunan ni pun dah pandai berlampu lampu sendiri. Hebat !





# Sume dah penat. Memang buat hal masing2 la nii





# ni baru sebahagian. belum show off sepasukan lain lagi nih





# Dah lama tak photo shoot,duk tegak jela macam tiang bendera haa


Kawan-kawan, tak banyak gamba yang aku upload kat sini. Line interneto aku harini agak perlahan atau dalam erti kata pedas nye 'lembs'. Lain kali kite cerita2 lagik ehh. Chauu