Tuesday 29 November 2011

Merah tanda hati. Tak selalu berhenti

Entah apa-apa jela yang aku nak publish sekarang ni. Rasa macam blur je pun ada. Macam nak tidur pun ada tapi tapi tapi dan tapi kan.. Mata pun dah jemu nak tengok aku pejam je.. Jadi, harus lah kuat kan semangat untuk... eh untuk ape ?? Hehehehh...Harini memang banyak ke arah mengarut je. Ketawa pun melebih-lebih dah skarangg. Haii . Jangan berani nak tanya la kenapa. Mengapa dan bila tu apetah lagi.. Kadang-kadang aku nampak kuat ! Tapi, kuat la jugak kalau setakat nak main jerit jerit kat orang tu. Ingat aku takde taekwondo ke weh. Alahai. Nampak je lembik aku ni haa. Comel tu tak termasuk lagi .. Kalau la boleh operate 5 saat kat bahagian atas abdomen aku ni ha..sebelah jantung tu ada satu lagi objek warna merah pekat2 sikit. Tu nama dia 'hati'. Kirenye entry kalini nak berkisarkan mengenai kisah hati tau. Baik berjaga jaga korang !

Tak kesah la kat dalam dunia ni yang dah nama nya makhluk ciptaan Allah s.w.t, semua nya ada hati. Tak percaya ?? eh , nyamuk yang ko nak lepuk sampai tekial-kial tu pun ada hati tau. Kalau tak, takkan la Puteri Gunung Ledang pegi sukati nak request kat Hang Tuah se dulang hati nyamuk ?? Em..nampak sangat yang dia dah betekad memang taknak kat si Tuah tu ek ...Jadi skarang ni bukan pasal Tuah ke, Ledang Gagah ke , nyamuk hitam or whatever..Hangat nye sekarang ni pasal hati yang sememangnya dah memang dipanggil hati sejak aku baby dulu-dulu lagi ha.Kadang2 manusia suka bercakap pasal hati kan ?Menggelabah.Aku pun ada lah ! haha. Aku pun nak la try jugak usha-usha en ,manela tau tiba2 dalam pengkajian aku tu ada yang mengatakan yang hati boleh diremuk renyuk ke ape tah ayat yang sesuai lagi tu...hancur berkecai ? ha pun ada jugak...tapi nye semua nya berlaku tanpa pembedahan plastik mahupun segala bentuk sihir ataupun alam ghaib. Ni serius mungkin boleh jadi realiti tanpa ada sebab yang munasabah sebab hati terlalu comel untuk dirungkaikan. Aneh.

Hati ni la yang kita perlu jaga selain jantung yang amat penting sebagai organ dalaman kita ni,nak2 lagi manusia yang sihat walafiat seperti kita yang kadang2 tak mahu/tak reti/tak suka untuk bersyukur dengan anugerah terbesar yang Allah dah bagi. Sebab nye, terkadang pun aku lebih kurang sama je dalam kategeri tak mahu/tak reti/tak suka bersyukur tu . Tak pelik. Alkisahnya, hati pun ada kategeri dia jejugak haa.. Ada yang manusia hati keras( macam aku.tapi kadang2), hati lembut (eh ,pun macam aku jugak la ! ), ada hati tapi macam takde pun ada jugak la weh. Cumenye tak sure berapa ramai je yang kat dalam dunia fana ni. Semua duk sibuk la cari jalan nak jaga hati sane sini....Tapi,ramai ke yang sedar bahawa hati kita sendiri ni siapa yang nak jaga kawan-2 ??Kalau bukan kita sendiri yang menjaga nya ? Oh,pandai aku bercakap masa ni. Tapi bila aku terleka lagi mesti lupa nak jaga diri sendiri. Selalu macam tu. Aku dah mula rindu hati aku. Ha kann

Selanjut nya, aku malas nak panjang-2 kan entri ni dengan kisah hati yang tak pernah nak habis ni.Malu pulak aku nak cerita banyak-banyak. Tapi, ko tengok je la ha..malu-2 aku pun,dah 3 paragraph aku taruk. tak masuk konklusi nye lagi. Sekian saja la anda-2 ye. Love means sayang. So, I miss you much. Better late than never. Adioss !