Friday 30 December 2011

Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam tahun baru. Tahun baru punya aktiviti ? duduk dalam bilik sambil download lagu yang agak agak sentimental dengan junk food yang berhampiran pun turut serta curik-curik dengar lagu walaupun tak faham satu butir apa. Housemate yang rata-rata junior ni memang suka balik awal sebab diorang macam tak betah bila dengar ada cuti yang lama ni.. Nak pulak next week ni dah start study week. Aku je dengan sorang lagi kawan yang setia stay je kat rumah walaupun dah di isytiharkan cuti. Tak patut tu tak la sangat sebab nak kata terlalu busy sangat-sangat pun ye jugak. Assignment pun macam suka je bila lecturer mintak masa-masa nak final besok. Best. Sebab tak tau nak buat yang mana satu dulu. Study ke esaimen dulu ke sebab dua-dua macam berebut-rebut nak aku duk usha je dorang ni. Entah la mana satu yang rasa berkenan tu ,rajin la aku usik dulu . Mana yang agak dah start pening tu memang awal-awal angkat tangan surrender dan mula beralih arah . Lagi satu hal bila masa macamni la nak paksa-paksa balik rumah. Bukan taknak balik tapi memang taknak lah senang cerita. Ha nak sangat aku cakap macamtu kan. Asal hujung minggu je dah tanya bila nak balik kenapa tak balik tak reti nak balik ke or ayat-ayat pedas yang selalu bagi aku panas dan diam. Bila dah cakap ada kerja yang nak kena settle mula la tak percaya tapi bila aku tak cakap ha mula la olah cerita yang bukan bukan. Senang betul kalau jadi pengarah ke penulis skrip ke sebab boleh agak apa orang nak cakap. Padahal bukan la sebulan ke tak jenguk rumah. Seminggu yang macam tak cukup tu je pun dah bebel. Nasib la tak blaja kat Penang ke Terengganu ke Surabaya ke. Kalau tak jenuh la nak balik tiap-tiap minggu. Huh mula dah takde modal nak cerita. Tertutup semua pintu idea bila geram campur mengantuk plus rasa nak kunyah-kunyah je skrin ni sebab geram yang tersangat. Hehe dalam tidur nanti harap-harap la dapat mimpi yang lawak-lawak walaupun dapat gelak dalam alam mimpi je. So sad.

Wednesday 28 December 2011

Sibuk dan terus sibuk

Salam sejahtera semua.. Selamat tengahari juga. Sangat cepat aku menaip waktu waktu macamni untuk mengejar kan meeting kejap lagi. So terpaksa la laju laju taip yang ala-ala pro tu jadi bila orang sebelah tengok macam waaa busy nya dia ni kan. Tapi diorang tak tahu sebenarnya ada benda lebih penting lagi yang aku patut buat jap lagi. Meeting dengan lecturer sememangnya mendebarkan . Sebab apa sampai sekarang aku memang tak tahu and yang paling penting aku dah siap kerja and boleh present kejap lagi. Huh memang rasa dah laju sangat sangat sangat masa ni sebab aku rasa selama ni aku taip lama lama kot ataupun aku memang suka berangan dulu before mula menaip ataupun pergi berborak dulu dengan kengkawan or whatever. Huh penat tapi aku nak cakap jugak yang aku rasa sangat busy dan sibuk dan teramat kacau plus tak dapat nak duduk diam sebab aku tak reti diam kecuali masa tidur. Bila aku tengok orang busy gila dalam library ni baru aku rasa macam businesswomen sangat sebab aku memang suka yang sibuk so takpayah sibuk fikir benda remeh benda lain seperti makan atau makan dan makan. Ok la aku dah kena jalan laju laju pasni sebab nak pegi print tah pape tu pastu nak makan dan lepastu baru boleh fikir bila nak jumpa lecturer.

Thanks for all of this kecepatan

Saturday 24 December 2011

Life lol

Apa khabar ? Assalamualaikum.. Makan dah ?Ok. Baiklah . Tu je nak tanya setakat ni.
Meh la kita beremosi sikit kali ni yeh.( padahal bukan kali ni je en enn). Manusia ni memang serius tak tipu serupa macam kad Touch n Go kau orang tuh tau. Memang la macam err... ye ke serupa eh ? Dah nama pun tertulis besa-besaa kat situ "Sentuh dan sila blahh.I mean,pergi la". And, memang korang akan blah cepat-cepat pun kan.. Hmm..dengan 'hai' takde,salam pun entah kemana mana. Elok je ha main 'GO' camtu.. Memang memangg..

Memang tu memang la kan..Maksud aku,semua orang ni memang ada yang datang dan pergi. Ha kan...dah start nak emo ni.Part yang serupa ni la yang aku selalu nak elak kan. Alih-alih pun, sama je.Kisah dia camni, pada suatu masa dulu...(beberapa bulan yang lepas ni) aku berpindah ke rumah sewa yang baru.Padahal nye sebelah blok je pun ha. Tak adventure langsung kan ? Yeahh,i knew it. Maka dengan itu, aku dengan gembira nye walaupun tak segembira mana, melangkah masuk kat rumah yang agak luas tu. Luas sebab bagi aku,rumah yang satu ni penat yang amat bila tiba waktu mengemas2 ni. Ye, betul weh. Penat. Sebab tu je aku cakap dia besar. Tambahan pulak satu rumah ni boleh muat 14 student. Ha kauu. Besar tak besar tak ?Dan kalau orang lain stalk rumah kami tu pun,dorang akan cakap camni la agak2 " mak oi,ramai nye budak umah kau ! tak sesak ke ? Macamane korang nak mandi tu? mesti beratur sampai stengah hari kan kan ? bla bla dan bla lagi.. Aku yang duduk, aku tau la sesak ke tak,muat ke nak tido..ada ke tempat nak sidai baju dan sebagai nya lah.. Penat ? ye, memang kena penat pun bila baca aku punya entry ni. Tu belum dengar life bertemu life lagi ! Itu lagi tercabar kesabaran kau Jahh. Chill jela ok.

Sambung cerita tadi, dari 14 orang yang sungguh 'huha' sangat ni, datang dari macam2 pelusuk negeri lagi, tak masuk bangsa yang berbilang tu.. Serius, pelbagai ragam manusia yang betul betul manusia punyalah. Tak caye ? bagi penumbuk dua ketul baru pecaya kot. Huh. Ada India, Melayu, Cina pun....! Tak tipu part yang ni. Tapi...bila sampai nak penghujung 2011 ni,mula la ada yang kurang, dapat offer kat tempat lain la, pakwe macam jauh sangat la so nak cari yang dekat ngan si dia la..apela apenii apetuuu semua ada. Drama sungguh mereka ni. Tak macam aku yang tak pandai nak bercekerama sangat walaupun sebenarnya aku lah yang paling rajin bab bab buat muka kesian ngan mintak pelemps sekali tu. Dan sekarang,bilangan ahli rumah cuma tinggal 7 kerat. Yang lain lain dah kemana mana pun den tak tau ha. Baru baru ni yang paling buat aku emo sikit la bila dua budak yang dah kira rapat, jadi tak rapat terus sebab kan...sebab..em sebab ape yeh..ha sebab dorang pindah and sambung belaja tempat lain sana. Memang tak rock dorang ni..pegi pindah2 pulak. Especially to Akma and Asma Salsabila tuh..huh. Korang berdua dah move out, sape nak komen kalau aku main masak masak pastu tak sedap lagi..Ish.Siapa nak habiskan makanan akuu. Bialah aku macam nak menggelabah sikit harini. Memang ar korang ni. Saje la tu nak biar aku tengok bola sorang sorang,usha Khairul Fahmi senyap senyap..Huh. Aku dah mula tak suka situasi ni. Apa pun, all the best for both of you my gugurlll. Heee ~ Rindu dah ni. Bencii. Sekian sahaja. Adioss


# Gambar ni memang sengaja di Grey kan. Sebab nak nampak macam betul2 gambar lama and verrry the nostalgic ! hmm
Sebelah kiri ni Akma. She's my baby bolsterr




# Taknak dah simpan gambar2 ni. So,aku dah decide letak kat blog je. Geramm. Rindu :((


Thank you for spending your time for all this kemerepekan.

Tuesday 13 December 2011

Alkisah si kurus

Assalamualaikum semua,

Selalu orang komplen, bila si kurus nak jadi gemuk. Yang agak berisi tu pulak mula la mengade nak kurus ha.Kesimpulan nya manusia memang dilahirkan dengan sifat tak cukup yang melambak. Tak cukup dengan itu, dia nak yang ini. Bila takde, lagi la meronta nak jugak. Macam mane tu ? Takde siapa pun nak jawab kan . Terpaksa lah korang fikir jawapan tu sampai besok. Lusa ke. Tak pun semalam. Susah sangat takyah fikir terus. Senang kan hidup ?

Paling yang aku sangat hairan sekarang ramai yang menegur,
"weh weh..Liana kau ni dah kurus ni kenapa? frust keww.. " hah ? aku nak frust2 ni dah kenapa.steady kot ! haiyoii.
bila balik kampung pun ramai jugak suara2 yang rajin dan caring mengambil berat dan mula bertanya. Aku pun sekadar berbasa-basi menjawab seadanya. Apa yang perlu, aku beritahu. Selebihnya pendam biar sampai lumat. Lumut pun tak macamtu tau.

Tadi baru teringat nak belek2 nostalgia lama. Maksud nostalgia kat sini lebih kepada duk usha gambar2 lama jela. Maksud lain, memang takde. Banyak gambar dolu-dolu aku yang agak sihat tu tersengih je. Em..mungkin tengah happy. Btw, sekarang pun happy jugak. Cuma .... ah lupakan. Beza sedikit dengan aku yang sekarang ni. Dulu ada la jugak pipi kembung terletak kat situ ha.. Sekarang ni memang tulang jela. Orang kata ape, cengkung ? ha lebih kurang sama la jugak. Ape aku kisah. Tapi,memang aku agak kisah la. Sape tak kisah bila ramai cakap pastu duk komen benda yang sama je. Bukan kebetulan dah tu kawan.

Kesimpulannya, sila lah makan dengan banyak dan banyak nya untuk mendapat kan berat badan yang ideal lagi menawan. Huhu. Ok gurau. At least takde la sampai nampak tulang pipi aku. Takde sape nak dekat kot ! huh.
Chauuu semua


Friday 9 December 2011

Hari bertapa sedunia

Assalamualaikum ,

Apa ? bertapa ? Mengapa ? Dimana dan juga bila ? Memang tak dinafikan, hari-hari minggu sebegini rupe handphone akan sekali sekala bernyala dan si pemanggil akan bertanyakan bilakah aku mahu pulang. Kadang-kadang tu, ayat berupa sinis juga ada diluahkan. Terasa ? why not ! hahaha. Ibu aku lah si pemanggil yang tak selalu nak misteri tu. Bila usia dah meningkat ni, katanya terkadang dirasakan sunyi walaupun anak-anak total semuanya sekali ada 6 orang termasuk aku yang sememangnya agak tidak suka terperap dekat rumah. Walaupun cuti semester okayhh. Sebab yang sesuai, aku sendiri tak berapa nak pasti.

Pagi subuh lagi handphone dah bergegar gegar tak sabar nak kena angkat. Malangnya aku tengah bersiram. Jadinyaa terkena lah aku yang buat panggilan kat number yang missed call tadi. Memang takde lain nye lah kalau dah pagi hari jumaat tu memang tak silap lagi kalau bukan ibu yang called. Terkejut tu tidak la tapi teruja sedikit plus tertanya-tanya perlulah ada.Beliau mengajak aku pulang supaya dapat join our family for going back to my hometown which stated at Bentong, Pahang. Seriously memang tak jauh kalau nak dibandingkan dengan hometown lain. Petang tu jugak aku bergegas dengan tekad nye nak balik kampung. As usual, ayah aku tu, En Raif..dialah yang menjemput aku petang tadi kerana aku mempunyai seribu satu alasan yang membuatkan semua orang rasa kesian and datang jugak untuk bawak aku balik. wahaha. Terasa diri begitu berharga.Of course lah kami merempit untuk mengelakkan kesesakan pada petang yang waktu nya hampir dengan waktu maghrib tu. Jammed dia...jangan cerita la. Sampai besok pagi agaknya baru beralih berapa meter je pun ha.Tup tup, dah nak dekat sampai ni... hujan pulak dengan deras nye tambah pulak dekat jalan sesak tu.Habis la sejuk mejuk aku dibuat nye. Turun je dari motor, langkah jadi laju yang amat bila tengok yang lain-lain dah ready packing their stuff and tunggu dalam kereta. Bermula la aku dengan episod solat maghrib dengan expres nye.Dan sekarang, hampir demam.

Sesampai je Bentong, singgah makan tomyam. Lama tak merasa. Kat KJ( Kelana Jaya ) bukan takde, tapi mengenangkan aku bukanlah jenis kuat makan sangat, terpaksa lah makan simple2 je untuk avoid pembaziran yang hangat berleluasa sekarang. Bila perut pun kenyang, mula mengatur langkah pulang bagi release sume kepenatan . Tak cukup dengan itu, bila rasa ingin mandi dah membuak2, malangnye air pada masa ni tersangat lah sehhhjukk nyaa. Takpe, demi mencegah demam yang hangat2 tahik ayam tu tiba...aku gagah kan la jugak. Akhirnya , ternganga depan skrin laptop dan mula menaip tanpa hala tuju. Oh ye, aku sempat ym kejap. Huh. nama pun bosan plus penat. Begitulah.


Hello tomorrow. please make me more tired than today. I want it ! Seriously. InsyaAllah, besok akan lebih baik dari semalam. Belajar melupakan dan mula ceria.

I love you all the readers.

Wednesday 7 December 2011

Perempuan? ohh eh

Ada sorang kawan aku ni...dia sound aku dalam ym. Emm
Katanya , aku lembab. haah. sangat. haha.hihi.huhu. Sorry eh kawan. aku dah lama tau.
Kata dia lagi, harga diri perempuan terletak kat ego dia. Ape selame ni tak cukup ego ke aku ? Thanks beb, kau ingat kan aku lagi nampaknye.. Gulpp. taktau nak letak muka kat mane. Dah malu. Memang pun slame ni dah berusaha kuat nak jadi kuat. Tak mampu nak lembik lagi. Lembab boleh lagi....tapi kalau bab lemah2 ni memang aku rasa dah failed kat situ. Sejak bila aku pandai berjiwa macamni pun aku dah start tak faham. Aku je yang faham ape yang aku cakap, ape yang aku buat, aku senyum kat sape pun, aku sorang je yang tau. Ha nampak sangat dah haa.. Tak peduli yang penting fesbuk ( FB ) atau mesra dipanggil facebook itu , aku dah deactive. And sesukahati aku jela bila aku nak reactive balik. Mungkin ye , mungkin juga tak. Mungkin bila aku nak jemput makhluk2 dalam fesbuk tu ke wedding aku ngan Khairul Fahmi ( Che Mat ) tu nanti, aku activate balik lah ye. Mungkin la. Kalau tak, aku jemput untuk majlis cukur jambul anak kedua aku nanti je. Lalalalalaa.. dah mula bab pertama aku mengarut. Love means hurt. So, _____ u all ! (hee)