Saturday 24 December 2011

Life lol

Apa khabar ? Assalamualaikum.. Makan dah ?Ok. Baiklah . Tu je nak tanya setakat ni.
Meh la kita beremosi sikit kali ni yeh.( padahal bukan kali ni je en enn). Manusia ni memang serius tak tipu serupa macam kad Touch n Go kau orang tuh tau. Memang la macam err... ye ke serupa eh ? Dah nama pun tertulis besa-besaa kat situ "Sentuh dan sila blahh.I mean,pergi la". And, memang korang akan blah cepat-cepat pun kan.. Hmm..dengan 'hai' takde,salam pun entah kemana mana. Elok je ha main 'GO' camtu.. Memang memangg..

Memang tu memang la kan..Maksud aku,semua orang ni memang ada yang datang dan pergi. Ha kan...dah start nak emo ni.Part yang serupa ni la yang aku selalu nak elak kan. Alih-alih pun, sama je.Kisah dia camni, pada suatu masa dulu...(beberapa bulan yang lepas ni) aku berpindah ke rumah sewa yang baru.Padahal nye sebelah blok je pun ha. Tak adventure langsung kan ? Yeahh,i knew it. Maka dengan itu, aku dengan gembira nye walaupun tak segembira mana, melangkah masuk kat rumah yang agak luas tu. Luas sebab bagi aku,rumah yang satu ni penat yang amat bila tiba waktu mengemas2 ni. Ye, betul weh. Penat. Sebab tu je aku cakap dia besar. Tambahan pulak satu rumah ni boleh muat 14 student. Ha kauu. Besar tak besar tak ?Dan kalau orang lain stalk rumah kami tu pun,dorang akan cakap camni la agak2 " mak oi,ramai nye budak umah kau ! tak sesak ke ? Macamane korang nak mandi tu? mesti beratur sampai stengah hari kan kan ? bla bla dan bla lagi.. Aku yang duduk, aku tau la sesak ke tak,muat ke nak tido..ada ke tempat nak sidai baju dan sebagai nya lah.. Penat ? ye, memang kena penat pun bila baca aku punya entry ni. Tu belum dengar life bertemu life lagi ! Itu lagi tercabar kesabaran kau Jahh. Chill jela ok.

Sambung cerita tadi, dari 14 orang yang sungguh 'huha' sangat ni, datang dari macam2 pelusuk negeri lagi, tak masuk bangsa yang berbilang tu.. Serius, pelbagai ragam manusia yang betul betul manusia punyalah. Tak caye ? bagi penumbuk dua ketul baru pecaya kot. Huh. Ada India, Melayu, Cina pun....! Tak tipu part yang ni. Tapi...bila sampai nak penghujung 2011 ni,mula la ada yang kurang, dapat offer kat tempat lain la, pakwe macam jauh sangat la so nak cari yang dekat ngan si dia la..apela apenii apetuuu semua ada. Drama sungguh mereka ni. Tak macam aku yang tak pandai nak bercekerama sangat walaupun sebenarnya aku lah yang paling rajin bab bab buat muka kesian ngan mintak pelemps sekali tu. Dan sekarang,bilangan ahli rumah cuma tinggal 7 kerat. Yang lain lain dah kemana mana pun den tak tau ha. Baru baru ni yang paling buat aku emo sikit la bila dua budak yang dah kira rapat, jadi tak rapat terus sebab kan...sebab..em sebab ape yeh..ha sebab dorang pindah and sambung belaja tempat lain sana. Memang tak rock dorang ni..pegi pindah2 pulak. Especially to Akma and Asma Salsabila tuh..huh. Korang berdua dah move out, sape nak komen kalau aku main masak masak pastu tak sedap lagi..Ish.Siapa nak habiskan makanan akuu. Bialah aku macam nak menggelabah sikit harini. Memang ar korang ni. Saje la tu nak biar aku tengok bola sorang sorang,usha Khairul Fahmi senyap senyap..Huh. Aku dah mula tak suka situasi ni. Apa pun, all the best for both of you my gugurlll. Heee ~ Rindu dah ni. Bencii. Sekian sahaja. Adioss


# Gambar ni memang sengaja di Grey kan. Sebab nak nampak macam betul2 gambar lama and verrry the nostalgic ! hmm
Sebelah kiri ni Akma. She's my baby bolsterr




# Taknak dah simpan gambar2 ni. So,aku dah decide letak kat blog je. Geramm. Rindu :((


Thank you for spending your time for all this kemerepekan.