Wednesday 23 January 2013

Alam Baru

Assalamualaikum

Even aku tak pasti ada ke orang nak jawab salam aku tu or not but still, Assalamualaikum semua.. inshaa Allah semua berada dalam keadaan selamat dan tenteram jika masih berada di landasan yang betul. Maka dengan ini aku baru sahaja ingin mengatakan bahawa aku baru sahaja menamatkan pengajian aku kat MUST(Diploma in Business Studies). Haa????? baru habis ??? eh eh chill la, aku muda lagi kot! tahun ni baru nak jejak 21 tahun. Grrrr tak percaya sebab tengok muka aku macam makcik makcik je? k fine, tengok ic dulu lain kali. Emm emmm...

Baiklah, setelah banyak sangat cerita yang aku berhutang kat sini disebab kan aku buat perkara yang melalaikan sejak akhir akhir ni. Maklumlah, lagi nak dekat exam final lagi la perangai malas bermaharajalawak dalam diri ini. But now,imma happy girl ! Exam dah habis. Stress pon takde lah sangat dah. Alhamdulillah. Tapi aku sedikit stress bila nak dekat keluar hall masa dah submit paper last tu. MOTIF? aku sendiri bingung memikirkan apa sebab. Yeah....ofkos sebab kawan kawan, tempat tinggal and semua sekali yang pernah aku lalui kat sana. Even takde lah jauh beribu batu dari rumah asal aku kat KL ni. But still, banyak moment yang aku susah nak lupa. Sampai sekarang.

At least, lepas habis paper last tu kita haaruslah berjimba dengan rakan serumah or berenang renang sedikit bagi meredakan stress ye dak? ini tidak. Terus berkemas dan menelefon ayah untuk mengambil pulang. Apakah perangai kau yang satu ini Liana ? Behave la k behaaveeeeee ! *terdiam* Masalahnya sekarang aku sakit pinggang dek kerana angkat barang barang aku yang semacam 500 tahun tinggal di situ. Biasanya perkara begini aku tulis kat diary jeeeee. Hmmm aaaa hmmmm errr k aku mengalami tekanan bila aku nak melangkah keluar dari rumah sewa untuk kali terakhir. Eh apa korang ingat rumah sewa aku tu macam rumah sewa yang lain lain tu ke ? No ok sama sekali dilarang berfikiran begitu. NO. Rumah sewa tu bagaikan rumah kedua aku selepas rumah dengan ibu bapa sendiri. Cuma bezanya rumah tu takde la ibu bapa kannn. Melampau la tu nak ada jugak. Hurghh ! Housemate aku semua rajin belaka dan mendengar kata so rumah tu takdelah jadi macam rumah anak jantan. U know anak jantan ? k biasanya rumah dak dak laki kan...alaaa u know, faham faham jelah. Tak payah pergi jauh, tengok je bilik adik laki aku yang berdua tu je pon macam kena libas dengan ikan paus dah keadaan nya. Inikan pulak nak duduk 5 ke 10 orang dalam satu rumah? Think weh thinkkkk ! (emo sangat aku ni pehal doo)

Actually nya aku dah lari sikit topik aku tadi. Dek kerana sibuk sangat nak cerita pasal rumah kau yang hado tu. So lets continue. Bila aku and dak dak umah selesai tolong angkat barang then bapa ku pula menyambung sampai la barang selamat masuk kereta. Yang aku? Tak sabar nak naik rumah then say hi hi bye bye kat semua (even tak semua yang ada). Part yang paling aku malas sekali...Yes, kita berpisah setelah setahun lebih together. in a house. like a family. like siblings. like like like.....aaa like a friend :) Maka hari last itu kitaorang pon berpelukan and u know, imma strong gugurl u know ! and guess what ?! I WAS CRYING. Aneh oh aneh. Tapi tak aneh. Dorang semua bagaikan adik beradik dah even selalu bergaduh. Ya, kami selalu bergaduh. U know how perempuans is kannnn ? So... this is perempuan we are. Banyak benda kami share. And lastly, i miss everything about them, home, friends (girlfriends and ofkos boyfriends too!). Ini semua POYO ! hahahaha aku suka semua ni even it was like, Poyo dohhh.

# Gehehehe ini almari aku yang paling aku rindu sekali lah. Sebab semua khazanah aku main sumbat je dalam menda alah ni

# Meja study aku. Masa penting je meja ni berfungsi. Kalau takde quiz, takde exam besar, mungkin berhabuk je kot. Hahah

# Selalu sangat kalau bosan petang petang then takde benda nak buat memang aku layan je cerita apa kat tv. Buku? Hmm hmm hmmm k

# Semua ni dalam kenangan jelaahh. Kadang kadang bila rajin then ada makanan mesti kita masak sama sama. Pastu makan sama sama. Kemas sama. Err ape lagi eh yang sama lagi?

# Ni ah diorang. Housemate aku. Ni pon tak semua yang ada. Kitaorang memang suka bab bab snap gambar ni. Kalau tak kat luar, dalam rumah pon boleh jadi studio weollss uolss. Feeling2 tengah shooting gitu. Mesti korang rasa nak shoot je muka kitorang kan sebab comel sangat. nah la nah, dipersilakann..

Tapi jangan seronok sangat. Result final pon tak keluar lagi nih. Entahnya tak semak pon lagi wahahaha. So tunggu jela bulan Mac nanti. Tak sabarnya nak jumpa semua orang. Nak....yeah, nak jumpa semua. Aku tau dorang tak rindu aku sangat. Hahaha sebab mungkin aku annoying? Mungkin. Tapi kita sama sama annoying kan ? kan ? K taknak ngaku eh. Foiinneeee. Berita hebat baru dapat weh berita hebattt. 1 hb ni ada trip ! pergi mana ? Nanti nanti lah cerita. Malas nak bagitau sekarang. (nampak tak nafsu 'malas' masih berleluasa walaupun dah habis exam?). Tak guna aku bercerita sekarang sebab nya aku pon tak pasti kemana arah sebenanrnya. Hehehe tunggu k tunggu. Dah lah. K chau !