Friday 30 December 2011

Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam tahun baru. Tahun baru punya aktiviti ? duduk dalam bilik sambil download lagu yang agak agak sentimental dengan junk food yang berhampiran pun turut serta curik-curik dengar lagu walaupun tak faham satu butir apa. Housemate yang rata-rata junior ni memang suka balik awal sebab diorang macam tak betah bila dengar ada cuti yang lama ni.. Nak pulak next week ni dah start study week. Aku je dengan sorang lagi kawan yang setia stay je kat rumah walaupun dah di isytiharkan cuti. Tak patut tu tak la sangat sebab nak kata terlalu busy sangat-sangat pun ye jugak. Assignment pun macam suka je bila lecturer mintak masa-masa nak final besok. Best. Sebab tak tau nak buat yang mana satu dulu. Study ke esaimen dulu ke sebab dua-dua macam berebut-rebut nak aku duk usha je dorang ni. Entah la mana satu yang rasa berkenan tu ,rajin la aku usik dulu . Mana yang agak dah start pening tu memang awal-awal angkat tangan surrender dan mula beralih arah . Lagi satu hal bila masa macamni la nak paksa-paksa balik rumah. Bukan taknak balik tapi memang taknak lah senang cerita. Ha nak sangat aku cakap macamtu kan. Asal hujung minggu je dah tanya bila nak balik kenapa tak balik tak reti nak balik ke or ayat-ayat pedas yang selalu bagi aku panas dan diam. Bila dah cakap ada kerja yang nak kena settle mula la tak percaya tapi bila aku tak cakap ha mula la olah cerita yang bukan bukan. Senang betul kalau jadi pengarah ke penulis skrip ke sebab boleh agak apa orang nak cakap. Padahal bukan la sebulan ke tak jenguk rumah. Seminggu yang macam tak cukup tu je pun dah bebel. Nasib la tak blaja kat Penang ke Terengganu ke Surabaya ke. Kalau tak jenuh la nak balik tiap-tiap minggu. Huh mula dah takde modal nak cerita. Tertutup semua pintu idea bila geram campur mengantuk plus rasa nak kunyah-kunyah je skrin ni sebab geram yang tersangat. Hehe dalam tidur nanti harap-harap la dapat mimpi yang lawak-lawak walaupun dapat gelak dalam alam mimpi je. So sad.

Wednesday 28 December 2011

Sibuk dan terus sibuk

Salam sejahtera semua.. Selamat tengahari juga. Sangat cepat aku menaip waktu waktu macamni untuk mengejar kan meeting kejap lagi. So terpaksa la laju laju taip yang ala-ala pro tu jadi bila orang sebelah tengok macam waaa busy nya dia ni kan. Tapi diorang tak tahu sebenarnya ada benda lebih penting lagi yang aku patut buat jap lagi. Meeting dengan lecturer sememangnya mendebarkan . Sebab apa sampai sekarang aku memang tak tahu and yang paling penting aku dah siap kerja and boleh present kejap lagi. Huh memang rasa dah laju sangat sangat sangat masa ni sebab aku rasa selama ni aku taip lama lama kot ataupun aku memang suka berangan dulu before mula menaip ataupun pergi berborak dulu dengan kengkawan or whatever. Huh penat tapi aku nak cakap jugak yang aku rasa sangat busy dan sibuk dan teramat kacau plus tak dapat nak duduk diam sebab aku tak reti diam kecuali masa tidur. Bila aku tengok orang busy gila dalam library ni baru aku rasa macam businesswomen sangat sebab aku memang suka yang sibuk so takpayah sibuk fikir benda remeh benda lain seperti makan atau makan dan makan. Ok la aku dah kena jalan laju laju pasni sebab nak pegi print tah pape tu pastu nak makan dan lepastu baru boleh fikir bila nak jumpa lecturer.

Thanks for all of this kecepatan

Saturday 24 December 2011

Life lol

Apa khabar ? Assalamualaikum.. Makan dah ?Ok. Baiklah . Tu je nak tanya setakat ni.
Meh la kita beremosi sikit kali ni yeh.( padahal bukan kali ni je en enn). Manusia ni memang serius tak tipu serupa macam kad Touch n Go kau orang tuh tau. Memang la macam err... ye ke serupa eh ? Dah nama pun tertulis besa-besaa kat situ "Sentuh dan sila blahh.I mean,pergi la". And, memang korang akan blah cepat-cepat pun kan.. Hmm..dengan 'hai' takde,salam pun entah kemana mana. Elok je ha main 'GO' camtu.. Memang memangg..

Memang tu memang la kan..Maksud aku,semua orang ni memang ada yang datang dan pergi. Ha kan...dah start nak emo ni.Part yang serupa ni la yang aku selalu nak elak kan. Alih-alih pun, sama je.Kisah dia camni, pada suatu masa dulu...(beberapa bulan yang lepas ni) aku berpindah ke rumah sewa yang baru.Padahal nye sebelah blok je pun ha. Tak adventure langsung kan ? Yeahh,i knew it. Maka dengan itu, aku dengan gembira nye walaupun tak segembira mana, melangkah masuk kat rumah yang agak luas tu. Luas sebab bagi aku,rumah yang satu ni penat yang amat bila tiba waktu mengemas2 ni. Ye, betul weh. Penat. Sebab tu je aku cakap dia besar. Tambahan pulak satu rumah ni boleh muat 14 student. Ha kauu. Besar tak besar tak ?Dan kalau orang lain stalk rumah kami tu pun,dorang akan cakap camni la agak2 " mak oi,ramai nye budak umah kau ! tak sesak ke ? Macamane korang nak mandi tu? mesti beratur sampai stengah hari kan kan ? bla bla dan bla lagi.. Aku yang duduk, aku tau la sesak ke tak,muat ke nak tido..ada ke tempat nak sidai baju dan sebagai nya lah.. Penat ? ye, memang kena penat pun bila baca aku punya entry ni. Tu belum dengar life bertemu life lagi ! Itu lagi tercabar kesabaran kau Jahh. Chill jela ok.

Sambung cerita tadi, dari 14 orang yang sungguh 'huha' sangat ni, datang dari macam2 pelusuk negeri lagi, tak masuk bangsa yang berbilang tu.. Serius, pelbagai ragam manusia yang betul betul manusia punyalah. Tak caye ? bagi penumbuk dua ketul baru pecaya kot. Huh. Ada India, Melayu, Cina pun....! Tak tipu part yang ni. Tapi...bila sampai nak penghujung 2011 ni,mula la ada yang kurang, dapat offer kat tempat lain la, pakwe macam jauh sangat la so nak cari yang dekat ngan si dia la..apela apenii apetuuu semua ada. Drama sungguh mereka ni. Tak macam aku yang tak pandai nak bercekerama sangat walaupun sebenarnya aku lah yang paling rajin bab bab buat muka kesian ngan mintak pelemps sekali tu. Dan sekarang,bilangan ahli rumah cuma tinggal 7 kerat. Yang lain lain dah kemana mana pun den tak tau ha. Baru baru ni yang paling buat aku emo sikit la bila dua budak yang dah kira rapat, jadi tak rapat terus sebab kan...sebab..em sebab ape yeh..ha sebab dorang pindah and sambung belaja tempat lain sana. Memang tak rock dorang ni..pegi pindah2 pulak. Especially to Akma and Asma Salsabila tuh..huh. Korang berdua dah move out, sape nak komen kalau aku main masak masak pastu tak sedap lagi..Ish.Siapa nak habiskan makanan akuu. Bialah aku macam nak menggelabah sikit harini. Memang ar korang ni. Saje la tu nak biar aku tengok bola sorang sorang,usha Khairul Fahmi senyap senyap..Huh. Aku dah mula tak suka situasi ni. Apa pun, all the best for both of you my gugurlll. Heee ~ Rindu dah ni. Bencii. Sekian sahaja. Adioss


# Gambar ni memang sengaja di Grey kan. Sebab nak nampak macam betul2 gambar lama and verrry the nostalgic ! hmm
Sebelah kiri ni Akma. She's my baby bolsterr




# Taknak dah simpan gambar2 ni. So,aku dah decide letak kat blog je. Geramm. Rindu :((


Thank you for spending your time for all this kemerepekan.

Tuesday 13 December 2011

Alkisah si kurus

Assalamualaikum semua,

Selalu orang komplen, bila si kurus nak jadi gemuk. Yang agak berisi tu pulak mula la mengade nak kurus ha.Kesimpulan nya manusia memang dilahirkan dengan sifat tak cukup yang melambak. Tak cukup dengan itu, dia nak yang ini. Bila takde, lagi la meronta nak jugak. Macam mane tu ? Takde siapa pun nak jawab kan . Terpaksa lah korang fikir jawapan tu sampai besok. Lusa ke. Tak pun semalam. Susah sangat takyah fikir terus. Senang kan hidup ?

Paling yang aku sangat hairan sekarang ramai yang menegur,
"weh weh..Liana kau ni dah kurus ni kenapa? frust keww.. " hah ? aku nak frust2 ni dah kenapa.steady kot ! haiyoii.
bila balik kampung pun ramai jugak suara2 yang rajin dan caring mengambil berat dan mula bertanya. Aku pun sekadar berbasa-basi menjawab seadanya. Apa yang perlu, aku beritahu. Selebihnya pendam biar sampai lumat. Lumut pun tak macamtu tau.

Tadi baru teringat nak belek2 nostalgia lama. Maksud nostalgia kat sini lebih kepada duk usha gambar2 lama jela. Maksud lain, memang takde. Banyak gambar dolu-dolu aku yang agak sihat tu tersengih je. Em..mungkin tengah happy. Btw, sekarang pun happy jugak. Cuma .... ah lupakan. Beza sedikit dengan aku yang sekarang ni. Dulu ada la jugak pipi kembung terletak kat situ ha.. Sekarang ni memang tulang jela. Orang kata ape, cengkung ? ha lebih kurang sama la jugak. Ape aku kisah. Tapi,memang aku agak kisah la. Sape tak kisah bila ramai cakap pastu duk komen benda yang sama je. Bukan kebetulan dah tu kawan.

Kesimpulannya, sila lah makan dengan banyak dan banyak nya untuk mendapat kan berat badan yang ideal lagi menawan. Huhu. Ok gurau. At least takde la sampai nampak tulang pipi aku. Takde sape nak dekat kot ! huh.
Chauuu semua


Friday 9 December 2011

Hari bertapa sedunia

Assalamualaikum ,

Apa ? bertapa ? Mengapa ? Dimana dan juga bila ? Memang tak dinafikan, hari-hari minggu sebegini rupe handphone akan sekali sekala bernyala dan si pemanggil akan bertanyakan bilakah aku mahu pulang. Kadang-kadang tu, ayat berupa sinis juga ada diluahkan. Terasa ? why not ! hahaha. Ibu aku lah si pemanggil yang tak selalu nak misteri tu. Bila usia dah meningkat ni, katanya terkadang dirasakan sunyi walaupun anak-anak total semuanya sekali ada 6 orang termasuk aku yang sememangnya agak tidak suka terperap dekat rumah. Walaupun cuti semester okayhh. Sebab yang sesuai, aku sendiri tak berapa nak pasti.

Pagi subuh lagi handphone dah bergegar gegar tak sabar nak kena angkat. Malangnya aku tengah bersiram. Jadinyaa terkena lah aku yang buat panggilan kat number yang missed call tadi. Memang takde lain nye lah kalau dah pagi hari jumaat tu memang tak silap lagi kalau bukan ibu yang called. Terkejut tu tidak la tapi teruja sedikit plus tertanya-tanya perlulah ada.Beliau mengajak aku pulang supaya dapat join our family for going back to my hometown which stated at Bentong, Pahang. Seriously memang tak jauh kalau nak dibandingkan dengan hometown lain. Petang tu jugak aku bergegas dengan tekad nye nak balik kampung. As usual, ayah aku tu, En Raif..dialah yang menjemput aku petang tadi kerana aku mempunyai seribu satu alasan yang membuatkan semua orang rasa kesian and datang jugak untuk bawak aku balik. wahaha. Terasa diri begitu berharga.Of course lah kami merempit untuk mengelakkan kesesakan pada petang yang waktu nya hampir dengan waktu maghrib tu. Jammed dia...jangan cerita la. Sampai besok pagi agaknya baru beralih berapa meter je pun ha.Tup tup, dah nak dekat sampai ni... hujan pulak dengan deras nye tambah pulak dekat jalan sesak tu.Habis la sejuk mejuk aku dibuat nye. Turun je dari motor, langkah jadi laju yang amat bila tengok yang lain-lain dah ready packing their stuff and tunggu dalam kereta. Bermula la aku dengan episod solat maghrib dengan expres nye.Dan sekarang, hampir demam.

Sesampai je Bentong, singgah makan tomyam. Lama tak merasa. Kat KJ( Kelana Jaya ) bukan takde, tapi mengenangkan aku bukanlah jenis kuat makan sangat, terpaksa lah makan simple2 je untuk avoid pembaziran yang hangat berleluasa sekarang. Bila perut pun kenyang, mula mengatur langkah pulang bagi release sume kepenatan . Tak cukup dengan itu, bila rasa ingin mandi dah membuak2, malangnye air pada masa ni tersangat lah sehhhjukk nyaa. Takpe, demi mencegah demam yang hangat2 tahik ayam tu tiba...aku gagah kan la jugak. Akhirnya , ternganga depan skrin laptop dan mula menaip tanpa hala tuju. Oh ye, aku sempat ym kejap. Huh. nama pun bosan plus penat. Begitulah.


Hello tomorrow. please make me more tired than today. I want it ! Seriously. InsyaAllah, besok akan lebih baik dari semalam. Belajar melupakan dan mula ceria.

I love you all the readers.

Wednesday 7 December 2011

Perempuan? ohh eh

Ada sorang kawan aku ni...dia sound aku dalam ym. Emm
Katanya , aku lembab. haah. sangat. haha.hihi.huhu. Sorry eh kawan. aku dah lama tau.
Kata dia lagi, harga diri perempuan terletak kat ego dia. Ape selame ni tak cukup ego ke aku ? Thanks beb, kau ingat kan aku lagi nampaknye.. Gulpp. taktau nak letak muka kat mane. Dah malu. Memang pun slame ni dah berusaha kuat nak jadi kuat. Tak mampu nak lembik lagi. Lembab boleh lagi....tapi kalau bab lemah2 ni memang aku rasa dah failed kat situ. Sejak bila aku pandai berjiwa macamni pun aku dah start tak faham. Aku je yang faham ape yang aku cakap, ape yang aku buat, aku senyum kat sape pun, aku sorang je yang tau. Ha nampak sangat dah haa.. Tak peduli yang penting fesbuk ( FB ) atau mesra dipanggil facebook itu , aku dah deactive. And sesukahati aku jela bila aku nak reactive balik. Mungkin ye , mungkin juga tak. Mungkin bila aku nak jemput makhluk2 dalam fesbuk tu ke wedding aku ngan Khairul Fahmi ( Che Mat ) tu nanti, aku activate balik lah ye. Mungkin la. Kalau tak, aku jemput untuk majlis cukur jambul anak kedua aku nanti je. Lalalalalaa.. dah mula bab pertama aku mengarut. Love means hurt. So, _____ u all ! (hee)

Tuesday 29 November 2011

Merah tanda hati. Tak selalu berhenti

Entah apa-apa jela yang aku nak publish sekarang ni. Rasa macam blur je pun ada. Macam nak tidur pun ada tapi tapi tapi dan tapi kan.. Mata pun dah jemu nak tengok aku pejam je.. Jadi, harus lah kuat kan semangat untuk... eh untuk ape ?? Hehehehh...Harini memang banyak ke arah mengarut je. Ketawa pun melebih-lebih dah skarangg. Haii . Jangan berani nak tanya la kenapa. Mengapa dan bila tu apetah lagi.. Kadang-kadang aku nampak kuat ! Tapi, kuat la jugak kalau setakat nak main jerit jerit kat orang tu. Ingat aku takde taekwondo ke weh. Alahai. Nampak je lembik aku ni haa. Comel tu tak termasuk lagi .. Kalau la boleh operate 5 saat kat bahagian atas abdomen aku ni ha..sebelah jantung tu ada satu lagi objek warna merah pekat2 sikit. Tu nama dia 'hati'. Kirenye entry kalini nak berkisarkan mengenai kisah hati tau. Baik berjaga jaga korang !

Tak kesah la kat dalam dunia ni yang dah nama nya makhluk ciptaan Allah s.w.t, semua nya ada hati. Tak percaya ?? eh , nyamuk yang ko nak lepuk sampai tekial-kial tu pun ada hati tau. Kalau tak, takkan la Puteri Gunung Ledang pegi sukati nak request kat Hang Tuah se dulang hati nyamuk ?? Em..nampak sangat yang dia dah betekad memang taknak kat si Tuah tu ek ...Jadi skarang ni bukan pasal Tuah ke, Ledang Gagah ke , nyamuk hitam or whatever..Hangat nye sekarang ni pasal hati yang sememangnya dah memang dipanggil hati sejak aku baby dulu-dulu lagi ha.Kadang2 manusia suka bercakap pasal hati kan ?Menggelabah.Aku pun ada lah ! haha. Aku pun nak la try jugak usha-usha en ,manela tau tiba2 dalam pengkajian aku tu ada yang mengatakan yang hati boleh diremuk renyuk ke ape tah ayat yang sesuai lagi tu...hancur berkecai ? ha pun ada jugak...tapi nye semua nya berlaku tanpa pembedahan plastik mahupun segala bentuk sihir ataupun alam ghaib. Ni serius mungkin boleh jadi realiti tanpa ada sebab yang munasabah sebab hati terlalu comel untuk dirungkaikan. Aneh.

Hati ni la yang kita perlu jaga selain jantung yang amat penting sebagai organ dalaman kita ni,nak2 lagi manusia yang sihat walafiat seperti kita yang kadang2 tak mahu/tak reti/tak suka untuk bersyukur dengan anugerah terbesar yang Allah dah bagi. Sebab nye, terkadang pun aku lebih kurang sama je dalam kategeri tak mahu/tak reti/tak suka bersyukur tu . Tak pelik. Alkisahnya, hati pun ada kategeri dia jejugak haa.. Ada yang manusia hati keras( macam aku.tapi kadang2), hati lembut (eh ,pun macam aku jugak la ! ), ada hati tapi macam takde pun ada jugak la weh. Cumenye tak sure berapa ramai je yang kat dalam dunia fana ni. Semua duk sibuk la cari jalan nak jaga hati sane sini....Tapi,ramai ke yang sedar bahawa hati kita sendiri ni siapa yang nak jaga kawan-2 ??Kalau bukan kita sendiri yang menjaga nya ? Oh,pandai aku bercakap masa ni. Tapi bila aku terleka lagi mesti lupa nak jaga diri sendiri. Selalu macam tu. Aku dah mula rindu hati aku. Ha kann

Selanjut nya, aku malas nak panjang-2 kan entri ni dengan kisah hati yang tak pernah nak habis ni.Malu pulak aku nak cerita banyak-banyak. Tapi, ko tengok je la ha..malu-2 aku pun,dah 3 paragraph aku taruk. tak masuk konklusi nye lagi. Sekian saja la anda-2 ye. Love means sayang. So, I miss you much. Better late than never. Adioss !

Thursday 24 November 2011

Main main blog

Satu labah-labah cuba panjat perigi
Bila hujan turun labah cepat lari
Terbit matahari air tiada lagi
Labah boleh panjat sekali lagi

Bila dah muncul matahari...memang la air takde lagi dah. Tapi tak semestinya boleh sesuka hati je nak panjat panjat. Bagi la kat labah lain nak panjat memanjat jugak. Boleh cuba cari perigi lain yang boleh panjat kan.Ohh .. masa hujan turun kau lari eh. Bapak ar... Tak gentle kau ni labah-labah ! Kau ni bila perlu baru kau datang. Baru ada hujan sikit kemain ha kau lari. Jangan nak cuba sangat la labah labah. HAHA. no points here.pls take note

Saturday 19 November 2011

Everything's fake

The story begins here...

Nowadays,
I'm always ate much than before
Sing a song with a loud voice,
Hang out with greatest classmates
Cannot sleep well because ... err Haha
Look up at the moon
Try hard to make a real smile
Wake up in the early morning
over slept
yaww
Have a lot of story to tell everyone in the world but,
the best choice is kept inside
Close with my family
Where is my best friend ? He always beside me wherever I am. Thanks Allah .

The biggest question here are where is my REAL smile? My laughing ? Nobody knows. But I do. I keep it for something REAL. Thanks everyone. You're always make my day brighter than yours.

Tuesday 15 November 2011

Didie's dot dot Birthday


Wishing you HAPPY BIRTHDAY my sistaa. We just want to see you happy always and so after. What ever you do and did in your life will be our happiness and give our support from behind. Begin your life with full of surprise and adventure. Good Luck and do take care. I'll be here pray for you. Do your best.

Happy Born day Diana Raif . We love you. Wake up and be independent.

Wedding of the Holidayy

Rasa nya dah seminggu aku buat tak peduli kat blog ni. So, rasa macam-macam rasa lah rasanyaa. Hee. Tak. Bukan ape. Saje belagak konon2 macam buzy women. Aku memang gemar kalau tengok diri sendiri menyibukkan diri dengan benda2 tak berapa nak benda ni. Haii. Lagipun tak tau nak start macamane. Ok jom la kita cerita pasal wedding yang aku attend tempohari. Em.. bila eh ? Ha , tarikh keramat (11.11.11) Cantik kan ? Yup. Haritu aku pegi. Member sekolah lama aku la punye kakak yang married. Aku ? Tak payah nak sibuk tanya. Bila dimana dengan siapa tu aku punye hal la dey. Ehem. Tau aku jumpa siapa ? Haha. haha haha haa.ha.h. . . Ha aku tau memang takde point. Aku jumpa balik kawan2 lama masa kat teknik dulu. Ha.. membe kan. kan. Ye. Kawan. Actually kakak dia( Nabila Shakira) ni, pun nama dia Liyana jejugak. Wah wah. Saje kan. Tak pepasal aku yang ganti kang. Ha kangg. Aku panggil kekna je. Cantik. I like. Suka. Love it. Damn. Cantik kot ! dah lama kami tak jumpa. Tapi dalam tengah2 disolek tu boleh dia ingat suara aku. Alahai. Terharu duluu.

Banyak jugak aku snap gambar sane sini. Tapi banyak jugak yang tak menepati citarasa jiwa raga.Aku pun mula hangin. Tapi takpe. Aku rilek2 dulu sebab banyak jugak part2 yang aku nak menjadi. Yehyeh.. Dapat akhirnya. Tapi entah kenapa harini pun line interneto yang aku bangga banggakan selama ni masih lembs seperti baru kenal gitu. Hampeh. Jadi aku terpaksa besarkan mata dengan hanya memandang pada skrin laptop yang sememangnya takpenah berupa seperti laptop ini.
Oh ! Tak percaya bila gambar2 yang hampir siap di upload tadi di cancel kan secara cepat cepat. Ni memang nak bagi makan penyapu kat dapur tu ha. Eh kemain kau kan internet. Takpe. Lain tahun ada la tu. Good bye bye. Love means sayang. But today, I hate you. hihi

Sunday 6 November 2011

Perubahan itu changes

Ye kawan-kawan.. Ni minggu study week aku bhai.haha ! Tak tau la apesal dorang buat masa2 macamni. Aku pun mula kan hari ni ( Isnin ni kan ) dengan bergembira sambil layan drama2 yang tertayang kat skrin tv umah ni aa.. Disebab kan penat layan crita2 yang aku sendiri tak penah layan dari awal tu, aku biakan macam tu je. Lantak la sape nak tengok. Tapi yang penting petang karang Malaysia lwn Singapore lagi..di Indonesia yeh. So petang karang aku kena fly pegi Indonesia kejap ar weh ! Serius.Kejap je. On je tv tu, ha sampai lah kau kat negara jiran sane .

Kita biarkan seketika hal sepak tendang bedebuk bola ni... Hal yang aku tertarik nak share dengan sume harini ada kaitan dengan hal-hal berkorban. Iye ? haah,semalam kan baru je sambut ibadah korban. Pagi tadi tu aku ada la melopong sekejap tengok Wanita Hari Ini( WHI ).. Wanita kan.. hahah. Main topic dorang harini pasal orang2 yang dah berubah imej ni. Dari yang takde,mereka ada kan..Yang tak pakai, mereka pakaikan. Mane yang terdedah, mereka litupkan. Unik kan ? Ok,main point kat sini bukan sebab unik atau tak. Yang paling best bila artis2 jemputan tu share story kat audience ni about how they feel when they changed to another person . Not a person actually, tapi lebih kepada apa yang membuatkan mereka berubah kepada sesuatu yang lebih positif. Sekarang pun ramai yang dah mula bertudung. Tak kisah la fesyen yang macamane, at least mereka-mereka tu dah terbukak pintu hati nak berubah. Kagum kan ?

La ni, Irma Hasmie, Siti Nor Diana , Nora, and sume2 tu lah kan.. ha, tadi tu Akma AF pun ada gek ! pun dah bertudung. Best tengok dorang. Manis je. Tetibe ada satu part tu bilamana Irma ada sebut pasal bertudung ni kan..Dia cakap lebih kureng camni..
" Bila dah bertudung ni banyak benda kena jaga, solat pun lagi la..sebab orang yang tengok kita mesti expect lebih dari tu . Jadi bila dekat set pun sy akan mintak dalam 15 min macamtu kat director untuk mintak diri pegi solat kejap. Dorang pun faham n respect untuk orang mcm kita. Nak lagi perempuan. Itulah istimewa nya perempuan ni " . So bila dia cakap macam tu buat aku tersenyum seketika.Ceh3..

Ada lagi satu part tu pulak artis lain ni bagi komen sikit yang bila dia dah bertudung ni , cara percakapan, pergaulan pun kena jaga. Betul tu. Aku sokong sangat2 sebab aku tak macam tu pun hah ! haha. bila bercakap apetah lagi, mengalah kan lelaki. Nak lagi bila bagi aku ketawa. Huh. Liana liana.. Takpe2, take it slow okey. Aku harap bila aku dah makin dewasa ni aku pun boleh jadi makin matang bukan dari segi fizikal je, mental pun kena main peranan jugak. Lalala.. tu pun boleh bila ada azam dan dorongan yang continuous. Bukan setakat dua tiga hari jela kan. InsyaAllah ye kawan2. Sama-samala kita :)) Lagi sekali, Love means sayang. So, love u alls.

Cerita Aidiladha

Selamat Hari Rayaa... Salam Aidiladha.. & apa-apa lagi lah yang berkaitan dengan ucapan raya korban tu...dah acap kali aku dengar untuk harini je. Ape tak nye, sekejap2 tengok henpon. Bila takde mesej,tau pulak bising. So untuk kesekian kali nya ni aku nak bagitau uols yang aku rasa sedikit femes untuk hari yang mulia nih. Wahaha , geli kan dengar ? Okey dah agak. Tapi takpe sayang2 sekalian.. You know what ...

Sesubuh yang hening tadi tu ibu aku dah dok kejut anak anak dia ni bangun.. Mase bila aku terbangun pun aku tak tau. Mamai la konon. Herrr.. Ayah pulak beraya kat Batu Pahat. My grandma sakit. Sorryy tak dapat nak follow u ayah. Hah, dah lupa nak citer ape tadi ni. Em, okey bila dah siap sume tu kami sekeluarga pun gerak la pegi surau kan. Memang penat tau sebab surau tu jauhhhh sang att. Jauh la sangat. Depan je pun haa.. Adess. Adik jantan aku yang sorang tu dah gerak dulu dah weh. Nak bertakbir katanye. Entahlah. Sesudah dan selesai semua yang dihajati, kitaorang makan2 la pulak. Dah lapar kan. Gila gila jugak aku makan sebab ada satay pastu cicah dengan kuah kacang dia yang sangat sedap. Hehehe.. comel tau satay tu !




# Tengok ! tengok.. habis tak aku makan tadi ? Dah cakap dah..sate tu sedapp plus, tukang makan tu pulak comel. Hmm



Sesudah sesudi kami makan, kami kami pun balik la kejap. Kain yang basuh tadi tak tersidai lagi der. Ibu wa dah suh naik umah cecepat supaya kain disidai dengan secepat mungkinss. Dah tu, kena turun balik pulak tu ! Hish,rajin pulak aku nak nuko2 jubah tadi tu dongan tshirt solekeh jo ha.. Makan2 lagi le nampak nye beb. Takpe. Tahan.






# Nampak nye beginilah situasi yang dapat di snap kan tadi. Sume pakcik makcik dah siap tuka baju depa dah. Aku turun pun tolong tengok makan jelaa





# Peh budak2 ni la yang datang turun reti makan je. Bukan nak tolong. Sengih je pandai !


Bab2 kambing lembu kena sembelih tu wa dah tak ambik port dah zaman ni. Bukan ape, member pun tak ramai kat sane. Bialah pakcik2 ngan abang2 kacak tu yang settle kan . Ye tak ?
Kita yang pempuan ni kena pegang pisau ,potong bawal sambil anyam ketupat jelerr. Hah dah. Takde benda nak letak. The end of story for today :) Love means sayang. So, Love you all

Thursday 3 November 2011

Jelajah kota raya

Memang dah lama tak update ape2 kat sini. Ape sebab entah. Okey, apa apa sekalipun mulakan hari dengan senyuman walaupun sekarang dah berada di petang yang sejuk lagi dingin sebab dah 2 minggu berturut turut nye bumi Malaysia ni hujan. Sambil dengar lagu lama2 yang Erra ngan Yusri KRU ni nyanyi kan...tetibe macam nak update sesuatu.
Begini cerita nya,

Semalam kan kan kan... kami beramai ramai konvoi pegi The Castle. Tau kat mane ? ha ni yang wa nak start citer ni.. Dah memang dekat sangat ngan umah aku tu ha. Jangan salah sangka eah. Yang mane minat shisha shishu tu boleh ar nak lepak lepak kan..Bukan ape,masa kite single( means,not married yet ) ni la senang nak explore sane sini. Nak yang macam jalan2 cari makan tu tak bleh la kan. Sesekali kuar ngan member sekelas ni macam bujang betul dah hah ! huh. Aku ngan makhluk2 yang tak bershisha ni pun duduk la semeja minum-minum sambil bergurau kasar. Ada one part tuh, tiba2 ada orang hulur roti ke capati entah...aku pun cubit sedikit demi sedikit and...mula terasa roti tu kering.Cari punye cari, ada kuah rupenye roti nan ni.(eh roti nan pulak) . Haih,ape lagi..cicah ! Okey bila dah masuk mulut semua nak pandang aku. Apehal oi. Ha yang sebenar nye baru aku tau yang aku cicah tadi tu KAMBING. Babun ayam la dorang ni..memang aku ter ter ter keluar kan balik la semua tadi tu. Serius kuat gila bau nyaaa. Haha.Tahniah kerana anda sempat merasa Kambing di The Castle nuh !(ni aku cakap dlm hati je) Lepas lepas tu kami gerak danau.Dah lepas cari barang-barang depa sume,kiteorang pun gerak la.. And last part of that day, kiteorang sempat singgah Dataran Merdeka. Wahauuuu. Nampak tak keremajaan di situu ? haihh.
Let's cekidaut aksi2 kat dataran nih. Dataran jela,sebab masa tu je aku rasa ada mood nak ambik gamba sane sini. Huahuahua sekian.





# Bangunan ni pun dah pandai berlampu lampu sendiri. Hebat !





# Sume dah penat. Memang buat hal masing2 la nii





# ni baru sebahagian. belum show off sepasukan lain lagi nih





# Dah lama tak photo shoot,duk tegak jela macam tiang bendera haa


Kawan-kawan, tak banyak gamba yang aku upload kat sini. Line interneto aku harini agak perlahan atau dalam erti kata pedas nye 'lembs'. Lain kali kite cerita2 lagik ehh. Chauu

Sunday 15 May 2011

Tak sangka kita bejumpe lagi kan??

Hai ! Salam 1 Msia again...
Serius dah lame gila tak post bukan bukan kat sini.haiyaa
Ni meh nak citer ckit mehh ! Aritu la kan,ada la dalam 2 hari lepas tu aku ada dapat invitation wedding dari membe aku sorang ni.Aimi nama nye.hehe..Actually Aimi ni member masa aku kat teknik dulu.Dia dorm sebelah je tapi boleh kire rapat jugak sebab ape2 je dia rasa nak story kat aku.
Okey,bile tu je aku pun on the spot cakap nak datang sebab Aimi cakap maybe ramai nak datang.I mean kawan2 yang lain la.So aku pun macam excited sebab yela..jumpa kengkawan kan..Sape tak teruja.Mane la tau tejumpa musuh ketat balik ke kan,,boleh la sambung gaduh gusti balik ke..
Yup,lupa pulak nak bagitau..yang wedding ni kakak Aimi la..So Aimi sangat teruja dapat abg long baru.Hehehe..
Aku pun teruja sangat tersangat sebab dah lama tak jumpe Aimi ni.Even dia je yang salu call aku or sms la ape kan....tapi bile dah lame tak jumpe tu macam lain pulak.Selalu tu memang die yang call aku nak story macam2...Kalah aku tau ! hehehe takde lah.yang tu gurau okey !
Jadinye...ni jela yang mampu aku snap kan sebab Aimi aku ni sibuk la derr.Maklumlaa even bukan kite yang kawin tapi sebagai relatives ni mesti la lagi sibuk kan. Ok tahniah Aimi yang selamat dapat abang ipar yang baru..:))



# Aimi yang kurus serta haku yang membesar tanpa sedar



Saturday 30 April 2011

Bahagia ada kawan macam cik Gajah ni tau..Terima kasih untuk semuanya ye


Salam 1 Malaysia semua !
sedang aku membelek-belek laptop ni tadi aku terjumpa satu khazanah ni
Ape dia khazanah tu,memang tak nampak kazanah sgt lah.
tapi tiba tiba terasa sayu sangat bila teringat waktu susah senang yang kita dah lalui sama sama.

Setiap apa yang aku buat even nampak sengal dimata orang lain,tapi tak pada dia
yup,dia sangat memahami aku.
Aku tak pernah sangka saat-saat aku dalam ape jugak situasi pun dia still akan ada kat belakang aku untuk give her support.
Itu yang paling aku terharu skali.Ape saja aku boleh kongsi dengan dia trmasuk hal-hal peribadi.Okey.kadang-kadang tu memang tak nafikan memang kiteorang ada begaduh sikit sikit.

Tapi konflik tu pun tak pernah nak lama lama.
Ala..macam boyfren ngan gilfren kan.sikit-sikit je sudah la.
Ape je yang luaran or dalaman aku dia tau..Selalu tu memang kite berdua sependapat.
Aku still lagi ingat masa 1st met kiteorg.Mula mula tu aku yang telebih peramah ni pegi tego mak dia yang kebetulan tu mendaftar hari yang sama.
Then tau tau je anak dia amik kos yang sama ngan aku which is Dip. in Business Studies.
Dah tu tetibe aku ngan die ni berkenalan sampai la boleh dapat request bilik yang sama.
Dia tidur katil bawah,yang aku pulak duk menggelabah kat katil belah atas nuh.Lama-lama tu jadila rapat sampai kan satu kampus dah tau bila kemana-mana pun mesti ada dua-dua punye.Kalau pun tak cukup satu mesti satu dunia dah kecoh sebab dah macam belangkas.Pastu lak kan,kalau sorang lambat gi kelas je,secara auto tanpa had nye dua2 akan lambat jugak.Ha...amacam,hebatkan kiteorg??

Tapi sampai sekarang friendship tu still ada lagi and Alhamdulillah masih lagi teguh + utuh walau terkadang tak sedar yang sama2 dah kecik kan hati masing2..hehe
Kesimpulannye kat sini,hargailah ape yang kita ada walaupun tak semua yang kita harapkan akan ada sedebuk depan mata.Sesekali tu bialah kita pulak yang jadi pendengar n begitulah seterusnye..Kepada kawankawan yang kat luar sana jadilah teman yang bukan sahaja sahabat di dunia tapi boleh sampai ke akhirat kelak..insyaAllah : ))

And currently for my greatest buddy,Eiya fatie(Nur Fatehah Mohd Hairun),if dah baca ni kita nak ucap Thanks For Everything that you have done in my life.Iloveyousomuch friend..Big Hugss.


Thursday 28 April 2011

Berserah

Basahkan lidah dengan bacaan alQuran

Salam 1 Malaysia semua !
disebabkan harini khamis malam Jumaat,jangan lupa nak baca yasin erk
Ok.takde point sebenanye.
Harini banyak sangat perkara - perkara yang tak dijangka berlaku.Serius ngeri.
banyak jugak benda yang aku baru dapat tau harini.Tahniah !
euww.sekali tu aku terus rasa nak call ibu.hehe.anak ibu kann
Jadi semua yang tersirat dan terpendam diluahkan sebentar tadi.
Alhamdulillah,lega rase nye dapat muntahkan segala jenis makhluk bagai dalam pale hutak ni
Sabar yeh Liana.Ni tanda Allah sedang menguji hamba hamba nya...
*masa2 camni la baru rajin nak kearah keagamaan kan kau.Ni lah manusia.
lebih lagi aku ni aa.cukup hipokrit.hehehee
hah macam ustazah la kan aku?ngee
Btw,,minggu ni aku tak balik umah pun jumpa ibu
Next week kot baru boleh.Duit poket pun dah cam haremm.haha

okey.itu sahajerrr.Terimaksaehhh :))

Tuesday 19 April 2011

ribut day

Salam 1 Malaysia semua.
Ok.dipendekkan cerita harini memang serupa ribut. Tak tau lah ape kisah nye tapi yang penting memang haru lah harini.Haduii.. 3am lagi aku dah terjaga.Last2 tak dapat nak tido sampai la kesubuh then sampai la jam tepacak pukul 8.
Hokeyyy,masa tu boleh rileks lagi yelah ingat kan ok je kan.
Tapi nye bila dah siap2 tu dah nak dekat pukul 9.Haaa cepat kan aku besiap??
Gosok baju lagi tau. Aku ngan member aku yang sorang ni pun gerak lah skali.
Tau tau bila sampai je kelas kan,dengan henfon nye tertinggal(tak switch off lagi rasenye)...pastu kan pastu kan kan kan..ada ke masa nak keluar2 sume bahan nak blaja baru teperasan yang file subjek tadi tu tertinggal jugak.
Lagi lah aku hanginn bila ada membe yang pesan paper notes kat aku haritu !
Hihihihi...alamatnye saya diperli dengan begitu hebat nye oleh beliau yang dipanggil lecturer.
Nasib aku sayang dia.Huh.Tapi best jugak perli dia.Tak lah pedih mane...Sebab dia tak taruk lada arini.
Anyway semua berjalan lancar(memang la.sebab tak sakit kaki.ngeng)

Heee...daaa

Tuesday 12 April 2011

Test lagi

besok test?
haah.nape?
tak study ke?
entah.saje.masuk ape ek?
pulak.abih nak jawab ape besok ni ui?
pandai2 ar.nak tido taknak ni?
eh sesukahatijiwaraga kau je kan nak tido?
yang engkau ni dah kenapa?
entah.tak tau ape nak taip.sebab besok test akaun kot.
dan?
dan.....kena la pulun sikit.takkan duk bertapa mintak soklan dalam mimpi dulu kot
nanti lah aku pikir kan camne.
haishh susah betoi nak habaq kat dia ni kan.



*takde kena mengena pun dengan orang kedua.semua ni monolog sendiri sebab masing2 berperang malas nak bukak buku.Pemalas punya ini olang maa.wa bako sama lu mau ka?Marila kalu ada bran ! ok selamat bertelaah ye semua.Gudluck for all candidates :))


Friday 8 April 2011

Dinnerious


Tumpang lalu yeh...Assalamualaikum sekali lagi teman teman : ))
Today nak beraksi pasal dinner aritu.Hehehehe..
Mengada je kan??
Alalala..sekali sekala ape salahnye
Anyway,bertempat di Sunway Resort,bersamaan 5th April 2011 aku and the AWB gangsters(huhu) telah dijemput oleh sape lagi kalau bukan bos aku Mohd Nor Ikhsan and wife dia...
Malam tu aku sibuk berbaju ala ala pengantin bermanik hijau pucuk pisang,,(Wahh i loikeee....)pun berdandan la seadanya..kiteorg bersiap2 kat rumah sorang membe ni then bos aku pick us.Mengada lagi kann..Maklumlerr anak perempuan kena la jaga.Kalau tak habis la mamat2 luar sana yang macam buaya cikit tuh.hehe Sesoriii...Makanan pun tak membuatkan perut aku kenyang.Almaklum,perut naga kan.Macam tu jugak lah dia..Huishh tak baik cakap pasal perut tau.hehe..Takde ape nak story sangat just to inform malam tu i jadi gadis Sunsilk sekejap yangg..hahaha perasan lagi makcik ni ye..Takpe2..Las skali bos aku and her beauty wife pun ajak aku stay je umah dorang dekat area Damansara sane.Then aku pun orait je....Thanks kak Eniey and Cik Esan serta yang lain lain sebab bagi malam tu besttttttttt bangat ! Luv you all ;p

Thursday 7 April 2011

Kinabalu Climbers

Salam 1 Malaysia semua !
Alhamdulillah,akhirnya selamat mendarat di Semenanjung M'sia setelah 4 hari di Sabah yo.
Teramat banyak lah story muri yang ingin disampaikan sepanjang pendakian yang amat mencabar selama nenek bertapa di sana ye cucu sekelian.
Ingin dimaklumkan bahawa dah lama nenek tak mengepos crite critu nenek kat sini.
Maap lah ye...Nenek cuba tapi sibuk nak bergerak sane sini dengan kaki yang terhincut lagi terluka.Ahahaha
Apepun,thanks sangat2 kepada geng AWB terutama to my big boss merangkap bapak angkat nenek kerana telah meng'offer' expedition ni.
Terimakasih juga kepada mereka2 yang telah menghulur semangat serta bantuan tenaga kerana sanggup & setia menunggu nenek yang dah tue ni mendaki even kite cuma sempat sampai di Sayat-Sayat sahaja.
Thanks a lot guys !

eh kejap kejap...
Masa bila aku boleh jadi nenek ni?? Alahaii comel nye...Hehehehe
Apepun pengalaman dengan u all tersangatlah tak dapat digambarkan dengan kata2.Ewah2..
Thanks sekali lagi ye semua..Lain tahun boleh join lagi.
Em?join lagi?
Oh tidakk ! sama sekali NO untuk pendakian berupa tangga serta batuan licin tu.huhuhu
And I'm very sure that you guys also wish the same thing.Isn't?Please lah ngaku okey,. zzzzz

ok.penghargaan dah settle. sekarang aku nak cerita detik2 masa nak naik atas tu ye.
Let's watch out !


29 haribln March 11'

Pagi Selasa ni ayah dah ready nak hantar pegi airport
Ibu tak dapat join pulak sebab beliau kerja
Tapi...MasyaAllah,pesan dia punyalah berbakul bakul ! Haha
Tak terangkat makk..huhuhu Sorry bu..
Sebab ibu dah amanahkan supaya sampai jugak kat puncak
Alkisahnye,dah dua kali ibu pegi tapi tetap tak dapat nak sampai tag line
Siap ibu berdoa2 supaya cuaca baik2 je.. Thanks to ibu sebab banyak bagi perangsang n most of the preparation were prepared by ibu yeh.
itu Ibu saya.Given name,Pn Razita Ismail
huhu
Btw,ramai je yang macam tak confident sebab ingat aku hangat2 tahi ayam je bila aku bagitau nak panjat Kinabalu ni.Hahahaha..
Sebab yang tu je jadi kan aku lagi semangat.Thanks jugak ye semua !! very the terharu lah.hihi
Yup berbalik cerita sebelum nak berlepas tu,aku terlambat nak mandi sebenanye.
Ayah dah start bising.Last2 dah siap siap tapi tak touch up ape pun.
So, jadi la mayat hidup sekejap.


*beginilah ghupe nye minah yang kelam kabut pagi tu

So 2 jam perjalanan akhirnya sampailah kami di Sabah bah !
Maklumla..tk pernah sampai sane lagi kan. Perghak sikit la.hahaha
Lepas turun flight sempat follow kak diana ngan k.Azz singgah surau kejap.Around 4pm jugak la masa tu.
Huh,bole tak teringat nak solat jamak terus.Hahaha jadinye solat la Zuhur(padahal kat sana sejam lagi awal)Haihh liana liana...
Sempat2 je,nak turun escalator dorang sume dah panggil suruh naik van.
Eeee saba la sekejap.dengan beg gedabak tu lagi.Tak terhangkut lak aih.hihihi
Nasib baik sempat nyah..
Selamat satu hal...naik je van dapat pulak group yang kaki gelak.
Ape lah lagi daya ku untuk menahan and turut bergelak ketawa sampai la tertidur tak sampai 15 menit
Ni lah dia group yang aku tak sangka2 akhirnye sume kepenatan...



*kotak 1st-geng2 dalam van.U guys rock ! 2nd-ni la dia abg driver kami..beliau tersangat lah sporting sampai bila kiteorg nak mintak ambik gambar ni pon sempat memosing..Cayalahh Charles !

Okey,sesampai je dekat kaki bukit(even bukan macam kaki bukit)kiteorang semua check in bilik masing yang masa tu dalam keadaan hujan lagi..Tapi syukur,semua dah settle and bergerak utk dinner.Tapi satu hal nye,kena berjalan kaki dalam hujan2 tu jugak.
Jadi terpaksa la guna baju hujan yang aku dah siap pack untuk mendaki besok.Dush !
Yang best nye,semua gerak beramai-ramai dalam sibuk kehujanan tu.
Posing? for sure la my dear...gambar di fesbuk yerr

30 & 31 haribln

kebesokan harinye,bangun paling awal la...sebab.....
malam tu sejuk.so tk dapat nak nyenyak sangat tidur.ada tu sampai nak cramp pun ada.kesian kan?terpaksa la tetengah malam berurut.
Then pagi tu dengan doa yang diketuai oleh Ust Hadi,semua pendaki2 mula mendaki bermula jam sekitar 9/10 pagi..
Gementar pun ada jugak.Ada pulak suara2 yang suruk tarik diri awal2.Haishhh kacauuu
Alhamdulillah untuk 1st km aku berjaya & yang seterusnya dengan bantuan ahli2 group yang lain.Tenkiusomuchhh!
Dan akhirnya setelah berjam jam lamanya mendaki,sampailah jugak aku kat Tapak Laban Rata..
Yehuuu.
Mati2 la aku ingat kan dah sampai.Alih-alih after makan je kena continue baki perjalanan yang masih bersisa kat atas.HUH !
Mau nye tak rasa nak melalak kat bilik tu...
And,akhirnye kena share bilik yang sama dengan roomate yang sama..
Sama-sama tak dapat nak lelap mata.Dapat pun sekejap sangat sebab aura2 sejuk dah sampai tulang hitam rasenye..
Then start nak buat alarm pagi tu pukul 1 pagi.
Tapi dah terjaga sebab yang entah kenapa tetibe pulak perut macam masuk angin.
Yela,selera dah lari dalam penat2 pastu dengan tahan sejuk lagi.
Ohh tolongla.. nak menangis rasa.huhu.
Call ibu tapi tak angkat.haha maklumla pukul satu pagi.sape je yang terbangun nana oi
Eee rasa nak je call semua orang masa tu.Teramatlah sakit.
Nak pegi toilet pun habis gigil satu badan.hahaha
Seriously memang dugaan ! apepun,thanks roomate yang membantu pagi tu..kaki kena urut.ui sempat lagiiii.cik esan sempat supply air panas.hehe terharu kejap
Syukur sekali lagi bila tibe2 je rasa macam nak kuat semangat.
Ya Allah,alhamdulillah...Kalau tak kena tinggal lah aku kesorangan kat bawah.Lega makk
Habis segala minyak hangin aku bantai sapu.
Then kena start gerak pagi tu dengan patah balik tempat makan semalam untuk breakfast
Mak aiii tak jauh pulak tempat makan..
meraba jugak la dalam gelap kabus pagi tu
Bila sampai je dah ramai foreigner lain yang dah sampai lagi awal semata2 nak sambung mendaki.
Hujan pulak pagi tu so memang terpaksa tunggu la.


*masa menunggu sangat memeritkan.hehe

lastly nye dapat la jgak naik atas dalam pkul 4 pagi tu..tak dapat nak gambarkan mcamane sejuk nye rase..dalam gelap2 tula akhirnya sampai juga even kepayahan demi kesusahan dilalui sepanjang perjalanan.hahaha apekan daya tak dapat nak jejak sampai tagline disebabkan cuaca dah start buruk.Kabus pun dah tebal.Suhu pun makin tinggi.
Batu semakin licin.Glove dah abis lencun.Tak boleh nak grapped tali dah.

*Gigil giler time ni.Tapi puas hati!

Inilah dia Sayat2.yeayyyyyyyy
Akhirnya penantian berakhir.Masa nak turun ni gila kentang punya batu.hahaha..
Licin kott..Ok.aku terjatuh masa nak turun.Sakit2 pinggang tapi.............ada rahsie haha
Terimass to potter yang dah tolong angkut barang dagang aku dari bawah sampai naik atas then turun bawah balik..hehehe

1 haribln April

Masa nak balik dah..Sedih+happy=taknak balik !
last day dekat KK kteorg tidur dekat Palace Hotel
So pagi tu boleh la nak jenjalan sambil cuci mata...Orang kata pasar Filipine tu best.
Tapi panas sikit la.perubahan cuaca yang mendadak.Terkejut kulit mak !
dah pack in barang semua,sedar2 dah dalam flight..
Serius rindu nak datang lagi.hehehehe
Ape lagi..jom la datang sana ramai-ramai
TENGS~



















Thursday 24 March 2011

teringin

Salam 1 Malaysia semua !
Ha !! semalam kan,birthday my adik yang ke-3
16 taun dah nina yeh
hukhuk nama dia Nina.hadiah?
awal2 lagi dia pesan nak baju kurung.HAHA
ngarut.takde ke selain baju kurung nak mintak ui
takpe hope Nina always study hard n jangan banyak main sangat kat sana keh
duk dah la jauh,pakwe lak tak penah ada hahaha *ngee
sekarang bila dah makin besar/tua kan,so makin matang kann
harap2 bole jadi contoh kakak yang lagi better k kih3
baik2 eh,smuga panjang umur n murah rezeki



Sebena nye tetibe mcm teringin nak makan cekodok 
wakakaka entah menda la kau ni naa
hari ni seriously takde ape yang special
tapi still bersyukur sbab masih bernafas & dapat settle kan benda2 tertunggak nii
cuma nye lagi kelam kabut bila tetiba bnyak menda tak ter settle
huishh,
tula.bila ada masa tak reti nak buat
sedar2 memang tak terbuat
NAH ! kann
ape tak nye patut nye,surat tu memang dah kena submit at least seminggu yg lepas haha
semuanya terjadi bila ada yg menghasut ckp 'Takpe nana,lambat lagi kan nak hanta'
but now,alhamdulillah selesai sudah
tuggu next program yang lagi adventure
Doakan lah yee
29/3 sampai 1 April cik nana ni takde kat sini
bye bye semua...
nak pegi mana tu nanti2 la kte bagitau ek
insyaAllah bila semua dah okey,kte story2 balik
malam ni  private tuisyen dengan dua adik beradik tu
hope korang faham ape yg teacher ajar okey,ahak3
ok guys hve a good day Love u all






Tuesday 22 March 2011

Haru Hijau: hakikat

Haru Hijau: hakikat: "Assalamualaikum semua & Salam 1 Malaysia hihi hari ni 22 haribulan 11' cuma tinggal beberapa hari je lagi. for what? err ..."

hakikat


Assalamualaikum semua & Salam 1 Malaysia 

hihi
hari ni 22 haribulan 11'
cuma tinggal beberapa hari je lagi.
for what? err tggu jelah
EXCITED pn ada jejugak
segala ape pun tak prepare lagi nohh
serius.takot pun ada kengkadang
ape bole buat...
usaha doa tawakal
ni yang aku tunggu2 selama nii
so just wait n see yaa everyone
apepun doakan yg terbaik 
supaya semuanya tak sia sia
dan yg paling penting...kuatkan semangat !
gulpp2,
nanti akan di update sumenye ye
tunggu..Muahh


Tuesday 22 February 2011

Banjir

                                                            PANIK

Pernah dengar banjir kat apartment??
tu yang salu jadi kat umah sewa kteorang yang satu ni.
lpas satu,satu lagi jadi nye.puii.haha
entah mcamane tiba2 sink kat kitchen tesumbat.plus,si penyumbat mmg takde kat sini.
deyy susah betol umah pempuan bila bnyk bnda takde.
last last air naik ar ! mula2 sume geli la konon.


pastu ape lg...
nak taknak kena jgak la weh tolong sumbang tangan masing2 sebab nak gali yg dekat bawah tu.
euw,,cetek nye lah hai pikir kann
tapi air tak jugak reti nak surut.aih...
then sorang membe ni pegi try guna dawai besi.
sebab nak tggu penyelamat sampai memang lambat ah.
haha tiba2 tedengar air dah turun.TAPI kan...
"asal kuat sangat bunyik air tu weyh"tanya sorang mmber sbelah ni.
aku pun pelik tapi dalam kepelikan tu dah rase lega sikit sebab dapur tak banjir lagi !
kawan aku merangkap si tukang gali tadi tu mula teperasan somethin'
aku dah dgan muka poyo gila tanya la kenapa..
rupanye dia dah boleh nampak dapur orang bawah kot.HAH
ambik kauu..


dah tau kan ape yang jadi??
so sume merangka cerita supaya menjadi sesedap mungkin.
jadi,,bila tuan rumah bawah tanya kiteorg akan acting buat tak tau ape2.
ha sape suh datang lambat sangat??ey si penyelamat pun...
pas2 tu sume pucat tapi sempat lagi trun bawah minum2 sebab haus gila.penat lagi.
pengajarannye Jangan Nak Memandai2 eh kalo tak tau ape ape..

Sunday 20 February 2011

PICC Putrajaya


19 Feb 11, ni tarikh semalam dan disebabkan itu aku and da Geng ada attend satu program nih.Program tu dinamakan sbg RUC '11( REAL Undergraduate Conference 2011). Memang mula-mula tu pale otak asik pkir bosan je ann..Last2 memang bosan bila roomate dengan aku aku sekali terlewat bangun pagi tu.HAHA.Si leader tu padahal awal-awal lagi dah pesan.Siap anta SMS msg pagi petang,nak dekat tido pun anta lagi.....sampai la besok pagi nye...yang lebih kurang bunyik die camni "Besok sharp kol 7 kena ada kat kampus.Jangan lewat".huh.Pastu tu tau la ape yang jadi nye.Malam tu aku duk sibuk dengar lagu lah ape lahh..Member2 lain dengan fesbuk pun ada lagi ha..TIBA TIBA nye la kan loceng aku pegi kejut kan kul 6.30 pagi yeh !Tak beguling lak aku bila pegi check jam skali lagi kat membe sebelah(yang still tak sedar2 lagi masa tu).Hmm akhirnye masing masing berjaya siap dalam masa satu 1/2 jam je derr..SELAMAT sehh.


susu ni aku buat alas perut sementara abg van isap rokok.huh


Sesampai je kteorg sume kat sane dalam kol 8 lebih camtu en ada sorang uncle camera man ni.HUHU..aku suka tengok dia sebab...dia pegang kamera kot.Eee ada ke patut??Ehh bia lah.Ha ! uncle @ abang kamera tadi terus main snap picture kteorg start dari kaki melangkah keluar van sampai la selamat masuk kat entrance.Sejuk.Besar.1st impression aku bila turun escalator tu.Perut padahal lapar gila tapi nasib baik tadi minum susu kann.Tup tup rupanye ada breakfast untuk semua siswa siswi yang jadi peserta haritu.Aihh bole pulak aku terlupa yang ada makan makan.Nasik lemak yang superbb..


gelagat budak bangun lewat including ME


sambal die ni sumpa manis.sememangnya aku je hadap sebab membe2 sabah aku yang lain makan pedas kott,hehe
ni lah dia masa kat dalam hall.ramai sangat makhluk U from all over the countries.wah !
pedulikan pemandangan belakang. 1 Malaysia ooo

LOVE this part.mesti nyanyi dulu keh


macam takde motif je bila tengok dalam beg tu ada senarai benda ni.Tapi kan serius rindu nak baca ikrar+ lagu Negaraku macam kat perhimpunan sekolah dulu.hai..rindu rindu

baru suh nyanyi 1 lagu dah selesai lesap.Fuhh
Biasa la bila dah sampai part tengah je mesti ada yang mengadu mengantuk la ape la..
Tapi nye aku steady lagi lah kot(padahal dah patut pacak dua btg lidi kat mata tu haa..)

yang ni group baru.yang lain2 entah tecampak kat mana lah.
makhluk dari UPNM.entah macamne tiba tiba kena stay dalam 1 group







Aktiviti takde lah best mane.Yang ada cuma dengar kisah2 yg dorang pernah lalui.Paling best bila penganjur tu jemput Y.A.B Datin Paduka Sharifah Mazlina.Weeee..best lah dengar story2 dia.Lagi yg buat aku ternganga bila beliau pnye speaking yg berhabuk.Mane tak menganga nye,nak compare ngn BI aku yg tehegeh hegeh bagai.huk huk *okayy tu saje.malas nak menaip ngarut2 dah.ngantuk ! daaaa