Wednesday 2 October 2013

Berterabur

Assalamualaikum !

Ye semuanya. Tah apa-apa je tajuk begini. Sukar nak jumpa kat mana-mana blog mahupun surat khabar. Semuanya gara-gara blog hampeh ni. Kat blog ni je ko mampu nak dengar celoteh bising-bising tak berenti aku menaip walaupon aku kegersangan idea. but oh, itu hari aku ter mendaki. Apakah maksud 'ter' mendaki itu lianaaaaa. ter tu maksud dia, tak sengaja. lol tu pon tak tau ke wei

Sebab aku ter mendaki adalah kerana aku akan ke Gunung Kinabalu untuk kali ke-2 nya tahun depan(inshaaAllah) maka aku juga haruslah fit dari segi kekuatan fizikal mahupun mental ye tak. Kalau tidaaakkk mau nye tercungap-cungap masa ko naik besok.

 Acara mendaki kalini ke Bukit Tabur. Sekarang aku dah tau kenapa nama bukit tu dinamakan bukit Tabur. Dan aku yakin seyakin yakinnya bahawasanya kalian kat luar sana pon dah bosan agaknya turun naik bukit Tabur tu isn't it? so ko ingat kau hebat?no way maaannnn

Maknanya aku adalah orang paling terakhir yang merasa naik bukit Tabur tu sebab aku pernah dengar yang kat sana agak bahaya. Maka what people say, i have to admit because ive learnt from it. Bukan sebab terikut ikut tapi sebab aku dah rasakan betapa tak cool nya bila aku tak dapat kenikmatan mendaki kali ini sebab macam takde penghujung. gituu

Pastunye aku macam biasalah 2-3 hari after hiking tu serupa kaki tempang. Tak tahu ah aku kalau yang lain-lain tak setempang aku kahkahkah sebab aku selalu ter over disitu. Saja la konon nak orang kesian tapi betul wa cakap lu memang rasa nak menangis masa naik tangga dan turun tangga. Kalau boleh nak jumpa jalan mendatarrrrrr je. Tapi apekan daya, bentuk muka bumi kat Malaysia ni berbukit bukau--


# Macam biasa....mula-mula naik haruslah berzemangat waja untuk senyum depan kamera



#Aku rasa aku dipermainkan oleh pakcik ni sebab setiap kali aku tanya bila nak sampai, dia mesti akan cakap, sikitttttttttttttt je lagi. betul. hm sampai harini aku tak percaya dah haha



#orang lain pakai tudung sarung je kita ni kemain la sibuk dengan iron tudung bagai siap lilit wardina segala. 



#Dah kenapa engko sorang je lelaki kat situ oi. dasar.




#Hahahahaha adik aku punya keje la ni main ambik gambo orang mencangkung penat hahaha



#Dorang kata ini lah dia puncak bukit Tabur tu. tapi apepasal kena mendaki lagi tinggi dan lagi jauh dan lagiii curam? aku tak paham aaaa cemni kan



#HELLO jangan biarkan hidup anda diselubungi pokok dan batu...



#Guess what? aku dan batu takde beza. dua-dua menawan. opssss sorry sorry



#Nah, cantik bukan view dari atas ni? Cakap je mana umah korang. Kalau ko buat isyarat kecemasan SOS pon aku dapat la nengok kot. nengok kan ajela k



#Aku fikir 4x untuk duduk kat side batu tu tahu tak. Disebabkan batu-batu tu jugaklah jari jemari ni jadi kasar dan berdarah dan dan dan bercalar-balar ngeh ngeh ngeh



#Serius ini candid. aku tak pernah lagi tangkap gambar sambil tangan terangkat macam tu. tak cool do


#Hoi ko buat apa kat bawah sana tu oi !! aku syak ni mesti kerja adik aku tak pon ibu aku gi snap gambar terkial-kial aku dengan muka konpius macamtu. muahaha 


#Nasib la ada kawan2 sekerja ibu tolong itu hari. Dorang la yang tolong bagitahu mana tempat kaki nak kena pijak, mana yang tak licin, mana tempat nak berpaut tu sume ah. Thanks korang 




#Adik aku. Nina. Orang kata dia lagi fit dari aku. Memang pon. Aku dah tak secergas dulu. Tapi rasanya memang dari dulu pon aku tak cergas kahkahkah.


#Takde ke gambar cantik lain yang ko boleh snap kan untuk kakak ko ni nina wuoii




#Dari atas sini korang akan dapat nampak la apa yang korang tak pernah nampak. Contohnya full view UIA(atap biru) yang mana aku selalu imagine kan UIA tu boleh buat aku sesat kalau aku masuk ke dalam.. Hasilnya, ternyata besau k besau amats. 



#HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA no komen. benci ah sume orang nak tengok aku terkial-kial nak turun tu kenapaaaaaaa. jatuh saham mak

 K tu jela kot yang dapat aku ekspresi kan dalam pendakian aku kalini. Next week tu katanya nak mendaki Broga pulak. Tapi aku tak follow pon. Malas. hihihihi.