Friday 30 December 2011

Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam tahun baru. Tahun baru punya aktiviti ? duduk dalam bilik sambil download lagu yang agak agak sentimental dengan junk food yang berhampiran pun turut serta curik-curik dengar lagu walaupun tak faham satu butir apa. Housemate yang rata-rata junior ni memang suka balik awal sebab diorang macam tak betah bila dengar ada cuti yang lama ni.. Nak pulak next week ni dah start study week. Aku je dengan sorang lagi kawan yang setia stay je kat rumah walaupun dah di isytiharkan cuti. Tak patut tu tak la sangat sebab nak kata terlalu busy sangat-sangat pun ye jugak. Assignment pun macam suka je bila lecturer mintak masa-masa nak final besok. Best. Sebab tak tau nak buat yang mana satu dulu. Study ke esaimen dulu ke sebab dua-dua macam berebut-rebut nak aku duk usha je dorang ni. Entah la mana satu yang rasa berkenan tu ,rajin la aku usik dulu . Mana yang agak dah start pening tu memang awal-awal angkat tangan surrender dan mula beralih arah . Lagi satu hal bila masa macamni la nak paksa-paksa balik rumah. Bukan taknak balik tapi memang taknak lah senang cerita. Ha nak sangat aku cakap macamtu kan. Asal hujung minggu je dah tanya bila nak balik kenapa tak balik tak reti nak balik ke or ayat-ayat pedas yang selalu bagi aku panas dan diam. Bila dah cakap ada kerja yang nak kena settle mula la tak percaya tapi bila aku tak cakap ha mula la olah cerita yang bukan bukan. Senang betul kalau jadi pengarah ke penulis skrip ke sebab boleh agak apa orang nak cakap. Padahal bukan la sebulan ke tak jenguk rumah. Seminggu yang macam tak cukup tu je pun dah bebel. Nasib la tak blaja kat Penang ke Terengganu ke Surabaya ke. Kalau tak jenuh la nak balik tiap-tiap minggu. Huh mula dah takde modal nak cerita. Tertutup semua pintu idea bila geram campur mengantuk plus rasa nak kunyah-kunyah je skrin ni sebab geram yang tersangat. Hehe dalam tidur nanti harap-harap la dapat mimpi yang lawak-lawak walaupun dapat gelak dalam alam mimpi je. So sad.