Tuesday 3 January 2012

Final makin dekat. Buku makin jauh

Untuk entry kali ni memang nak main redah je sebab nya lihat lah sendiri tajuk di atas yang sememangnya dialami oleh sebahagian manusia yang masih bergelar student . Nak-nak lagi yang nama nya Liana. eh macam nama aku kan. Tak kisah la yang penting exam area kali ni sangat kelam kabut atas sebab kemalasan berganda ditambah pulak dengan assignment berganda-ganda yang entah bila baru boleh mencapai angka kosong jumlahnya. Taknak la bebel banyak-banyak tapi nak jugak lah sebab harini merupakan hari yang sedikit membosankan walaupun baru lepas makan. Takde kena mengena pun pasal makan tapi bila mengenangkan hari-hari mendung kat luar sama macam aku yang agak mendung sebab tak berapa nak baik kesihatannya kebelakangan ni. Mood pun jadi lain so kalau nampak lain tu jangan nak tegur sangat la kan. Saje nak poyo sikit harini bila tengok keadaan bilik gelap gelita entah bila hujan panas pagi petang sampai la jadi gelap balik semula pun tak perasan. Nak kata takde tingkap, ada je lagipun langsir tu memang dikhaskan untuk cover orang luar nampak keadaan huru hara kat dalam. huh selamat. Walau apa pun yang terjadi kat luar sana, kita yang makin menginjak dewasa ni haruslah makin matang bukan sahaja dari segi fizikal tapi metaliti pun kena fikir positif dengan yang sesuai sebagai seorang yang makin dewasa dan bergaya seperti aku.Hehehe. Nak kekal menjadi orang yang positif dan berfikir ke depan memang la payah nak lagi orang macam aku tapi tu tak mustahil sekiranya ada semangat yang kuat dan comel macam aku lagi ha kan. Seterusnya inilah masa nak wish untuk sahabat-sahabat yang sama macam aku akan menduduki final bermula 9 Jun ni, Selamat menjawab soalan-soalan yang insyaAllah senang tu dengan mudah. Kalau tak tau jangan tanya aku so sila lah tanya diri sendiri kenapa jauh kan buku bila nak dekat exam ni sepertimana aku tengah buat sekarang ni. Semoga dipermudah kan segala urusan menjelang peperiksaan yang makin hampir ni. Jaga lah kesihatan. Jangan merempit. Sekian. Sayangi diri anda sebelum menyayangi orang lain . Daaa Assalamualaikum !

Selamat membaca !