Sunday 29 January 2012

hari bersama ABC

Hai Assalamualaikum

Pagi pagi sebegini elok kita membebel seketika bagi menghilangkan bosan serta rasa mengantuk yang tak pernah cukup tu. Kerja rumah ? sudah aku kasi settle itu awal lagi tau. Mandi ? hello, takkan la pokok tu je pandai aku siramkan.. aku pun haruslah pandai mandi juge ye tak. Selesai itu ini, aku pun dengan muka tegar nye membelek belek kamera yang dah bertukar jadi kelabu debu ni. Then baru terperasan ada moment yang terlupa nak share sekali. Itu hari aku ada la cabut pergi balik kampung sekejap. Tak jauh pun okey, Bentong Pahang saje. Tu pun malam nye kiteorang pulang balik ke KL semula sebab banyak komitmen disini. Tak banyak yang kami buat kat sana cuma nya ayahanda aku tu tiba tiba teringin nak makan ikan sungai pulak. Ok dak laki semua berangkat ke sungai dan kami yang wanita ini tak ingin turut serta. Sebab ada agenda tersendiri. Hehehe takde lah sebab lain pun, hang out dengan my cousin and my ibunda saja. Kami bertiga pada mulanya ingin membeli barang keperluan yang agak panjang untuk disenaraikan semuanya tu, tetapi mula bertukar fikiran segera kerana perut mula mengatakan lapar pada masa tu. Padahal memang niat tu nak makan mula mula sekali. Tapi tula, dah selesai makan ape semua baru lah kiteorang cari barang sikit. Dah penat, balik. Eh baru aku teringat yang entri ni takde kena mengena pun dengan title yang dah lama bertepek kat atas tu. Sekarang baru nak masuk cerita sebenar. Apo la liana raif ni. After hantar barang barang ke rumah , aku dan sepupu yang di panggil ucu ni pun keluar semula. Ibu nak tengok hindustan katanya so dia tinggal sorang kat rumah. Kami dengan gagah nya berjalan jalan mencari apa yang nak di cari la of course. So bila agak agak dah penat bercampur paling penat, aku pun ajak ucu singgah makan abc dekat area bandar bentong tu. Tak ingat apa nama kedai tu. Memang khas jual yang manis manis je tau. Nasi ayam sume memang takdo lah kat sana. Yang anda boleh buat pesanan cuma abc, cendol or aiskrim. Kedai cina tapi pekerja nya melayu. Tinggal nak letak ane yang buat teh tarik je pastu lengkap lah 1 Malaysia. kan kan kan. Dijamin halal la sebab ape aku pun tak tau tapi dah yakin habis dah. Ramai je orang melayu makan kat sini apa. Ibu pernah bawak makan sini sebab ni kedai kawan sekolah dia katanya. So, let's cekidaut gambar abc aku ni. Nanti boleh la singgah ok !

# Ni lah dia abc yang aku gembar gemburkan tu. Jangan terkejut sebab sekali sampai order dia, korang akan ingat makcik ni salah hantar tapi memang ini lah rupa abc dia. Banyak cendol dari segalanya. Tak kira lagi ahli ahli sebalik cendol yang kat bawak tu. Banyak kacang uols ! peh

# Ha betul kan apa aku beritahu tadi. Banyak tak bahan bahan kat bawah tu. Meriah kan ? Ha kalau nak tau apa rasa dia, mai lah Bentong. Tak jauh, setakat setengah jam tu insyaAllah sampai. Sedap ouh !

# Ni ha dia ucu sayaa. Apa hangin dia tah sampai taknak orang ambil gambar dia kalini. So jangan tertipu. Lebih kurang satu kepala dengan aku je. Satu uitm S.Alam kenal dah dia ni :))

# Muka aku yang bajet bajet segar selepas dapat abc kali ni. Eh eh lupa pulak , abc ni Ucu yang belanja tau. Haha thanks a lot ucu. Pasni belanja lagi ok !