Tuesday 24 January 2012

Cuti yang berderet

Assalamualaikum ya ahli blog sekalian dan pembaca beramai2 kat sana tu..( ye je ramai padahal ) Mau ambik masa dua hari duk menaip untuk blog je ni..Yela kan dah lama tak jenguk apetah lagi singgah start dari awal final haritu lagi. Apapun aku memang dah ternganga nak cerita pasal ape sekarang ni.Elok la bila dah petang-petang macamni kita berbebel macam takde siapa nak kisah sebab korang baca je kan. So, takpe sangat kan. Ok lah kan. Ha rupenye kan after habis je paper final haritu, berduyun dayan kemain orang ajak keluar bersama la...gathering la..runion la which is reunion actually, and of course aku lebih selesa memilih hanya duduk dirumah dan melayan perasaan yang remuk bagai tak sudah ni dengan membuat kerja-kerja amal macam jaga anak kucen tu ke...memasak? why not uolss.. haha kemas-kemas tu dah agak sebati dengan kudrat 4 kerat aku ni ha. So insyaAllah takde masalah ngan semua tu cuma aku terfikir, adakah aku dapat bertahan dengan 5 minggu yang aku rasa macam tak berapa nak luak lagi ni.. Nak je cari mana-mana part time yang sengal sangat nak amik aku keje ngan dorang tapi bila fikir balik baik aku makan rehat je kat rumah. Duit pun dapat. Tenaga pun terselamat. Masalah pun agak kurang and risiko untuk bangun awal pun jauhhhh sangat. haha tapi tahukan anda bahawa otak kita yang selalu berfikir benda remeh ni akan lebih lemah bila kita memperbanyakkan tidur ? Malah, kalau kita bangun awal pagi tu kan lagi senang rezeki nak masuk.. Jadi renungkan lah ye. Ha tau tak haritu aku baru je balik dari Sepang ? Ye, hometown untuk bakal anak-anak aku kelak. So bila diaorang tanya (huh.diorang?), kampung kiteorang kat mane eh ibu,aku pun laju je cakap kat SEPANG la budak budakk. hey jauh nye terlamun. hehe tu baru anak, belum lain-lain lagi.. ok stop cerita tu tapi yang pasti even cuti kalini takde la lama mana yang penting happening sangat. Sebagai anak yang tak berapa nak rajin aku cuma dapat berehat dan tidur terlebih jela kat sana memandang kan cuaca kat luar agak hot. Bahang terasa tapi best ohh tidur nak pulak kalau dah terperap dalam bilik tu serius tak dapat nak dengar pekikan kat luar walau ribut macamane sekalipun. Bajet macam kedap bunyi je kan tapi tulaa.. Tapi yang paling tak best bila tiba bab nak connect internet. Paling aku hairan, apesal la line broadband maxis yang ala-ala canggih tu takde kat sana. Memang bertambah panas la keadaan dalam rumah tu. Keadaan akan kembali sejuk sikit bila aku dah start karaoke. Hehehe lagu pape entah yang jadi santapan aku haritu. Tak cukup petang kami menyambung perjuangan pula pada waktu malamnye selepas solat isyak malam tu. Agak haru jugak la malam tu kalau tak, takkan la dak laki sanggup lepak luar rumah and tinggal kan si tv cakap sorang. Ibu ayah lagi la, elok je duk lepak kat tepi jeti sambil menikmati nasik ayam. Tau-tau je dah penat kami keluar tapi takde orang. Weee bestnyeee.Haha tapi tu jela nak share . Lain kali kita pergi samasama nak tak? boleh bakar-bakar ayam ke, kerbau ke ikan duyung ke. Ala laut dekat je tak jauh boleh naik bot. Serius dol.Aku jalan kaki je kalau dah rasa poyo sangat duk umah then kenderaan sume dah suka bergerak sendiri. Tapi tak jauh la.Boleh la setakat nak bakar lemak yang lebih-lebih tu. So welcome to Sepang !