Wednesday 25 January 2012

Cuti yang macam tak luak

Assalamualaikum ya ahli blog sekalian dan pembaca beramai2 kat sana tu..( ye je ramai padahal )


Sudah hampir dua hari aku cuba mengepost sesuatu kat blog hijau ni tapi entah mengapa ya, tetap tak menjadi. Mau ambik masa dua hari duk menaip untuk blog je ni..Yela kan dah lama tak jenguk apetah lagi singgah start dari awal final haritu lagi. Apapun aku memang dah ternganga nak cerita pasal ape sekarang ni.Elok la bila dah memalam macamni kita berbebel macam takde siapa nak kisah sebab korang baca je kan. So, takpe sangat kan. Ok lah kan. Ha rupenye kan after habis je paper final haritu, berduyun dayan kemain orang ajak keluar bersama la...gathering la..runion la which is reunion actually, and of course aku lebih selesa memilih hanya duduk dirumah dan melayan perasaan yang remuk bagai tak sudah ni dengan membuat kerja-kerja amal macam jaga anak kucen tu ke...memasak? why not uolss.. haha kemas-kemas tu dah agak sebati dengan kederat 4 kerat aku ni. So insyaAllah takde masalah ngan semua tu cuma aku terfikir, adakah aku dapat bertahan dengan 5 minggu yang aku rasa macam tak berapa nak luak lagi ni.. Nak je cari mana-mana part time yang sengal sangat nak amik aku keje ngan dorang tapi bila fikir balik baik aku makan rehat je kat rumah. Duit pun dapat. Tenaga pun terselamat. Masalah pun agak kurang and risiko untuk bangun awal pun jauhhhh sangat. haha tapi tahukan anda bahawa otak kita yang selalu berfikir benda remeh ni akan lebih lemah bila kita memperbanyakkan tidur ? Malah, kalau kita bangun awal pagi tu kan lagi senang rezeki nak masuk.. Jadi renungkan lah ye.

Ha tau tak haritu aku baru je balik dari Sepang ? Ye, hometown untuk bakal anak-anak aku kelak. So bila diaorang tanya (huh.diorang?), kampung kiteorang kat mane eh ibu,aku pun laju je cakap kat SEPANG. hey jauh nye terlamun. hehe tu baru pasal anak, belum lain-lain lagi.. ok stop cerita tu tapi yang pasti even cuti kalini takde la lama mana yang penting happening sangat. Sebagai anak yang tak berapa nak rajin aku cuma dapat berehat dan tidur terlebih jela kat sana memandang kan cuaca kat luar agak hot. Bahang terasa tapi best ohh tidur nak pulak kalau dah terperap dalam bilik tu serius tak dapat nak dengar pekikan kat luar walau ribut macamane sekalipun. Bajet macam kedap bunyi je kan tapi tulaa.. Tapi yang paling tak best bila tiba bab nak connect internet. Paling aku hairan, apesal la line broadband maxis yang ala-ala laju gila tu takde kat sana. Memang bertambah panas la keadaan dalam rumah tu. Keadaan akan kembali sejuk sikit bila aku dah start karaoke. Hehehe lagu pape entah yang jadi santapan aku haritu. Tak cukup petang kami menyambung perjuangan pula pada waktu malamnye usai solat isyak. Agak haru jugak la malam tu kalau tak, takkan la dak laki sanggup lepak luar rumah and tinggal kan si tv cakap sorang. Ibu ayah lagi hebat, elok je duk lepak kat tepi jeti sambil menikmati nasik ayam.

Tau-tau je dah penat kami keluar tapi takde orang. Weee bestnyeee.Haha tapi tu jela nak share . Lain kali kita pergi sama sama nak tak? boleh bakar-bakar ayam ke, kerbau ke ikan duyung ke. Ala laut dekat je tak jauh boleh naik bot. Serius dol.Aku jalan kaki je kalau dah rasa poyo sangat duk umah then kenderaan sume dah suka bergerak sendiri. Tapi tak jauh la.Boleh la setakat nak bakar lemak yang lebih-lebih tu. So welcome to Sepang !


# ni dia 1st gambar yang aku snap masa mula mula sampai, Eh ni bukan sebarang motor tau ! ala ala scooter camtu. kat KL takde lagi uolls. Masih fresh. Famous tau kat pantai pantai tu


# Entah kenapa bonsai ni jugak jadi habuan kamera aku hari tu. Nasib lah kau. Semoga membesar dengan sihat ye !


# Eh kat Pantai Sepang dah ada space yang max untuk kenderaan tau. Bas pun boleh je ha nak redah. kalau setakat 10biji tu memang serius takde hal la.


# Lihatlah katil ku yang sering menjadi mangsa dudukan manusia yang keluar masuk bilik kami. Sampai tegolek tonggeng jugak la kura kura aku dibuatnya. fedap


# Pengajaran untuk bilik anak dara or sesape jelah ye, lepas ni sila jangan biarkan pintu bilik anda terbuka seluas nya and kalau tak akan jadi macamni. Kan kura kura dah marah tu.

# Ibu saya yang rajin. Im not. alasan paling kukuh, kat luar panas sangat.


# Ayah pun ape kurang nya, membantu segala apa yang patut. Cool je kan ?


# Inilah kerja tetap kami selama berada di sini. Memang tak dinafikan susah betul nak ajak dak lelaki bedua tu masuk sekali dalam gambar tau. Sekali sekala jela boleh harap. Tengok jela muka pun tak rela habis dah tu.

Guys, gambar dekat tepi tepi pantai gitu aku tak sempat nak serbu lah. So, if ada peluang lagi aku snap kan gambar yang terbanyak lagi menyemakkan kepala otak anda ye. Memang sangat cantik tempat nye kalau malas nak percaya lagi sila lah singgah yeh. Nantikan jela ok. Sekian. Wachaa !