Wednesday 8 February 2012

Kisah aku yang aku tak pernah kesah

Assalamualaikum selamat malam sayang

Apehal dengan title aku malam ni sebenarnya kan ? Aku sendiri pun tak pasti but i have to make sure this entry will be an awesome as i am. Disebabkan dah lama aku tak menaip panjang panjang begini so lebih elok lah malam cenggini aku cerita kan kes hidup gembira lara aku selama ni. Tapi takde la dari A sampai ke Zee aku nak cerita nye pun. Cuma ada la sikit yang aku agak terasa nak share harini. Pasal aku semuanya tak lah tapi tentang aku tu banyak la, 'Dia' tu refer kepada orang yang pernah aku jumpa dan tak semestinya 'istimewa' cuma pernah menjadi antara yang terpenting satu masa dulu. hehe kali ni babak serius ada lah sikit cuma taknak la nampak sedih dan menghampakan sangat at the end nanti. uiceh nampak serius betul kan?

Masa dulu dulu

Aku yang dulu memang tak reti nak suka orang. Garang tu apetah lagi. Memang asyik nak begaduh je bila orang mula kacau. Budak budak kan, biasa la suka je sakat pempuan ni nak pulak kalau yang asyik nak marahh je. Like me oso la uolss. Setakat nama nama garang ditambah lagi imaginasi yang menakutkan memang teserlah dapat kat aku lah jawap nye beb. Kalau tak caya, sesape pun jela yang baru kenal ke, dah lama kenal lagi la kan...memang straight forward panggil aku dengan nama nama yang aku rasa tak asing lagi untuk aku ni. Contohnya macam nenek ke,makcik tu biasa sangat dah, ha ahli sihir pun ada tauu, tak dengar lagi gelaran2 macam kat hutan rimba tu pun ada ok. Harimau betina ? Singa terlepas ? omaigad terlalu panjang jika nak disenaraikan di sini satu persatu ye. Memang susah nak dekat tapi bab touching tesentap ni memang nombo satu. Tak silap lagi, orang akan cari nama aku dulu kalau diminta untuk vote siapa yang paling selalu sangat tersentuh hati . Nak prevent dari perasaan emosi yang melampau ni agak payah bagi aku satu masa dulu. Mungkin sebab keadaan semasa tak begitu memuaskan or sebab environment yang tak bagus so ia memberi effect yang kuat kepada aku yang tak begitu kuat mase tu. Tapi tu aku masa dulu kawan :)

Aku pada hari ini

Aku seorang penuntut jurusan Diploma in Business Studies. Tak gempak tapi bagi aku selagi seseorang tu mampu buat yang dia termampu dengan sebaiknya , itu adalah yang terhebat bagi nya. Entah falsafah mane aku guna pun aku tak tahu tapi tu je yang aku terfikir kan sekarang ni. Aku dari dulu memang berniat bermimpi berfikir bersungguh nak jadi seorang pensyarah satu hari kelak. Memang harap sangat jadi kenyataan supaya aku tak biar minda aku terus bermimpi. Aku hari ni banyak memikirkan hal remeh berbanding perkara penting yang patut diutamakan. Ya dalam erti kata lain banyak buang masa tapi kadang kadang best jugak bila kita tak sedar kita tengah mengelamun. Macam ada kat alam lain. Haha tak best lah sebab tak real. Aku yang ada pada hari ini tak pandai selindung tapi banyak pendam semua yang aku rasa nak simpan. Bukan taknak share tapi takut tak sesuai dengan jiwa pendengar. Tak semua orang selesa dengar luahan kita yang entah pape ni apetah lagi kalau berkaitan dengan perasaan. Ha kan dah emosi lagi. Sekarang ni aku dah pandai emosi lebih lebih tanpa memikirkan kesan nya. Tapi aku tau semua tu tak lama cuma aku yang rasa terbeban sebab asyik fikir je. Let gone be by gone sayang. Aku rasa tak lama lagi aku boleh bangun dengan sendiri walaupun aku cuma seorang. Tapi aku ada kawan kawan. :)

Kisah Dia


Tak tahu nak cakap. Dia tu siapa pun aku tak tau la. Dia pernah menjadi orang yang penting untuk aku satu masa dulu. Tapi tu dulu. Masa bahagia, suka , aman n syukur sangat sangat. Tapi tu dah lama dulu.. Sekarang cerita ni dah boleh masuk muzium sebab dah jadi ape entah aku pun tak reti nak habaq mai. Aku sayang dia. Dia mungkin pernah sayang aku juga. Kami saling kenal sebab apa pun aku tak ingat. Kenapa aku suka kat dia pun aku dah tak ingat sebab apa. Dan yang paling penting aku berharap satu hari nanti muka dia pun aku boleh buat tak ingat sebab memang taknak ingat ape lagi dah. Macam kecewa sangat gila gempak kan ? Tapi memang lebih dari tu lagi aku dah rasa tapi tak best la nak story semua. Nama dia pun aku rasa dah lupa hehehe sorry la dia memang tak baca pun blog blog macam aku ni. Rasa nya dia pun dah lupa pasal aku tapi ok lah tu at least aku tau dia memang sangat hebat sebab pernah buat aku fall with him. Sampai hari ni aku pun tak tahu kenapa aku sayang dia. Eh sayang ke ?? haha tak perlu nak cerita tu semua. Dia memang seorang yang hebat dan aku tak mampu nak tengok dia go on dengan orang lain so please jangan buat buat ter lalu lalang depan mata i okey sebab i takkan datang or tengok dekat uolss dah. Yelah sangat padahal tak sampai 5 saat lepastu mula la meleleh air hujan.Choi sangat. Ini memang pengakuan tak bertauliah dari aku dan aku harap ni yang terakhir kali aku akan buat entry yang berupa ini lagi. Eh aku cakap apa pun aku sendiri tak paham dah so goodday everyone !