Tuesday 13 December 2011

Alkisah si kurus

Assalamualaikum semua,

Selalu orang komplen, bila si kurus nak jadi gemuk. Yang agak berisi tu pulak mula la mengade nak kurus ha.Kesimpulan nya manusia memang dilahirkan dengan sifat tak cukup yang melambak. Tak cukup dengan itu, dia nak yang ini. Bila takde, lagi la meronta nak jugak. Macam mane tu ? Takde siapa pun nak jawab kan . Terpaksa lah korang fikir jawapan tu sampai besok. Lusa ke. Tak pun semalam. Susah sangat takyah fikir terus. Senang kan hidup ?

Paling yang aku sangat hairan sekarang ramai yang menegur,
"weh weh..Liana kau ni dah kurus ni kenapa? frust keww.. " hah ? aku nak frust2 ni dah kenapa.steady kot ! haiyoii.
bila balik kampung pun ramai jugak suara2 yang rajin dan caring mengambil berat dan mula bertanya. Aku pun sekadar berbasa-basi menjawab seadanya. Apa yang perlu, aku beritahu. Selebihnya pendam biar sampai lumat. Lumut pun tak macamtu tau.

Tadi baru teringat nak belek2 nostalgia lama. Maksud nostalgia kat sini lebih kepada duk usha gambar2 lama jela. Maksud lain, memang takde. Banyak gambar dolu-dolu aku yang agak sihat tu tersengih je. Em..mungkin tengah happy. Btw, sekarang pun happy jugak. Cuma .... ah lupakan. Beza sedikit dengan aku yang sekarang ni. Dulu ada la jugak pipi kembung terletak kat situ ha.. Sekarang ni memang tulang jela. Orang kata ape, cengkung ? ha lebih kurang sama la jugak. Ape aku kisah. Tapi,memang aku agak kisah la. Sape tak kisah bila ramai cakap pastu duk komen benda yang sama je. Bukan kebetulan dah tu kawan.

Kesimpulannya, sila lah makan dengan banyak dan banyak nya untuk mendapat kan berat badan yang ideal lagi menawan. Huhu. Ok gurau. At least takde la sampai nampak tulang pipi aku. Takde sape nak dekat kot ! huh.
Chauuu semua