Monday 9 July 2012

Dimana mana ada KUCING

Assalamualaikum semua :)

Hai kali ni aku tak banyak becerita sangat.
Kerana nya aku amat gigih sebentar tadi untuk menyiapkan satu video ni sahaja.
Entah apa yang lama sangat tah sampai kan nak buat video yang remeh ni pon kemain fokus gila.
Tapi takpe, seperti yang aku gembar gemburkan kat dalam twitter tadi bahawasanya this is my first trial.
So nak tak nak memang korang kena jugak ah keep on view video aku ni.
Lain kali bila dah pandai sikit lagi aku buat banyak banyak sampai semua orang temuntah warna warni okayy.

Kisah dalam video ni berkenaan pasal kucing-kucing aku.
Bukan nya kucing mahal tu,semua stok yang datang rumah, lepastu dah tersuka dekat orang dalam rumah tu then stay terus kat rumah aku tu.
Haa nampak tak?
Kami memang suka kan kucing. Terutama sekali ibu.
Ibu adalah orang yang bukan sahaja suka kan kucing malah dia membuktikan yang beliau memang sayangkan kucing-kucing tu.
Buktinya, ibu la yang beli kan makanan dorang, pasir untuk mereka melabur, dan sebagainya lagi lah.

Jadi aku dedicate kan video yang amat selekeh sekali ni untuk kucing aku yang baru saja pergi minggu lalu.
Disebabkan kejadian itu, ibu dan adik aku pon dengan gagah nya menelefon aku pagi subuh-subuh lagi untuk menceritakan kejadian pilu tersebut.
Jom aku nak tunjuk video kucing-kucing bertuah aku ni..
TAPI ni belum semuanya lagi tau !
masih ada banyak lagi yang tak dapat dimuatkan sebab dah hilang.
Mari kita selami kisah kucing aku ni :)




BUT kawan kawan, video ni  jadi tah pape sikit bila dah upload kat blog ni.
So mintak maaf la kat mana-mana subtitle yang tercepat and yang tak berapa nampak tu
Terimakasih and Assalamualaikum :)