Friday 6 April 2012

Menghilang ke Lenggong, Perak

Assalamualaikum everybodeyhhhh

First of all aku pun tak mengerti kenapa lama sudah tidak ku update sebarang berita dari sini. Busy? wahahh mungkin tak. Kihkih tak mengapa, aku pun tak mempunyai mood yang banyak jugak untuk menaip segala hal lately ni. Oh ye, haritu aku menghilang hampir seminggu semata mata untuk ke Lenggong, Perak. Ya Allah, amazing sangat aku kat sana uolss. Aku menjadi fasilitator terhormat di sana bersama rakan rakan ohsem yang lain. Berbekalkan ape yang patut, aku pun melangkah dengan bahagia nya tanpa memikirkan ape yang bakal ku lalui di sana. Ala chill la liana, orang masuk hutan, kita pun masuk la jugak.Orang berkayak, kita pun ok je. See ? senang kan jadi fasi ni. Tapi aku suka bab bab adventure yang sememangnya memerlukan stamina dan juga mental yang kuat untuk settle menda ni semua. Yang penting, kat sana ada hutan, banyak pokok, ada sungai keliling, kehijauan pun mula teserlah. Itu yang dalam kotak fikiran aku sepanjang perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam itu.

Sebelum tu kan, korang perasan tak yang ayat aku panjang panjang bejela atas ni penuh dengan ayat yang begitu tatatertib? Aku pun baru perasan yang cikgu karangan aku masa kat sekolah dulu mesti bangga bila tengok anak murid dia skema sebegini rupa.ohmaaii takmahuuuu. Mesti semua orang tertanya tanya kan macamane la aku duk teperuk dalam hutan tu padahal korang tak tau yang aku kat sana paling heaven sekali bila jadual makan je 6 kali sehari. Malam malam boleh pekena spageti bagai lagi. Paling best walau lambat mane sekalipun aku gerak ke dewan makan, part untuk aku mesti ada tinggal punyee.Yang tu memang best. Hari hari menu bertukar macam power rangers gituu. Tapi aku sering lapar macam singa yang takcukup makan. Banyak mana pun aku makan mesti berat macamtu juge. Orang lain pulak yang naik berat. Wahaha ni boleh main transfer transfer pulak erk. Canggih betol perut aku ni.

Apepon gambar terlebih lebih kat fasi je. Peserta punya muka sengaja di hide kan sebab ni kan blog aku. hehee maaf ye ! Aku sememangnya begini. Mari la tengok aku yang makin memberat di Lenggong ! tumpang laluu..

# Ni group aku yang cool bebeyhh. Dorang sporting & amat caring terhadap aku. Thanks to uolss

# Oh ye, ni dia kumpulan fasi fasi yang hebat. Kan ?

# Mula mula aku yang semangat nak berkayak tapi tetiba kena turn record gamba pulerss. Hamek kauu duk atas bot lah jawabnyaa

# Ha bahagia tak bahagia takk. Kalau nak tau, ni la sungai Perak

# Paintball timee ! Kak Atie & LRygbaikhati di situ.


# Lihatlah kawan, 1st day dah balun macam macam. tu belum minum petang, makan malam dengan supper ++

# Memang kami tak banyak sangat kerja so ni je yang mampu dilakukan.

# Tapi aku hangin sebab aku yang paling busy setakat ni sebab kena key in all the data after each of the program. Tak cuti la aku nampaknya.Mintak maaf la kalau terpaksa kena kensel janji last minit. Wa tak dapat nak elak bro.

# Sesi bersama peserta. Aku jadi pak sanggup kejap. Thanks la sebab kena kan aku eh.

# Besok nak masuk hutan ni. So kena pandai baca kompas betul betul. Tak pandai, memang tak keluar dari hutan la jawabnyerr

# Setakat yang ni boleh so so lagi la. Tak tengok kat tepi tebing ladang sawit lagi. Hutan yang amatss. Thanks hijau, selamatkan pemandangan aku.

# No wonder la keje aku asik online memanjang.

# Bukan gambar ni yang jadi persoalan. Cuma aku nak bajet sikit suh uols tengok tangan aku yang kelingking satu tu. Terluka petang tadi disebabkan tertusuk duri. Darah pun mula membuak keluar. Ha karangan tak ayat aku ? Tapi sekarang luka nya dah okey.


Setakat ni tu je yang sempat aku gembar gembur kan. Yang lain lain tak sempat nak copy dari memory card dek kerana gambar berjela jela. Alhamdulillah, sepanjang kami kat sana semua boleh dikatakan bergerak lancar. Even ada some part yang rasa macam nak bagi hangat je tapi last last boleh jugak handle. By the way uols,thanks sebab sudi dengar cerita aku harini. Luka tangan pun nak cerita kan ? apelah aku ni. Biarkan jela, aku kan suka bajet bajet gitu. Okay, nak siapkan key in data dulu then baru buat esaimen yang tertangguh. Okay tak camtu ? Mata aku pun dah berpinar je ni sebab spek asik duk atas tu dari tadi. So i got to go la yeh. Chiauu :))