Tuesday 24 April 2012

Sunyi

Hai hai. hoi. okay lah, Assalamualaikum..

Selesai je telan semangkuk megi, mula lah terasa bosan dan sebagainya. Padahal kain menggunung tak berlipat, notes banyak lagi tak review, aku pulak yang melebih lebih konon macam takde benda yang nak di isikan. Tapi aku tengok sekeliling macam semua bapak bajet gila membusy kan diri. Ada yang menjahit lah, ada yang discussing lah, eh eh mulut terkumat kamit menghafal nota untuk test diorang besok pon ada tau ! Aneh nye mereka malam ni. Takde orang nak layan aku nampaknya. So aku sengaja mengeluarkan buku cerita yang korang tak payah tau tajuknya. Tapi faham faham la kan, memang aku suka buat dia tertunggu untuk aku membacanya. Tengok lah kalau kalau aku free ke nak tidur kejap lagi, aku try la selak selak sikit untuk tidak berat sebelah.

Sejak bila aku pandai berasa sunyi ni yeh. Jap nak fikir. Kejap boleh tak. Aku dah jammed gila ni tak mampu nak fikir ape ape dah. Wahh poyo habis dengan bajet dan tak siuman sikit di situ . Bukan ape, bila aku dah mula teringat nak menaip sesuatu ni maksudnya aku bosan sangat. So bila bosan kita pon tak tau nak start dari mana. So nye lagi, aku pon mula la update bukan bukan dekat fb bagai. Semua yang aku terlintas dalam hati terus ku update. Hebat tak ? Ha kau ada ?? takde, sila diamm. Sebenarnya aku nak bagitau satu dunia yang aku sunyi. Tu je lah. Sunyi sebab aku rasa sunyi. Kemudian, emosi juga tidak berapa nak balance dikala ini. Jadinya lebih baik orang sekeliling mula berhati hati dengan aku sebab kadang kadang aku macam okay, kadang kadang macam terlebih ketawa pon ada. Kadang tu macam nak bagi penumbuk kat orang yang lalu kat sebelah je pon ada. Haih? So i cannot tolong you lah kan ! Bila begini, aku mula menjinakkan diri dengan mendengar lagu yang agak agak jiwang tapi tak berapa nak layan sangat. Dapat tak ape yang aku cuba maksudkan ? Tak sebenarnya aku konon konon cool padahal nak tahan ngantuk yang melampau dari pagi tadi. 

Kenapa aku sunyi eh malam ni ? Oh ye, sebab aku tak tau nak bukak cerita apa kat tv tu so memandang kan semua orang takmahu layan aku lebih baik aku melayan diri dan memanjakan diri dengan memakai masker or bedak sejuk or whatever. Kan senang kan ? Sekarang pon aku dah pandai layan air 100 plus tau. Hey jangan tak tau k, sebelom ni i tak minum apetah lagi melayan sebarang bentuk air yang berupa dan bernama 100 plus tu. Tapi sekarang, tidak lagi. Sebabnya ? mungkin sebab free kot. Haha okay tak. Sebab gelas ni cantik lagi comel. Oh ye takde kena mengena. So ape kata kita sambung baca membaca ni. Ada jugak pekdahnya dari menaip tak tentu hala ni. Sekarang tak rasa bosan dah sebab menguap lebih mengatasi segala galanya. Harap harap la besok tak bosan begini lagi. Harap harap juga besok aku ada semangat nak buat segala assignment. ( padahal susah benor nak bukak buku bila kat rumah ni apotah lagi esaimen ha ). 
# someone like you. yes. it's you. oh bukan you lah. belakang you tu. haish chau !