Monday 12 March 2012

Perempuan bercakap tiga(3) kali ganda dari lelaki?

Assalamualaikum yaa : ))

   Wahh pagi sangat tak aku bangun harini ? oh yaa, harini merupakan hari selasa dan bersamaan 13hb March okay. Takde apa yang perlu di spesial kan untuk tarikh itu. Ha kann nampak tak betapa kemelayuan teserlah bila ejaan 'spesial' tu di gembur gembar kan. Err okay okay back to our topic yeah. Tajuk aku harini memang nak menegak kan kebenaran untuk kaum wanita sedunia bahawa lepas ni kaum Adam jangan ada yang nak mengeluh ye kalau ternampak ke, terdengar ke seseorang perempuan tu bercakap ke or dengan kata enak lain nya , membebel. Eh itu macam aku je kan? 

ini Fakta : PEREMPUAN bercakap ( 20,000 patah per day )
LELAKI no cry bercakap pulak ( 13,000 patah sehari )

AWESOMENYAAAA !!

  Tajuk petikan di atas ni aku ambil dari satu artikel kat laman web ni kan, ada orang post kan, so aku rasa macam wahhh best. Yela sapa tak teruja bila macam ada kaitan seakan akan kita dalam penceritaan tu. Sempena Hari Wanita Sedunia kenn. Tajuk asal dia berupa ini, ' Women Talk three Times as much as men '. Pernah dengar? ha sukahati aku la nak olah balik. Versi kak liana pulak okay. Kajian menunjukkan bahawa orang pempuan ni memang dia punya hormon bercakap tu sangat lah aktif berbanding dengan kaum lain. I mean, kaum LELAKI la. Heyy, jangan nak pertikaikan lagi okay ! ni dia kajian dah membuktikan dah bahawa perempuan itu sangat la talkative than men. Menakjubkan betul la wanita wanita kita ni yeh. Cepat pulak tu bercakap nya. So, tak hairanlah kalau lelaki selalu je kalah bila bercanggah pendapat dengan perempuan ni. Tapi aku tahu, yang sebenarnya kaum adam ni nak leraikan cepat cepat pergaduhan tu kan. Cayalah lelaki. Haiss. Apepun perempuan memang awesome sebab boleh bercakap tanpa henti gitu. Ok memang tak profesional kalau begitu kan, tapi okay ape kalau dah perangai macam ape sebab kami ni perempuan amat gemar melemparkan kata kata manis bercampur nasihat macamtu. Hewhewhew baik kan kami ni? Tapi tula, tau jela dah kalau nama nya lelaki itu sangat la tidak suka kan bebelan yang enak dari kaum wanita ni.Mengapa ya? sebab bising sangat kot? tapi kan kan kalau perempuan tak bising bising, tak harmoni la hidup ni. Tak bosan ke sunyi je hidup seharian weh. Tak syok ah kalau tak dengar pempuan bercakap kan. Oh suara tu aurat kan. Tapi beb serius, kalau ibu aku tak bising kan, memang tak jalan la der kerja kat rumah tu. Haa kan nampak tak penting nya aura wanita tu untuk setiap orang. Bukan lelaki je tau. Oleh itu, wahai lelaki dan juga perempuan kat luar sana tu, jangan la anda bimbang dan gusar kalau mak anda bising bising and kalau dorang tu bebel sekalipun sebab dah memang hormon mereka jugak ye.Memang takbuleh nak buek po dah ha. Huh, release sangat rasanya bila tulis pasal perempuan ni. Rasa macam wanita sangat dah ni. Ok chauu selamat beramal !

Gambar ini diambil secara curik curik dari dalam Google yaww. Sangat osem ini perempuan. Sila zoom sikit bahagian POWERFUL women tu yeh. Im one of it. ececehh