Thursday 7 February 2013

Rezeki Allah

Assalamualaikum. hi. hey. ok ok ok. Woi. 

Entah ini yang kali ke berapa aku sibuk hitung hitung and hitung hari after i tamat my final exam about last two weeks ago. But, today dah lain cerita dia. Sibuk hitung menda lain pulak weh. Okay, sejujur jujur jujo nye lah kan im not the 'morning person' type you know. Bukan type lagi dah tapi memang sejak azali lagi memang takde ciri-ciri pembangun awal. Ceh ceh. Gaaahahahah. Sebenarnya itu tipu tapi tak semua. Ada benar jugak. At least, after subuh tu haruslah gagahkan diri untuk membuat kerja rumah ke, revision ke, mandi ke(erk??!!), bersiap untuk ke kelas dan sebagainya lah ye dak. Itu semua poyo sebab hanya berhasil dan menjadi masa mula mula aku start blajo dulu. Almaklum jela, skema habis doh. tapi takde la skema mana cuma kalau time lecturer cakap tu memang jangan sesapa sentuh ke panggil ke or bercakap dengan aku. Jangan kan bercakap dengan aku tapi sesiapa saja yang bercakap then suara tu sampai kat gegendang telinga aku ni haa memang...memang aku pon sampai rasa nak cabut duduk kat table lain. Eee betul annoying doh kau ni liana

Oh iyo, kadang kadang kalau ikut perangai normal aku memang aku lepas subuh memang bantai sambung tido sampai alarm automatic berbunyi. Tak pernah beli pon tapi memang dah sedia ada. Heheheh no no no its not like that. Its my mother you know. She will bising bising and kejut bangun. Every single day,morning terutamanya lah kan ! Aku pun tak pasti ada tak orang nak masuk minang nanti kalau dia terbaca ni skali. Oh no tolonglah please jangan tarik balik niat di hati suci murni tu. Habis je degree(inshaaAllah) masuk minang aku keh keh keh??!! *ha kan dah paksa ni* 


#  Ayat ni yang membuat kan aku berjaya sikit 3 hari ni. Well, imma housewife right now kan. hikhikhik




Dua tiga hari ni beb, memang wa respect dengan diri gua ni beb. Lu tau apesal? k la, sebab tak tidur after subuh dah. Sebab nya aku rasa memang semua orang ditakdirkan untuk mengingatkan antara satu sama lain. Apaaa? oh tak faham ke. Macamni, selalu tu after done my fajr prayer, i will continue my sleep. Konon macam bekerja keras je sampai nak kena continue sleep. Ofkos everyone did jugak kan ? kan ke tak kan ni? urghh. K masa baru nak sambung tidur selalu mesti check handphone dulu, pastu belek belek tweet dulu, pastu masa tengah syok baca tweet orang then aku terbaca pulak irma hasmie punya tweet and dia mention pasal, u know, bangun pagi. So day by day i pun macam ada satu semangat taknak sambung tidur dah. And now, Alhamdulillah its working after 3 days and still counting. InshaaAllah berterusan hendaknya. 

Aku sesejak tak tidur pagi ni mula la masuk tidur awal malam harinya. Penat betul gaya ni. Tapi takpe la, malam kan untuk merehat kan badan yang bekerja seharian macam buruh paksaan(ngeri pulak bunyi dia oi). My ibu and ayah(peh peh pehh kenapa dengan ayat aku separa melayu english ni..) selalu cakap jangan tidur lepas subuh tu. Mana nak masuk rezeki kalau tidur masa malaikat campak rezeki kat tingkap. And i pernah terbaca ke terdengar entah pasal kalau after subuh tu kan, bukak tingkap luas luas sebab malaikat separate rezeki masa tu. Only for those yang tak tidur and melakukan kerja kerja yang berfaedah jela. Kepada yang masih menyelimutkan diri di dalam bilik gelap berhawa dingin pula apatah lagi, mana rezeki nak masuk. Jangan kan nak lalu depan rumah, agaknya kalau boleh dia buat pusingan U-turn ek. Agak jela.  Kahkahkah.
Liana, please be serious. Ini hal bukan main main punya tahu ! Kau dah la selalu bangun lewat, ada hati lepas je solat terus terus gerak kat tingkap then bukak tingkap leluas but thennnnnnnnnnnnnnn... hi hi bye bye to the world weh. Mentang mentang kau tido sebelah tingkap so rezeki sampai kat kau dulu lah? Elok sangat begitu sebab rezeki tu nampak kau tido macam apa je terus dia lari kat tingkap orang sebelah pulak. 

So, you all dah faham kan kenapa kena bangun awal awal pagi? Keberkatan rezeki itu sendiri datangnya dari awal pagi kita membuka mata. Rezeki tak semestinya dalam bentuk makanan, pakaian, duit. Dia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Eh dah macam dalam cerita doremon doh. ow oww okay, serius. Selain dari benda benda tu, rezeki boleh datang dalam bentuk berita yang baik, dikelilingi/dipertemukan dengan orang baik, keselamatan diri, kesihatan yang baik, rumahtangga yang aman harmoni, isteri/suami yang solehah/soleh, ilmu yang bermanfaat dannnnn banyak lagi . Subhanallah, memang banyak ! Takpercaya? ok, biasanya kan, kita nak kan sesuatu, tapi tak dapat but then Allah ganti kan sesuatu tadi tu dengan benda yang lebih baik lagi. Tapi kadang2 kita tak perasan bahawa perkara yang lebih baik Allah turunkan untuk kita tu sebenarnya merupakan rezeki then we started to refuse that REZEKI. Why?! sebab kita alpa, kita taknak bersyukur. Walaupun dalam bentuk yang kecil atau sedikit, ia tetap dipanggil rezeki dan kita wajib mensyukurinya. Rezeki Allah tu maha luas. Sebab? Allah itu Maha Kaya. kan.

Mari kita renung renungkan dan selamat beramal. Terima kasih. Assalamualaikum !