Friday 18 March 2016

Bisnes? Sounds great

Hey, hi





    Dah lama benau tak update apa-apa ni. Last post pun 2013. And now 2016. Weh, come on. Its been 3 years !! Ni kalau dah kawin mahu aku update gambar 2 orang anak kecil yang lasak taknak amik gambar. Oh, sekarang umur dah nak masuk 24. InshaaAllah, doakan dipanjangkan umur, sihat tubuh badan akal fikiran & kaya raya(Ameen)..Still tak habis study lagi. Terkial-kial lagi attend class every weekend, buat assignment last minute, and paling penting sampai sekarang susah betul nak bangun pergi kerja/kelas. Ya ampun tolong tarbiah kan aku sikit bagi sedar. Makin tua makin malas. Hopefully bakal mama mertua tak tahu perangai aku yang ni k. Kalau dia tau pun aku tau lah dari mana dia dapat tahu [awas kau bakal suami (!)].

Sekarang pun jadual harian aku cuma pergi kerja balik kerja. Lepastu bila aku rasa tak ngantuk aku lepak lah dengan ibu ayah aku. Tapi selalu tu memang kena lepak pun lepas habis keje. Kang mak aku bising cakap kalau aku kawin besok pastu ada anak mesti anak aku kebulur sebab balik balik kerja je terus masuk bilik dan bertemu aku pada keesokan harinya masa dia kejut Subuh. the end. So aku pun mula lah meng-educate diri sendiri supaya terbit sedikit rajin bangun awal sikit. So at least kalau aku tak tido balik after subuh tu boleh la konon konon tolong kemas rumah ke apa ke kan. Nampak lah sikit nak ke arah berumah tangga tu. So takde lah nampak aku bakal jadi isteri yang kuat tido dan hanya ajak laki makan kat luar. Walaupun aku hanya sibuk pasal jerawat aku, tapi aku pun dah reti masak laju laju tau. Lepasni takyah ada alasan laki tak sempat bawak bekal k. 

Eh sebenarnya nak cakap pasal bisnes. Tah la apa tetiba pasal bisnes tapi tetiba terfikir yang "ha elok jugak kau buat bisnes wahai sang liana". Since ekonomi negara semakin merudum dan ditahap yang membimbangkan. Kau tau jela aku ni, semua pun rasa nak buat tapi apa pun aku tak start. Tau-tau je dah umur 30 dah kang lagi hampeh. Mana tak nya, setiap kali masuk semester baru je mesti ada lecturer yang encourage kitorang buat bisnes. Any business that makes profit. Anything you like. As long as your heart is there. Even small business pun tak pe. So hati aku mula berbisik, Yes I have to start with something. Do or die. ecewah. Tu satu hal. Satu hal lagi ialah aku sendiri tak tau nak start buat bisnes apa. Lecturer aku semua cakap, start dengan apa-apa bisnes yang memerlukan modal yang kau ada. Yelah kau nak dapat modal dari mana pulak kan. Ye. tau. Ada je yang buat loan apa semua. Tapi aku dahlah newbie pastu pulak aku sibuk dengan belajar apa semua lagi. So im not planning for a big one. Walaupun sebenarnya dalam bisnes ni kita kena ada semangat yang kuat and sanggup hadapi sebarang risiko tapi kau agak-agak la nak risiko nya pun. Plus, bila dah ready nak buat bisnes ni memang kena letak 100% heart, mind and soul (50-50 la eh) kat bisnes. Kalau tak, memang kemana-mana lah bisnes ekau, 

Nak bisnes ni bukan boleh main terjah je. Kena ada ilmu juga ye wahai kawan-kawan. Tapi orang dulu-dulu pun bisnes takdela nak ilmu bagai2 sangat pun still boleh bisnes jugak, YE, BENERENNN. Tapi kau pikir lah kita sekarang di era menghampiri 2020. Cabaran dan dugaan mahupun saingan juga semakin sengit & jitu. Kau kalau nak buat bisnes cenggitu2 je memang kau kesitu je lah. At least kau kena la tau siapa target customer kau. Takpun, kau expect apa dari bisnes kau tu. Ada orang tak kisah sangat pasal profit. Ada orang sangat menitikberatkan pasal profit tapi servis/kualiti barang tak seberapa. Ok sekarang aku pun dah tak tau aku nak buat bisnes apa. Sebab hampir semua benda yang aku nak buat ramai gila competition kat luar sana. Aku bukan tak suka compete, tapi aku nak jugak nampak special nya product/service aku ni. Sampai sekarang tak jumpa lagi. So sekarang aku jadi malas nak fikir. Dan malas nak taip lagi. Nanti kalau dah ada idea aku post lah ye. So bye