Tuesday 9 July 2013

eh dah Ramadhan !



Tak aci lah aku dah lama tak update blog pastu tetiba update nak bagitahu ni dah masuk bulan Ramadhan. Kalau nak tahu aku sekarang tengah celup coklat untuk Almond London wahahahah tapi aku lari sekejap memandangkan aku belum mandi dan sementara nak tunggu coklat tu dicairkan dengan menggunakan alat pencair coklat. phewh. tarik napas. takyah lepas.

Well memang dah aktiviti ruji semasa bulan Romadhon ni aku bergabung tenaga dengan ibu aku utntuk menyiapkan tempahan orang ramai (ramai angat-angat) yang mahukan biskut raya mereka disiapkan secara pantas padahal raya tu ada 29 hari lagi. tak ke gelojoh tu. kuikuikui

k ah saja nak singgah jap kot kot semua orang nak tahu aku tengah buat apa kan. Tapi tahukan anda bahawa takde orang pon yang membaca blog ini hahaha. k ah Selamat menjalani ibadah puasa. Bukan puasa makan je tau. puasa tingkahlaku percakapan gaya jalan cara pandang dan sebagainya haruslah dengan tertib dan beradab ye tidak. Assalamualaikum you all ~