Tuesday 20 August 2013

Boleh raya lagi tak ?


Assalamualaikum

Takde niat nak taip panjang malam ni. Malam pon dah nampak ke malaman dia tu. Almaklum, dah pukul 1. Gini je, itu hari aku dapat satu invitation ni. cewah. bukan invitation namanya kalau sehari sebelum kejadian tu. tu nama nya ajak2 ayam. ko je yang perasan. Yela dah alang-alang member aku ajak beraya, kita pon on jela disebabkan konvoi ngan kekawan lain cancel. disebabkan geram,aku pakai je baju mana yang ada. takde nak berbaju raya nye derr...aku pon turut kecewa sebab dah excited nak beraya (sebab terfikir ada banyak makanan kalau g beraya) then tetiba cancel. bukan sekali. haha macam-macam la kawan aku ni. jadi bila aku nak balas dendam balik sebab tak dapat makanan sodap dan juga banyak tu, aku pon terus berkata 'ya' je bila orang ajak beraya ni. Lagipun member rapat masa teknik dulu kan. nak tunggu semua orang ada, memang mustahil sikit lah sebab masing2 busy dah sekarang. aku je bajet2 tak busy sebab nak selalu di ingati oleh kengkawan hahaha. 

oh panjang sangat ke aku taip tadi? tak berapa nak sure sebab aku baru duk sibuk upload gambo tadi boleh pulak tetiba ada satu ekor lipas ni tersesat masuk bilik aku yang serupa bilik puteri ni(agak-agak bilik puteri tu camno ye). maka aku tak jadi menjerit sebab teringat batuk yang tak sudah dari pagi tadi. jadi aku pon berlari sekuat hati mencari sesuatu yang boleh dibuatalat untuk menamatkan riwayat hidup lipas tersebut. Aku pon tak tahu macamana boleh masuk kisah lipas pulak sekarang ni sebab masa aku duk syok menaip satu dua ayat untuk mengutuk perangai si lipas ni, tetiba aku terasa ada benda merayap dekat kaki...dan itu serupa lipas yang aku dah semburkan dengan 'Ridsect pembunuh nyamuk' tu. DANNNNN aku pun menjerit sekuat hati dan terus berlari keluar bilik dan kebetulan eyna(housemate) baru cross kemudian kami pon bertembung dan eyna sekali menjerit bersama-sama. ok done. 

Sekarang aku takkan tanya diri sendiri lagi kenapa aku batuk tengah-tengah malam nanti. 

_ _ _ _ _



 *Bahiyah Aziz, best friend since 2008 and still counting- Banting, S'gor




 *Kalau kat Teknik Gombak dulu memang satu otak kitaorang ni. except yang baju belang2 tu. dia kawan kepada kawan je :)




 * Haaaa ni kita bukan sahaja beraya, malah bemesra-mesra dengan haiwan yang ada di rumah open house kawan kepada kawan aku tu. Banyak jugak half persian ni lebih kurang 8 tak silap. ni one of them yang aku rasa paling hensem dan kacak di semenanjung Msia ni. Dia takut kesian nengok aku masa ni sebab asik terkinja2 tengok dia ngan kangkawan dorang nih--




 * "Apehal banyk sangat pimples ngn tahi lalat kat muka dia ni? dah tu sibuk nak tangkap gambar orang. heshhh kacauuuu"




* hello, i pon dapat merasa dukung yang ngengada sikit ni tauuuu *


psst, cerita pasal lipas tu memang takde kena mengena dalam hal raya kalini. cuma biasela. Malang tak berbau. Lepasni warga lipas sekalian please, sebelum nak datang tu spray dulu perfume kasi bau jauh sebatu. grr