Sunday, 14 October 2012

Sehari Selepas 20 .

Assalam' Alaikum. Waalaikumussalam. 

Petang yang kosong begini harus di isikan dengan aktiviti berfaedah bukanss ? Harap harap la harini bukan hari  Ahad. Yang surprise nya sekarang ni ialah, today is Sunday ! tekejut la sikit, please :) HAHA 
k selain dari bermalas malasan pagi Ahad ni, aku cuma masih menikmati sisa menyambut ulangtahun kelahiran daku iaitu pada semalam. Yeay yeay dah 20 tahun dah den ni ha. Persoalan sekarang, boleh kah saya berkahwin pada usia ini ? Jawapan nya, bila jodoh dah sampai then baru boleh citer hal ni ok.

Alhamdulillah, family, adik beradik jauh dan dekat, teman rapat, tak berapa nak rapat, yang tak kenal, tak lupa nak wish Happy Birthday Liana ! Hewhewhew itu yang aku sangat segan nak dengar senanya. Yelah, terasa special gila gitu satu hari suntuk semalam you know. Rasa macam artis untuk sehari pon ada weh. Tak ke segan bila pergi memana je orang duk tanya, "birthday harini ke??" So aku dengan agak segan tu (eh segan keee nyah ) angguk angguk kepala lepastu tinggal sengih jela. Comel kan? comel kan ? Ahahaha*Gelak besar seminit*

Paling bermasalah sekali bila orang tanya "Liana bila nak kawin ni??" Eh tak paham ke aku tengah gigih nak habis kan satu semester lagi ni.. Cer la tanya soklan membina sikit macam 'bila nak jadi lecturer ni?', 'Nak ambik Finance ke Accounting untuk degree nanti?'. Diploma pon tak lepas lepas dah tanya bila mau kawen ka. Apa wa nak bagi anak wa makan nanti ? K la chill k nanti aku suruh la bakal suami masuk minang (Gulppppppp).

Semalam malam nya jugak aku attend dinner kat Seri Pasific Hotel. Beseri seri sangat k hotel tu. So sebab itu kami memilih lokasi tersebut untuk makan malam bersama teman teman. Dan paling penting tarikh dia tu sangat sangat lah awesome sebab sama dengan tarikh lahir aku !! Terasa diriku begitu beharga. You all memang kena jejak jugak la kat sana even dekat KL je pon tapi memang sangat friendly orang orang di sana dan sini serta situ juga. Makanan ? Ofkos aku belasah kesemuanya cuma terdapat daging kambing di situ son terpaksa aku meluahkan kekecewaan sebab tak teliti bebetul menu dia. Haha padans mukes i konss. 

Thats all for today bebeh. Aku tamat kan disini dulu nukilan yang di update hanya sebulan sekali rating nya ini. Wkwkwkwkwk Assalam'alaikum !


# Dinner dinner & dinner. See? Like Yuna like Liana is it ? -,-
Have a good day everyone and for me also :)

Thursday, 30 August 2012

Innocent

Assalamualaikum, Salam Merdeka !!

Persoalan kali ini ialah Mengapa Gambar Passport Mesti Kena Innocent ?? Perlu membuat muka tidak bersalah seolah-olah memang dah ditakdir kan akan jadi begitu. Pernah kah kalian juga perasan mengapa setiap kali terima ic baru mesti semua akan terjerit kekalutan apabila ia tidak seperti yang anda bayangkan selama ini. Hah sudah. Padahal aku sorang je yang rasa macam tu. *Dah memang muka kau macam itu memang itu lah yang keluar nye pon ! * (hati mula berlaga-laga)- benci !!

# Nampak tak betapa skema nye muka bila setiap kali ambik gamba passport ?? Tak tengok Real lagi. Bertambah busan tahu ?? 





Ok tak bosan. Tipu je. Tapi itu lah, betapa aku terasa amat ketidakpuasan hati ini bermaharajalela bila tengok je gambar ni. Balik balik je terus bukak sampul ni semula then tengok lagi supaya tak tersalah tengok masa kat kedai tadi. Jadi bila tahap tidak puas hati tu sampai ke puncak otak mula lah nak ambik henfon bersama muka yang agak berkerut dan terhasil lah gambar seperti yang di atas. Sekarang ? dah dapat terima dah ! yeay.

Takyah tahu la sebab ape tetiba kena ambik gambar passport bagai ni. Tapi anda semua dinasihat kan supaya dapat membuat senyuman seikhlas mungkin bila nak tangkap gambar supaya tak jadi macam tu tu...gambar yang atas tadi tuu.. Ha kan. Apepon, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55. Malaysia ku Gemilang, Cemerlang dan Terbilang. Semoga diberi keamanan dan kestabilan ekonomi yang teguh untuk sentiasa memastikan Negara Ku Malaysia terus maju :)) Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Tuesday, 28 August 2012

Selepas seminggu BerHari Raya


Hi and Assalamualaikum !

Well, kawan aku yang sorang tu duk membelasah aku dengan pertanyaan begini ,
             
 -" Weh pemalas gila kan kau nak upadate blog. "

Ala, nanti-nanti lah. Aku busy. 

               -" Dari haritu aku tengok kau punya tak update ape pon. "

Hish. Bosan. Takde benda nak cerita. Tengok ah cane

Haa nah ! hambek . Segala corat coret aku kali ni yang aku agak tak berapa nak panjang, tapi gambar semua dengan cool nya aku edit begitu begini sampai kan aku pon tak tau macamane asal gambar gambaar tu suma. 

So lebih kurang begitu lah conversation kami. Agak beterabur sikit aku nak ingat balik apa dia cakap tapi memang ada sikit macam tu lah. Sememang nya aku agak la malas sedikit nak lagi masa cuti camni. Takde sape nak layan aku bila aku sensorang kat rumah jadi lebih baik aku bangun lambat-lambat then sambung tengok tv bla bla bla.. Pehtu bila dah malam, bukak laptop and check email sikit pehtu nya tido. Kan heaven hidup seharian macamtu. Memang segala mokcik kat dalam dunia ni takkan ambik aku jadi menantu diaorang kalau sume pandai baca blog ni. 

Duhh, oleh kerana aku tersentap semalam dek kawan baik aku tu sesedap je cakap aku malas kan, aku pon merajin kan diri meng edit segala gambar yang terbuku dalam kamera 20 sen tu tempohari. Dah kata bulan Syawal ni kan, mestila kengkawan semua duk semangat call bagai ajak konvoi reramai gi beraya sana, melawat sini, singgah kat belah sana, duduk jap kat belah-belah situ and so on. Betul kan ? Hey, come on la dah kata student, mesti ada kawan lama. Yang takde kawan lama, boleh la ngajak kawan yang dah sedia ada. Or ada yang sememangya tak suka berkawan, boleh pilih nak ikut ibu ayah gi beraya open house or kenduri kawen waktu raya camneh ataupun stay at home and watch your tv / baca blog Haru Hijau / stalk orang kat fesbook / tidur macam aku selalu buat. Semua dah tahu apa nak buat kan jadi ape lagi. Keluar la hangout dengan kawan kawan anda. 

Hari Ahad haritu aku baru je beraya dengan mereka yang awesome ni. Hebat sangat diorang ni sampai sekarang pon kami still lagi connected.Mereka semua ni ex-classmate aku masa kat Teknik Gombak dulu. Sape lagi yang ex-SMTGians lagi cepat angkat jari !! oyeah, ramai gitu. Cuma seorang je yang tak dapat nak follow haritu atas sebab tertentu maka kami keluar ber Lima sahaja. Oh ya, student gugurl yang ada dalam kelas kitaorang tu cuma ada 6 perempuan sahaja. No wonder la rapat cemni khennn. Mechanical student semuanyaa. Dannn, sebab tu kami ganas-ganas sikit termasuk aku.


# Masing masing muka tak berubah. Cemtu je rupa nya


 


# oh ku rindu kan masa masa kat teknik dulu :(

# Tu, liana tu asyik busy je dia ni. entah kekonon busy


Maka dengan itu, bersahabat lah sebaik mungkin. Dulu macam-macam dah kitaorang lalui. Gaduh la, tak bertegur la. Even dua tahun perkenalan Only. Sekarang dah masuk 5 tahun kami kenal and semua nya makin matang* eh yeke . Haha so ini saja setakat kalini. Tak dan nak cerita bebanyak sebab nak tengok drama puleks. Sekian :))))




Saturday, 28 July 2012

Ramadhan kali Ini

Assalamualaikum !
  *psst,entry kali ni tak mengandungi sebarang gambar. Yang ada hanyalah leteran dari Yg Berbahagia, Lianer

Puasa dah ni kan. Jadi tak risau sangat kot kira nya nak celoteh celoteh pasal habit aku di bulan Ramadhan yang mulia ni. Banyak sebenarnya yang aku rasa aku buat bulan bulan puasa gini. Tak perlu la nak cerita apa yang kita makan waktu buka ke, apa makanan yang best ke ape kan. Yang penting, setiap kali nak bersahur mesti nama aku yang akan dipanggil berulang ulang kali sebab kengkadang aku Anggap suara suara tu macam dalam mimpi lagi. Rupa nya memang dah realiti habis. Tak ke buang mood pepagi yang hening tu ? Sooo..... elok lah kiranya Jika kita menidurkan diri dengan lebih awal di samping mendapat kan rehat yang cukup (bukan telebih Rehat ok, ) And boleh bangun dengan segar nya pada keesokan pagi nya untuk bangkit sahur. Huh penat * 

So aku rasa setakat ni Mood aku biasa biasa je tapi terasa macam dah upgrade sikit tahun ni bila bangkit sahur punya cerita ni. Sebelum ni aku lah nenek moyang segala pemalas untuk bangun bersahur tau. Apetah lagi bila ada kat rumah sewa, takde orang yang akan paksa paksa aku bangun awal pagi tu. Kan. Tetapi alangkah Terbaeknya pabila aku dirumah family sendiri. Akan dikejut dan di laung laung nama aku berkali kali. If aku tak bangun memang bapak aku dengan rela hati nya membebel sensorang padahal aku syok gila sambong tido. Tahun ni aku berazam nak bangun dengan segar nya even kena di kejutkan jugak. Apa punya anak dara la Liana ni tau. 

Bila aku bangun sahur kan, aku mesti akan prepare something untuk diri aku sendiri. Aku akan buat kan susu tepung, which is Whatever susu sekalipon yang ada jual kat pasaraya tu, Andd minum panas panas suam. Dari dulu aku amal kan so takde la perut aku sakit besok nya. Nak pulak aku jenis kurang sikit air suam ni, tapi memang sebati sangat dah dengan susu ni. Dan paling penting ada kurma. Nabi pun sahur kurma jugak tau. Tahan je perut Baginda. Boleh je buat kerja harian macam biasa siap dengan ibadah yang sunat lagi. Kita ni , sumbat lah ape pon masa sahur tu tapi bila tiba hari siang tu konfem datang balik lapar tu. Nak lagi dah tengahari, ternampak pulak air Ribena yang tak bancuh lagi tersusun elok kat tepi rak dapur tu. Ha selalu kan nafsu duk kacau kita gitu ? 

Salah satu cara nak elak rasa panjang waktu berpuasa , menahan lapar dan dahaga dah sebagainya, kena lah kita melakukan kerja kerja yang berfaedah serta tidak membuang maa. Alangkah baik nya kita membuat kerja kerja rumah or tolong Mak buat kuih untuk hari raya or baca buku resipi then try untuk berbuka nanti ke... Jadi takde lah kita terasa sangat puasa nya tu. Tapi jangan la sampai terabai Solat kita. Bila bulan Ramadhan ni, semua berlumba lumba nak buat banyak ibadat. Bukan lagi tambah dosa kering begitu sahaja sampai menderma pahala kita kepada orang lain. Haa faham kan ? So better kita berubah at least sekelumit cuma. Tambah pahala lagi tahu..Takpe, even kita buat sikit-sikit orang memang tak nampak tapi orang sekeliling boleh menilai kita dari sudut perubahan attitude dan aura keimanan seseorang tu. Memang Iman tu tak dapat di warisi tapi sekurang kurang nya ada rasa nak berubah walau sedikit tu pun dah cukup baik. Then dari sikit tu akan berbuah menjadi banyak. Jangan ada rasa Malu nak berubah ye kawan. Orang yang terasa dan mula terfikir nak berubah ni sebenarnya lagi hebat dan berjaya dari yang tak rasa apa-apa bila mereka tak berubah langsung. Tak salah memuji mereka yang dah berubah, bahkan bagi sedikit demi sedikit galakan supaya dia terus istiqamah dalam segala perbuatan nya.

Misal nya, situasi macamni .
     Dia nak pakai tudung, tapi sebab nak ikut ikut kawan yang lain. Tak salahh nak ikut. Benda baik kan. Tapi jangan pulak ada kawan lain yang tak senang dengan perubahan tu. Itu akan menurunkan semangat dia untuk berubah. Sebab nya, dari gejala ikut ikutan tu, mana tahu dia akan terbiasa And mula menyedari betapa penting nya Wanita menutup aurat mereka sebaik nya. Cara aku bercakap taknak kalah dengan gaya seorang ustazah kan ? Taapiii kita tak perlu menunggu untuk menjadi seorang ustazah  atau Ulama dulu untuk menasihati sesama manusia, bahkan kita perlu berkongsi apa jua yang kita tahu dan apa yang kita faham. Setiap orang bebas bersuara dan menyatakan pendapat mereka, tapi biarlah kena pada cara. Jangan lah sampai mengguris hati pihak yang lagi satu tu. Tak manis kan. Sama sama lah kita ingat mengingati antara satu sama lain. Yang kurang kita baiki. Yang elok kita contohi. 

Oh ye, bila berpuasa ni melatih kita menahan segala bagai nafsu Baik dari segi nafsu lapar, dahaga, perangai, And of course nafsu marah. Allah tak suka kan :) takmau marah marah ek. Lagi satu, bila kita berbuka tu jangan duk taksub sangat dengan makanan yang pelbagai tu. Haruslah berjimat cermat. Yang pasti, ingat lah kepada yang tidak berkemampuan di luar sana. Sebab nya aku kengkadang pon tak habis makanan yang aku makan. Tak ke amalan syaiton tu ? ish. So, mari sama sama mula kan tabiat baru ! Wallahualam sekian saja :)

Monday, 9 July 2012

Dimana mana ada KUCING

Assalamualaikum semua :)

Hai kali ni aku tak banyak becerita sangat.
Kerana nya aku amat gigih sebentar tadi untuk menyiapkan satu video ni sahaja.
Entah apa yang lama sangat tah sampai kan nak buat video yang remeh ni pon kemain fokus gila.
Tapi takpe, seperti yang aku gembar gemburkan kat dalam twitter tadi bahawasanya this is my first trial.
So nak tak nak memang korang kena jugak ah keep on view video aku ni.
Lain kali bila dah pandai sikit lagi aku buat banyak banyak sampai semua orang temuntah warna warni okayy.

Kisah dalam video ni berkenaan pasal kucing-kucing aku.
Bukan nya kucing mahal tu,semua stok yang datang rumah, lepastu dah tersuka dekat orang dalam rumah tu then stay terus kat rumah aku tu.
Haa nampak tak?
Kami memang suka kan kucing. Terutama sekali ibu.
Ibu adalah orang yang bukan sahaja suka kan kucing malah dia membuktikan yang beliau memang sayangkan kucing-kucing tu.
Buktinya, ibu la yang beli kan makanan dorang, pasir untuk mereka melabur, dan sebagainya lagi lah.

Jadi aku dedicate kan video yang amat selekeh sekali ni untuk kucing aku yang baru saja pergi minggu lalu.
Disebabkan kejadian itu, ibu dan adik aku pon dengan gagah nya menelefon aku pagi subuh-subuh lagi untuk menceritakan kejadian pilu tersebut.
Jom aku nak tunjuk video kucing-kucing bertuah aku ni..
TAPI ni belum semuanya lagi tau !
masih ada banyak lagi yang tak dapat dimuatkan sebab dah hilang.
Mari kita selami kisah kucing aku ni :)




BUT kawan kawan, video ni  jadi tah pape sikit bila dah upload kat blog ni.
So mintak maaf la kat mana-mana subtitle yang tercepat and yang tak berapa nampak tu
Terimakasih and Assalamualaikum :)