Thursday, 7 February 2013

Rezeki Allah

Assalamualaikum. hi. hey. ok ok ok. Woi. 

Entah ini yang kali ke berapa aku sibuk hitung hitung and hitung hari after i tamat my final exam about last two weeks ago. But, today dah lain cerita dia. Sibuk hitung menda lain pulak weh. Okay, sejujur jujur jujo nye lah kan im not the 'morning person' type you know. Bukan type lagi dah tapi memang sejak azali lagi memang takde ciri-ciri pembangun awal. Ceh ceh. Gaaahahahah. Sebenarnya itu tipu tapi tak semua. Ada benar jugak. At least, after subuh tu haruslah gagahkan diri untuk membuat kerja rumah ke, revision ke, mandi ke(erk??!!), bersiap untuk ke kelas dan sebagainya lah ye dak. Itu semua poyo sebab hanya berhasil dan menjadi masa mula mula aku start blajo dulu. Almaklum jela, skema habis doh. tapi takde la skema mana cuma kalau time lecturer cakap tu memang jangan sesapa sentuh ke panggil ke or bercakap dengan aku. Jangan kan bercakap dengan aku tapi sesiapa saja yang bercakap then suara tu sampai kat gegendang telinga aku ni haa memang...memang aku pon sampai rasa nak cabut duduk kat table lain. Eee betul annoying doh kau ni liana

Oh iyo, kadang kadang kalau ikut perangai normal aku memang aku lepas subuh memang bantai sambung tido sampai alarm automatic berbunyi. Tak pernah beli pon tapi memang dah sedia ada. Heheheh no no no its not like that. Its my mother you know. She will bising bising and kejut bangun. Every single day,morning terutamanya lah kan ! Aku pun tak pasti ada tak orang nak masuk minang nanti kalau dia terbaca ni skali. Oh no tolonglah please jangan tarik balik niat di hati suci murni tu. Habis je degree(inshaaAllah) masuk minang aku keh keh keh??!! *ha kan dah paksa ni* 


#  Ayat ni yang membuat kan aku berjaya sikit 3 hari ni. Well, imma housewife right now kan. hikhikhik




Dua tiga hari ni beb, memang wa respect dengan diri gua ni beb. Lu tau apesal? k la, sebab tak tidur after subuh dah. Sebab nya aku rasa memang semua orang ditakdirkan untuk mengingatkan antara satu sama lain. Apaaa? oh tak faham ke. Macamni, selalu tu after done my fajr prayer, i will continue my sleep. Konon macam bekerja keras je sampai nak kena continue sleep. Ofkos everyone did jugak kan ? kan ke tak kan ni? urghh. K masa baru nak sambung tidur selalu mesti check handphone dulu, pastu belek belek tweet dulu, pastu masa tengah syok baca tweet orang then aku terbaca pulak irma hasmie punya tweet and dia mention pasal, u know, bangun pagi. So day by day i pun macam ada satu semangat taknak sambung tidur dah. And now, Alhamdulillah its working after 3 days and still counting. InshaaAllah berterusan hendaknya. 

Aku sesejak tak tidur pagi ni mula la masuk tidur awal malam harinya. Penat betul gaya ni. Tapi takpe la, malam kan untuk merehat kan badan yang bekerja seharian macam buruh paksaan(ngeri pulak bunyi dia oi). My ibu and ayah(peh peh pehh kenapa dengan ayat aku separa melayu english ni..) selalu cakap jangan tidur lepas subuh tu. Mana nak masuk rezeki kalau tidur masa malaikat campak rezeki kat tingkap. And i pernah terbaca ke terdengar entah pasal kalau after subuh tu kan, bukak tingkap luas luas sebab malaikat separate rezeki masa tu. Only for those yang tak tidur and melakukan kerja kerja yang berfaedah jela. Kepada yang masih menyelimutkan diri di dalam bilik gelap berhawa dingin pula apatah lagi, mana rezeki nak masuk. Jangan kan nak lalu depan rumah, agaknya kalau boleh dia buat pusingan U-turn ek. Agak jela.  Kahkahkah.
Liana, please be serious. Ini hal bukan main main punya tahu ! Kau dah la selalu bangun lewat, ada hati lepas je solat terus terus gerak kat tingkap then bukak tingkap leluas but thennnnnnnnnnnnnnn... hi hi bye bye to the world weh. Mentang mentang kau tido sebelah tingkap so rezeki sampai kat kau dulu lah? Elok sangat begitu sebab rezeki tu nampak kau tido macam apa je terus dia lari kat tingkap orang sebelah pulak. 

So, you all dah faham kan kenapa kena bangun awal awal pagi? Keberkatan rezeki itu sendiri datangnya dari awal pagi kita membuka mata. Rezeki tak semestinya dalam bentuk makanan, pakaian, duit. Dia boleh datang dalam pelbagai bentuk. Eh dah macam dalam cerita doremon doh. ow oww okay, serius. Selain dari benda benda tu, rezeki boleh datang dalam bentuk berita yang baik, dikelilingi/dipertemukan dengan orang baik, keselamatan diri, kesihatan yang baik, rumahtangga yang aman harmoni, isteri/suami yang solehah/soleh, ilmu yang bermanfaat dannnnn banyak lagi . Subhanallah, memang banyak ! Takpercaya? ok, biasanya kan, kita nak kan sesuatu, tapi tak dapat but then Allah ganti kan sesuatu tadi tu dengan benda yang lebih baik lagi. Tapi kadang2 kita tak perasan bahawa perkara yang lebih baik Allah turunkan untuk kita tu sebenarnya merupakan rezeki then we started to refuse that REZEKI. Why?! sebab kita alpa, kita taknak bersyukur. Walaupun dalam bentuk yang kecil atau sedikit, ia tetap dipanggil rezeki dan kita wajib mensyukurinya. Rezeki Allah tu maha luas. Sebab? Allah itu Maha Kaya. kan.

Mari kita renung renungkan dan selamat beramal. Terima kasih. Assalamualaikum !

Wednesday, 23 January 2013

Alam Baru

Assalamualaikum

Even aku tak pasti ada ke orang nak jawab salam aku tu or not but still, Assalamualaikum semua.. inshaa Allah semua berada dalam keadaan selamat dan tenteram jika masih berada di landasan yang betul. Maka dengan ini aku baru sahaja ingin mengatakan bahawa aku baru sahaja menamatkan pengajian aku kat MUST(Diploma in Business Studies). Haa????? baru habis ??? eh eh chill la, aku muda lagi kot! tahun ni baru nak jejak 21 tahun. Grrrr tak percaya sebab tengok muka aku macam makcik makcik je? k fine, tengok ic dulu lain kali. Emm emmm...

Baiklah, setelah banyak sangat cerita yang aku berhutang kat sini disebab kan aku buat perkara yang melalaikan sejak akhir akhir ni. Maklumlah, lagi nak dekat exam final lagi la perangai malas bermaharajalawak dalam diri ini. But now,imma happy girl ! Exam dah habis. Stress pon takde lah sangat dah. Alhamdulillah. Tapi aku sedikit stress bila nak dekat keluar hall masa dah submit paper last tu. MOTIF? aku sendiri bingung memikirkan apa sebab. Yeah....ofkos sebab kawan kawan, tempat tinggal and semua sekali yang pernah aku lalui kat sana. Even takde lah jauh beribu batu dari rumah asal aku kat KL ni. But still, banyak moment yang aku susah nak lupa. Sampai sekarang.

At least, lepas habis paper last tu kita haaruslah berjimba dengan rakan serumah or berenang renang sedikit bagi meredakan stress ye dak? ini tidak. Terus berkemas dan menelefon ayah untuk mengambil pulang. Apakah perangai kau yang satu ini Liana ? Behave la k behaaveeeeee ! *terdiam* Masalahnya sekarang aku sakit pinggang dek kerana angkat barang barang aku yang semacam 500 tahun tinggal di situ. Biasanya perkara begini aku tulis kat diary jeeeee. Hmmm aaaa hmmmm errr k aku mengalami tekanan bila aku nak melangkah keluar dari rumah sewa untuk kali terakhir. Eh apa korang ingat rumah sewa aku tu macam rumah sewa yang lain lain tu ke ? No ok sama sekali dilarang berfikiran begitu. NO. Rumah sewa tu bagaikan rumah kedua aku selepas rumah dengan ibu bapa sendiri. Cuma bezanya rumah tu takde la ibu bapa kannn. Melampau la tu nak ada jugak. Hurghh ! Housemate aku semua rajin belaka dan mendengar kata so rumah tu takdelah jadi macam rumah anak jantan. U know anak jantan ? k biasanya rumah dak dak laki kan...alaaa u know, faham faham jelah. Tak payah pergi jauh, tengok je bilik adik laki aku yang berdua tu je pon macam kena libas dengan ikan paus dah keadaan nya. Inikan pulak nak duduk 5 ke 10 orang dalam satu rumah? Think weh thinkkkk ! (emo sangat aku ni pehal doo)

Actually nya aku dah lari sikit topik aku tadi. Dek kerana sibuk sangat nak cerita pasal rumah kau yang hado tu. So lets continue. Bila aku and dak dak umah selesai tolong angkat barang then bapa ku pula menyambung sampai la barang selamat masuk kereta. Yang aku? Tak sabar nak naik rumah then say hi hi bye bye kat semua (even tak semua yang ada). Part yang paling aku malas sekali...Yes, kita berpisah setelah setahun lebih together. in a house. like a family. like siblings. like like like.....aaa like a friend :) Maka hari last itu kitaorang pon berpelukan and u know, imma strong gugurl u know ! and guess what ?! I WAS CRYING. Aneh oh aneh. Tapi tak aneh. Dorang semua bagaikan adik beradik dah even selalu bergaduh. Ya, kami selalu bergaduh. U know how perempuans is kannnn ? So... this is perempuan we are. Banyak benda kami share. And lastly, i miss everything about them, home, friends (girlfriends and ofkos boyfriends too!). Ini semua POYO ! hahahaha aku suka semua ni even it was like, Poyo dohhh.

# Gehehehe ini almari aku yang paling aku rindu sekali lah. Sebab semua khazanah aku main sumbat je dalam menda alah ni

# Meja study aku. Masa penting je meja ni berfungsi. Kalau takde quiz, takde exam besar, mungkin berhabuk je kot. Hahah

# Selalu sangat kalau bosan petang petang then takde benda nak buat memang aku layan je cerita apa kat tv. Buku? Hmm hmm hmmm k

# Semua ni dalam kenangan jelaahh. Kadang kadang bila rajin then ada makanan mesti kita masak sama sama. Pastu makan sama sama. Kemas sama. Err ape lagi eh yang sama lagi?

# Ni ah diorang. Housemate aku. Ni pon tak semua yang ada. Kitaorang memang suka bab bab snap gambar ni. Kalau tak kat luar, dalam rumah pon boleh jadi studio weollss uolss. Feeling2 tengah shooting gitu. Mesti korang rasa nak shoot je muka kitorang kan sebab comel sangat. nah la nah, dipersilakann..

Tapi jangan seronok sangat. Result final pon tak keluar lagi nih. Entahnya tak semak pon lagi wahahaha. So tunggu jela bulan Mac nanti. Tak sabarnya nak jumpa semua orang. Nak....yeah, nak jumpa semua. Aku tau dorang tak rindu aku sangat. Hahaha sebab mungkin aku annoying? Mungkin. Tapi kita sama sama annoying kan ? kan ? K taknak ngaku eh. Foiinneeee. Berita hebat baru dapat weh berita hebattt. 1 hb ni ada trip ! pergi mana ? Nanti nanti lah cerita. Malas nak bagitau sekarang. (nampak tak nafsu 'malas' masih berleluasa walaupun dah habis exam?). Tak guna aku bercerita sekarang sebab nya aku pon tak pasti kemana arah sebenanrnya. Hehehe tunggu k tunggu. Dah lah. K chau !


Sunday, 11 November 2012

I am who i am

Assalamualaikum .

'YOU attract me by who you are'.

Terima kasih daun keladi, lain kali cakap lah lagi :)
Hakhakhak !
Tak tahu nak describe macam mana lagi tapi the only one should know who told this 'special words' to me.
MashaAllah apo den nak koba ni. 
Mekasih jela eh. Thankyou thankyouuu
And this is because, you also attract me by who you are.

Ahhh this is for...YOU of course !

  # Wuuu all of this heaviness made by me. Ahaha tapi tapi tapi kan... ayat tu telah di ambil from outside resources la kan. Of course again =)

Monday, 5 November 2012

Sometimes


Assalamualaikummm, 
 
Sebenarnya kan, kadang kadang tu kita mesti rasa macam tak di hargai. Betul tak betul takk ? Macam aku pulak, jenis yang selalu rasa nak di hargai bagai nak rak tapi aku tak sedar yang aku pon tak se perfect tu :( Sedih. Sedar sedar je diri sendiri di persalah kan. Macam nak hempas semua benda yang ada kat depan tepi n kadang-kadang belakang mata tapi, cecepat istighfar k. Emosi manusia biasa ni selalu berubah ubah.Tapi nak buat macamana, dah tak boleh nak ubah perception tu. Sebab kita selalu rasa kita dah buat yang terbaik untuk semua walhal kita mungkin ada terlepas pandang some other part.

Problem kat kelas la, hal duit la, dengan kawan la, dengan tetiba Celcom centre call berkali-kali mintak payment padahal tak pernah guna pon kad sim dia tu la, hal family la, tapi.............. semua tu bila di fikir kan balik takde lah besar mana. Nak try ? Cuba tengok orang yang jadi Menteri tu, even diorang ada duit banyak sekalipon, tak semestinya clean je dari masalah ni suma. Lagi banyak masalah dorang tahu takk ?? K jangan gelabah sebab aku tak marah pon, eksen eksen serius je ni. Hheee.. Retis yang korang minat sangat tu, cantik mana sekalipon, kacak sangat ke, kaya gila er dorang pon ada masalah memasing weh ! Ingat dorang tu sume happy je ke sepanjang hidup ni. Tak semua tauu :)

Bila berada dalam situasi yang ada masalah ni, mula lah hidup tak tentu arah, kalau pandang dinding tu kemain macam nak pecah dah dinding tersebut. Skema betul. K apepon takde siapa pon dalam dunia ni suka kan masalah atau seumpamanya. Tetapi apakan daya, no pain no gain maaannnn. Dalam erti kata lain nya, tak adventure la hidup ni kalau tak di uji dengan masalah. Tak sesenang yang yang di sangka dan tak tak sesusah mana . Ingat lah yee after solat tu, mintak la supaya Allah permudah kan segala urusan kita ni. Jangan masa dah susah je baru nak tercari cari tapi biarlah istiqomah dalam sesuatu apa yang kita buat tu. InshaAllah kita nak jadi manusia yang hebat, kena ada ujian yang yang hebat juga. Tak gitu donggg? 

Baiklah, rasa rasanya macam tu je yang nak cakap harini. Tak rasa nak cakap daaahh. Thanks everyone. Thanks reader. Thank you Allah. Sambung la buat keje memasing k. Salaammm

Doa untuk semua

Assalamualaikum wbt..

Tetibe je tejumpa doa nii..
Takpe, dalam doa kan kte boleh mintak macam2. Rase nye ok kot doa ni. Maka, sehingga berjumpa lagi n slamat beramal...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

 Actually dah lama simpan entry ni dalam draft or dalam erti kata lain nya Sorok diam diam tapi tetiba tadi terjumpa balik jadi ada baik nya kita share reramai. So , that's all from me. Thank you :) Assalamualaikum ! *angkat tangan*