Wednesday, 8 May 2013

Agenda bulan Mei

Fuh, setelah dua bulan aku bekerja, tiba-tiba baru ku sedar yang sudah lama aku tidak bersosial. Bukan sosial yang joget-joget tu ahahaha. Siot tau. maksud aku, yeah berseronok-ronok(???) dirumah sambil bermanja dengan kekasih ku laptop, menghabiskan 2 buah novel dalam sehari (tu pon kalau aku tak lembab sangat membaca), membelai muka(BAHAHAHAHAHA), mengemas rumah(hmmm), memasak(HMMMMMMMMMMMMMM) dan memberi kucing kasih sayang yang secukupnya. Fuhfuhfuhfuhhhh. penat tahu dak.

now.
kerja dah baru.
banyak masa terluang dapat diluangkan. yeay yeay!
kerja apa? nanti lah bagitahu. boring.

Pada bulan Mei ini banyak yang aku dah rancangkan untuk diri sendiri dan diri ini. selfish gila tahap apa.
aku ada banyak benda kena attend bulan ini.
Pertama, ex-housemate bertunang
Kedua, pada besok hari lepas attend tunang ada wedding kawan satu U.
ketiga, melepak kat tepi laut pada hujung minggu bersama hati yang lara ( yang ni aku tambah.tipu )

K sebenor-benornya ada dua benda penting je. kawan nak tunang dengan nak kawen. alahai tunang pon nak kena datang kee ? eh mestilah ! kawan baik kot. rapat lagi. so why not kita luang masa sikit kan penuhi undangan. kang aku tunang kang ibu ayah adik badik je yang ada. sedih gak aaaa.haha
Manakala, kawan yang nak kawin ni pulak dua-dua bakal pengantin ni kawan satu kelas aku masa study dulu. ewahwahwahh 'masa study dulu' tu takleh nak blah sangat tau. baru je bebape bulan kau habih diploma dah berangan macam setahun dua mihmihmih :)

seowwwwwwwwww (cara sebut sama macam kau nak sebut 'SO' tapi gaya kekwat), sebagai perempuan yang agak selekeh dalam apa jua keadaan maka aku haruslah merancang cara pemakaian yang aku nak pakai masa kedua-dua kenduri tu nanti. dah kenapa. sukahati aku lah nak plan ke apa ke kannn. perempuan tetap pompuan. Aku bet lah kalau ada lelaki mana-mana terbaca blog aku ni mesti memperkecilkan niat suci murni aku ni. Tak payah sebut lelaki mana-mana lah. tak jauh, tu ha ayah aku je. Bila nampak aku try baju ke, pose depan cermin tu mula lah dia mencebik-cebik. eee geram je tahuu. kemudian aku akan cakap, 'ayah,pempuan ni memang lah kena macamni'...

eh. jap jap.
sebenarnya kan, aku plan tadi kan, entri kali ni nak cakap sikit je.
tapi kau tengok lah. 
naik lenguh menaip laju ni semata nak cerita banyak.
kau tak dengar aku bercerita lagi.
tak sesuai dengan muka aku yang ayu lagi anggun. 
HAHAHAHA *riak sangat ke

Aku dah survey aku nak pakai apa.
so bila aku cakap dah survey mesti la nak tengok apa yang di surveyyyyyy kan tu ye tak.
baik.
aku tunjuk kan jugak lah.

pilihan pertama: 
yang ni memang berkenan sangat dah.
harga pon ok. 
sesuai dengan ekonomi lah kira
kain dia chiffon. 
kenduri kau tahu jelah cuaca dia lagu manaa.
jadi sesuai lah kain ni sejuk.



Pilihan kedua: 
hm.hijau.paling aku minat dah ni
kain pon best tapi tak sure kain dia jenis apa.
tak silap kain jersey kot.
sesuai lah agaknya.
cantik pempuan ni pakai.
tak tau cemana rupa bila aku yang sarung pulak


Pilihan hati yang ketiga:
Purple uolss. cantik
harga pun sesuai.
hm ala-ala jubah gitu 
so jimat masa takpayah nak buang masa gosok banyak helai.
orang macam aku ni bukan saja terlebih rajin malah penjimat masa. *achummmm!*
 

Pilihan nafsu yang keempat:
InshaaAllah ni yang paling last.
Kuning.
cantikkkk.tapi tulah.
kang aku pakai ada yang nampak macam rimau bintang.
blerghhhh. k yang ni serta merta ditolak.
 

done dengan pemilihan baju. tinggal nak order. lepastu berdoa jelah banyak-banyak supaya post cepat sampai at least sebelum next week punya weekends. dah lambat order terima lah padah ye tak.

ok lah tu je nak cerita. rasa kosong pulak blog ni kalau tak cerita. Assalamualaikum !





Tak Suka

Assalamualaikum.

Kita manusia manusia ni selalu je rasa tak cukup. kan. tak suka itu, tak suka macam ni, dan lain lain (amboi skema sgt ayat itu). Mari aku tunjukkan apa yang aku selalu rasa tak suka tu. Mana tahu korang pon ada terasa sekali. Boleh la share ye tak :)

- tak suka la tunggu orang lama-lama. Jangan buat orang tertunggu boleh?
> sedar tak sedar kita pon terkadang ada juga buat orang menunggu kita. Kita tak tahu.

-Tak suka la kerja macam ni. bosan
>orang yang takde kerja tu kemain mencari kerja. kita yang dah elok ada pekerjaan ni mengeluh banyak songeh. nak lempang la tu

-tak suka ada kawan perangai macam tu. annoyed !
> macam la kita ni perfect sangat sebagai seorang kawan/teman/sahabat. Nobody's perfect.

-tak best la makanan harini. tak suka makan makanan macamni
> Tunggu Allah bagi kau tak makan baru kau tahu apa itu erti penyesalan. Tak suka sangat kan

-Tak suka la engkau ni banyak cakap sangat. aku nak cakap pon tak boleh
> lol. part ni aku selalu rasa gahaha. tapi kau rasa-rasa orang lain suka tak dengar kau cakap banyak? hm ? sendiri jawab 

-Tak suka la bising2 ni. Orang nak tido !
> engkau bising takpe ? meh nak lempar selipar satu kat mulut tu  ( eh jahat pula aku )

-Tak suka la lelaki macamtu. tak hensem. takda gaya. takda blablabla
> Bak tunjuk apa yang kau ada. banyak? Asal dia terima kau seadanya dan membahagiakan kau, jangan la ego teramat. Diri pun bukan sempurna sangat

-Tak suka la ada bentuk badan macamni. tak seksi. tak cantik. tak putih. tak kacak
> Kecik susah, besar apa tah lagi. Ni baru naik badan sikit kemain ha satu dunia twitter dah tahu

so apalagi.. belajar bersyukur walaupun dengan nikmat yang sedikit. done 



Monday, 8 April 2013

Bahagia Happy

Assalamualaikum .

Tahukah anda bahawa diri kita ini seringkali terbuat perkara yang orang tak suka. Its normal yaw !
Mana lah kita tahu orang tak suka ke suka ke dengan apa yang kita buat ye dak. Iya lah, selalu tu kita main pakai buat apa je sukahati tanpa sempat memikir adakah orang ok dengan kita. HMM apa agak nya kalini aku nak borak pon tak tahu. Tak, macamni. Kalau apa yang kita buat dengan seikhlas hati tu orang pon dapat terima dan nampak dengan seikhlas hati itu dah kira nikmat yarabbi dah. Bagaimana pula dengan kita dah beria ria berperangai baik dan elok dan orang sekeliling masih lagi tidak senang dengan itu. Persoalan nya kalini. Macamana nak handle. ADAAAA, siapa kata takde macamtu. Mostly uols kat luar sana mengalami benda yang sama. Kita sama sama manusia maa. Tak lari banyak mana pon. 

Ok. Bagi aku lah, aku kadang kadang tu buat tak kisah pun dengan orang sekeliling. i mean, bukan kera sumbang u know. Sombong ke apa ke, bukaannn. Ini masalahnya bila kita rasa kita dah berkelakuan bagus, maka effect nya juga akan terpancar melalui gerak geri yang bagus, so kenapa masih lagi ada orang yang tak berpuas hati dengan kita ya ? Pernah jugak k aku terfikir. Ok bukan pernah tapi macam boleh kata selalu lah. Huuuu :)

Maka aku pon ingin meyuarakan separuh rasa apa yang aku rasa selama ni ahahaha. Rasa takpayah nak ahahaha beria kot. hurm. 

To me,

Aku TAK rasa bahagia bila aku tak dapat buat apa yang aku suka. 

Aku hanya rasa BAHAGIA tu bila aku rasa aku dapat bagi apa yang aku suka, then aku buat untuk diri aku sendiri. Kira bagi reward kat diri sendiri lah ni


Aku TAK rasa bahagia bila aku sedar yang aku ter tinggi kan suara kat ibu ayah.

Maka aku BAHAGIA bila aku dapat pandang, and cakap dengan lemah lembut even tak berapa nak lembut dengan ibu ayah. Bahagia tu kita je rasa tau :)


Aku TAK bahagia bila apa yang aku buat sehabis baik then orang lain masih nak pertikaikan.

Aku cuma BAHAGIA bila orang dapat hargai walaupun sedikit atas apa yang aku dah cuba lakukan. (Kedengaran macam buat tak ikhlas kan, but for me, its for my inspiration. At least, respect others effort towards it.Bukan senang beb) 


Aku TAK bahagia bila aku dapat rasa kawan kawan makin jauh. Kadang tu aku rasa mereka sengaja menjauh dari aku. Apa salah aku sendiri aku tak dapat nak detect. Jadi aku mula frust sebab aku tak dapat jadi kawan yang baik.

Aku cuma rasa sedikit BAHAGIA bila aku ada saat mereka memerlukan. Aku bahagia :) 


Aku TAK kan pernah rasa bahagia bila aku mencuba cuba jadi diri orang lain. Maksudnya macam meniru perilaku orang lain. Yes , we have to be the original one kan ofkos. Tapi itulah, perasaan terikut ikut tu memang tak dapat nak halang. ngeh

Aku rasa BAHAGIA bila orang sekeliling dapat terima aku seadanya. Dengan cara aku sendiri. How do i look, and even who i am. oh my, rasa diri ini dihargai u know. Macam tu juga lah kalau kita treat kat orang lain benda yang sama. Mereka pasti rasa bahagia juga 


Aku TAK dapat nak rasa kebahagiaan itu apabila aku asyik memikirkan apa orang lain akan kata tentang aku. I hate the most. But i always do bebeh. keep keep keep thinking. So acaner nak prevent ni ?duh

Aku rasa keBAHAGIAan itu sewaktu aku dapat buat apa yang orang tak dapat buat. Peduli apa orang kata, and we move onwards.Yang penting kita mesti tahu apa tujuan utama kita. Kalau setakat untuk kearah keburukan, better forget it ya. 


Aku TAK bahagia bila aku stress bila ada masalah

Aku rasa BAHAGIA tu once aku dapat senyum, and fikir benda benda positif walaupun sedang ada masalah. Well, semua orang have their own problem kot ! And akan sampai satu tahap tu kita akan rasa nak menangis gembira tau bila kita dapat satu kekuatan cuma untuk SENYUM sahaja. Akan ada perasaan itu. inshaaAllah. Sebab kita ingat kita lemah. Walhal semua masalah dan dugaan tu kan Allah yang bagi. Untuk uji. 


P/S: aku juga tak sempurna. Maafkan aku ya sekiranya aku juga ada terlepas pandang yang dapat menimbulkan rasa tak selesa to all my neighbours( yeah friends,family,teachers,strangers semua lah )

Apa pun masalahmu, ia PASTI PASTI PASTI akan berlalu. 
SENYUMLAH
Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dapat dihadapi dengan cara yang betul. InshaaAllah ! 


Step by step and start to grab. 
Kita punya bahagia kita je yang boleh rasa. Bak kata Fynn Jamal. kaannn

LOVE.HUGS.SMILE



Sunday, 24 February 2013

Semalam dan akan datang

Assalamualaikum. Semuanya. Sesiapa yang terbaca atau yang sengaja baca. Tapi takde kot yang sengaja tu. Barangkali semuanya terlalu lalang kat sini.

Kali ni...
Saja nak share. Kisah hidup.
Actually bukan kisah hidup sangat. tak semuanya
Even kita tak rasa perlu pun nak kongsi dengan orang lain. Tapi hati kan lain lain.
Kita tak tahu orang lain macam mana. Macam tu jugak orang lain tak tahu kita ni macam mana.
Dalaman kita. I mean, looking from inside. From the bottom of your Heart.
Tak semua .


Tak semua fikir positif pasal kita. Tentang apa yang kita buat.
Sebab....
Kita pun tak selalu buat begitu. Kan?
Manusia ni kadang kadang mudah sangat nak tafsir.
Iya, kita pun selalu sangat tafsir kan orang lain sampai terkadang tu tersalah tafsir.
Elok ke begitu..


Aku dulu semalam and akan datang mungkin berbeza.
Beza pun ikut dari segi gaya pemikiran.
Sebab bila dah besar ni dah dewasa boleh fikir.
-Betul ke yang aku buat ni..
-eh ni salah ni takkan nak buat jugak kot.
Last last, buat jugak.
Sebab.
Hati tak kuat. Iman tak berapa teguh.
Istighfar lah macam tu kalau masih ada iman dalam Hati.


Tahu. Aku pun pernah bersalah.
Sebab.
Aku rasa aku dah buat orang terluka.
But then aku yang happy, bahagia without thinking others feeling.
Aku perempuan.
Buat perempuan lain terluka.
Just because of ME.


Terkejut ke..
Aku tak terkejut. Sebab aku dah buat pun.
Rasa berdosa sangat sangat.
Tapi Alhamdullillah, sekarang lebih tenang.
Siapa yang tahu cerita sebenar mungkin akan faham
Yang tak tahu mungkin banyak Spekulasi dalam otak.


Dari dulu, setahun yang dulu aku cuma berharap akan ada hikmah disebalik semua ni.
inshaaAllah mungkin dah ada or belum lagi.
Atau aku yang tak perasan.


Dulu,
aku pun pernah rasa minat meminati, feeling feeling admirer kat lelaki
 oh bukan maksud aku sekarang minat kaum sejenis
Aku pun gadis biasa biasa. Tak lari semua tu
Cuma nya masa sekolah aku tak ambik kisah sangat hal hal macamni
Ada orang minat, aku senyum je
Ada yang membenci, aku menyumpah seranah jee.
Itu dulu.


Bila dah habis sekolah orang yang aku minat gila tu last last macam nak lost contact.
Frust tu tak sangat lah.
Tapi aku rasa aku tolak orang lain just because of Him.
Lelaki ni, even dia taknak pon still bagi hope. So aku rasa dia betul betul nak aku
Rupanya, aku pilihan family dia je. Dia taknak pun :(
Nasib aku lah kan.
But now dia dah kahwin dah pun.
Tahniah :)


Aku terus dapat lupa dia.
Sebab tetiba aku kenal dengan someone ni.
Senior aku.
He came to me.
 Bukan aku yang bersemangat nak cari. 
Nak sedapkan hati, cakap jelah macamtu. "he came to me."
Dia macam kelakar kot so kitaorang dapat get along sampai setahun lebih.
Aku pun tak percaya aku boleh ada hati nak stay dengan lelaki.
Sebab aku rasa aku jenis cepat bosan.
Bila aku dah belajar setia, and mula sayang then he left me


Sadis ke tak sadis
Lama lama aku yakin dan percaya dengan ketentuan Allah
Bila dia jauhkan kita dengan seseorang tu even kita sayang macamana pun
Still if Allah said he's not for you, not your Jodoh,
it'll doesnt work at all
Buat lah macamana sekalipun. Dah bukan jodoh, terimalah.


It tooks sooooooooo long for me to forget him
and i've tried my best to do so
Alhamdulillah, he's gone from my mind, my heart, and and and my soul


Satu lagi ujian, bila orang yang selalu dekat dengan aku
Aku terjatuh suka dengan dia
'Dekat' means always being with me, cheer me up, bergaduh and all that


Mulanya aku tak sangka
Dulunya aku benci gila tapi dalam diam aku kagum.
kagum dengan dia sebab boleh setia dengan 'girlfriend'(now dah ex-girl or whatever) dia
Jujurnya, aku minat dalam diam. Tapi pendam jela
Orang punya.


hm tak semua yang kita fikir ni mudah
yang kita nampak mudah tu senang.
yang nampak senang tu lah sebenarnya complicated
Sebab kita selalu pandang remeh kat perkara mudah
Padahal tak susah, cuma rumit


Nak jadi cerita, dia juga minat aku(yeke ni?)
aha then kita mulai rapat
i know, masetu dia still with his girl
still messaging, calling, hm
even in front of me :(


Mula mula tak rasa apa sangat
tapi bila dah lama tu tetiba rasa lain
ada rasa cemburu sikit
merajuk sikit
gaduh sikit sikit
Lama lama terbongkar, yang aku dah tersuka Kau !


*tarik nafas panjang*
*breath out then*
K memang tak jangka pun benda ni berlaku
Bila aku cakap yang aku terasa cemburu tu datang sikit sikit,
dia terima
sebab dia pon dah lama rasa sama
arghh
Ujian bermula.


Aku dapat rasa, dan mula fikir..
if im taking others belonging, someone other will take mine's then
sooner or later
im just wondering if it could be happened. To me. To Us. To my family
MashaaAllah. Mohon dijauhkan


Bila aku suarakan kat dia yang aku rasa bersalah sangat,
sebab aku dah ambil hak orang
kemudian,
dia mesti cakap. 'Aku bukan milik sesiapa.Hanya milik Allah yang menciptakan'
ok ok itu mestilah.


You know, kita mesti akan berfikir fikir kalau kita kat tempat dia
Apa dia rasa
Berapa lama masa dia ambik nak lupa
Susah ke senang kee


oh aku pernah rasa semua tu
Tapi bukan sebab orang ketiga(KOT)
sebab orang yang dah tak sudi
Masatu mula belajar Redha


'Allah tak bagi apa yang kita nak, Dia bagi apa yang kita perlu'


Redha. Bukan pasrah.
Akhirnya aku buat keputusan untuk bertanya
Sampai bila dia nak hidup dengan benda dia sendiri tak pasti
Dengan yang ini cakap sayang. Tapi still ada orang lain
sakit. tak. pedih sikit


Aku kata, kalau sayang buat cara sayang.
Aku tak kata, 'tinggalkan dia'
Cuma aku kata jangan bagi orang berharap walhal kita sendiri pon tak pasti lagi
Aku pernah rasa orang bagi harapan
hasil dia, NOTHING
eh ada sebenarnya.


Pengalaman mendewasakan. Gain experience


Sampai satu tahap tu aku jadi tak kisah.
tak kisah pun if dia still nak get along dengan girlfriend tu
sebab aku akan jadi lebih bersalah kalau dia tinggalkan perempuan tu.
untuk Aku
Jujur dari hati, aku tak kisah kalau dia buat macamtu.
Walaupun jujur tu tak nampak dari perkataan, inshaaAllah lahir dari hati


Bukan tak sayang, tapi dah terlebih rasa sayang tu
Cuma kita kena la fikir betul betul
Bagi aku, if dah tersurat itu jodoh kau, it will be
pergilah kat 10 perempuan lain pun tapi kalau dah tertulis he's yours,
it'll be yours.
Have some faith on it.


Satu hari tu aku dapat mesej.
Mesej dari dia. katanya dah tak ada apa apa lagi dengan girlfriend tu
Aku tanya.
is it a good or bad news for me ?
Aku jadi tak percaya
tergamam. speechless semua ada bersatu hati.


Taknak panjang cerita.


Sekarang we're still together.
Nak kata couple, jauh sekali.
Sama sekali bukan.
Jangan ada yang tersaah anggap
Kita yang alami, kita je yang tau
Cuma kawan. tapiiii rapat tersangat.
Boleh share apa sahaja.
Cerita sedih, happy, annoyed 
Kami selesa begitu


Harap ada future dengan dia.
Harap dia sudi jadi my Imam in the future
Doa aku, semoga dia jadi anak yang baik,
anak yang Soleh untuk ibu bapa
berbakti untuk family. 


Guys, thankyou.
Kawan kawan teman teman 
yang tak bosan bagi semangat
Even things nampak macam susah
Tapi yang mengalami je yang tahu 
Apa rasa sebenar. Tak rasa tak tahu.















Monday, 18 February 2013

Perkahwinan Sepupu, Perempuan...Aku ??Nanti nanti

Assalamualaikum ! hi guys. hi liana. 
  
Tempohari ada wedding. Wedding apa? Ofkos not my wedding. Nak tahu please rujuk dekat tajuk besau. hmm aku awal lagi dah gerak dah dengan sepupu sepupu yang lain then lepak kat Bagan Lalang dulu which is my home. On the next day(friday) baru gerak ke Kg.Endah Banting untuk bertemu dengan sedara mara yang lain di sana. Sebenarnya on Jumaat was menikah day, so after dorang yang laki laki tu balik dari masjid baru lah ramai orang kat perkarangan rumah.Yang aku, baru sibuk nak pakai tudung, bermenung depan cermin lagi pastu berangan apa tah hah. Lepas orang duk busy busy panggil baru lah i muncul dengan semangatnya. 

Masatu family aku tak sampai pon lagi. Dorang gerak after Jumaat. So after kak Ain dah selamat di ijab kabulkan and ambik ambik gambar sume barulah dorang sampai. Alamak lupa nak perkenalkan. Kakak Ain tu sepupu den. Mother's side. Our mak and ibu is adik beradik. Dann...bermula lah cerita dengan hasil gambar gambar yang melimpah ini. Aku sendiri pon tak tahu nak start dari mana. Fening weh feningg. Oh, by the way next week i dah start kerja uolss. Kerja hape?? hmm hmm part time aja. Penat ah duduk rumah jadi housewife. Sooo part time dulu pon part time lah sementara tak keluar result lagi ni khennn.. Masa untuk mem busy kan diri dan menambah duit poket bagi menyara kehidupan sebagai bujang ini. Hiks amboi. Bujang tauu. Bakal suami belum masuk minang lagi. Nak blajo dulu katanya. eh ape cerita kelaut ni. K k dah! *tepek helmet kat muka sendiri* 

-------------------------------------------------------------------------------------------

# Yang baju biru belang merah tu adik jantan aku yang bongsu. Ko tahu, dari mula-mula dia jejak kaki sampai la waktu nak balik memang tak berhenti main je kot. Tak fenat ke tak fenat? eh aku pon naik pelat cakap pasal dia ni pulak


# Aha masa ni not fully recovered lagi. But dorang touch up kan masa malam before dorang sanding. i mean masa malam berinai. 


# yes, ini yang macam mak daten ni sepupu kita juga. Aina adalah adik kepada si pengantin pempuan. She always busy okehh. Bakal cikgu for 5 years coming hikhik


# eh apakah ini? tadaa our new family members, bro Iwan and kak Ain was in their persalinan on 'malam berinai'. Malam gituww


#Ibu i. Shes my mother and my designer and my teacher and my auto alarm...and bcoz she's my EVERYTHING. Oh iye ibu selaku penjaga doorgift and manage all of these stuff. the stuff is just placed Next to her. See see up here !


#Tu tuu yang beratur tu memang tak lain tak bukan adik beradik and sepupu aku. They just greet the guest and making noise all the time. and after a few hours they decide to stay inside and watched the tv. We are happy girl yesterday :) ....and exhausted


# Mak dan bapak pengantin harus lah ada di dalam gambar ye tak. Dari kiri hujung tu ibu aku, Pak ngah and tengah tu Mak ngah aku. Mak ngah ialah kakak kepada ibu dan juga seorang headmistress di salah sebuah sekolah kat Banting. ngehngeh suaminya pun cikgu juga tau !


#Me as a bridesmaid on their wedding day. Nampak tu tersengih sengih? Sooo panas you know. Kadang kadang kipas di tangan yang sepatutnya untuk pengantin pon aku kipaskan untuk diri sendiri jee. Orang lain yang pening bila aku buat begitu. Haihhh


#Ini hasil tangan ibu and my family. Adik beradik especially. Kitaorang yang terlebih gagah buat semua ni. So lovely weh bila dah siap camni. Doorgift ini di differentiate kan ikut gender dan ages. Untuk yang laki laki haruslah gambar yang paling diatas manakalah yang ada sweet and lovely ribbon tu for kids sebab ada coklat didalam. And gambar balang kaca itu untuk orang puan aja. Akak akak gitu lah


#Camwhoring je. Masa ni tak silap malam berinai tu. and me dengan muka tak mandi. yang lain tak pasti kesahihan nya. Mandi lah kut. Oh lupa malam tu ada blackout sekejap tapi Alhamdulillah dah ok balik so that is why i tak mandi. Malas k penat.

#hey y'all capital C stand for COUSINS. Here they are


#Masa tengah boleh cover ayu lagi. Setengah jap kemudian bukak tudung balik cuci muka then pakai balik dengan tergesa gesa sebab suma orang dah panggil. Nasib sempat snap gambar yang ini. im the owner of this blog


#Orang tu dah berbini pon masih mahu mendambakan kasih lagi. Enough la enough hahah

EVERY PICTURES HAVE THEIR OWN STORY.
So i dah ceritakan serba segalanya. 
Maaf terkurang . Terlebih.
Thank you for spending your time to read this entry :)