Saturday, 28 July 2012

Ramadhan kali Ini

Assalamualaikum !
  *psst,entry kali ni tak mengandungi sebarang gambar. Yang ada hanyalah leteran dari Yg Berbahagia, Lianer

Puasa dah ni kan. Jadi tak risau sangat kot kira nya nak celoteh celoteh pasal habit aku di bulan Ramadhan yang mulia ni. Banyak sebenarnya yang aku rasa aku buat bulan bulan puasa gini. Tak perlu la nak cerita apa yang kita makan waktu buka ke, apa makanan yang best ke ape kan. Yang penting, setiap kali nak bersahur mesti nama aku yang akan dipanggil berulang ulang kali sebab kengkadang aku Anggap suara suara tu macam dalam mimpi lagi. Rupa nya memang dah realiti habis. Tak ke buang mood pepagi yang hening tu ? Sooo..... elok lah kiranya Jika kita menidurkan diri dengan lebih awal di samping mendapat kan rehat yang cukup (bukan telebih Rehat ok, ) And boleh bangun dengan segar nya pada keesokan pagi nya untuk bangkit sahur. Huh penat * 

So aku rasa setakat ni Mood aku biasa biasa je tapi terasa macam dah upgrade sikit tahun ni bila bangkit sahur punya cerita ni. Sebelum ni aku lah nenek moyang segala pemalas untuk bangun bersahur tau. Apetah lagi bila ada kat rumah sewa, takde orang yang akan paksa paksa aku bangun awal pagi tu. Kan. Tetapi alangkah Terbaeknya pabila aku dirumah family sendiri. Akan dikejut dan di laung laung nama aku berkali kali. If aku tak bangun memang bapak aku dengan rela hati nya membebel sensorang padahal aku syok gila sambong tido. Tahun ni aku berazam nak bangun dengan segar nya even kena di kejutkan jugak. Apa punya anak dara la Liana ni tau. 

Bila aku bangun sahur kan, aku mesti akan prepare something untuk diri aku sendiri. Aku akan buat kan susu tepung, which is Whatever susu sekalipon yang ada jual kat pasaraya tu, Andd minum panas panas suam. Dari dulu aku amal kan so takde la perut aku sakit besok nya. Nak pulak aku jenis kurang sikit air suam ni, tapi memang sebati sangat dah dengan susu ni. Dan paling penting ada kurma. Nabi pun sahur kurma jugak tau. Tahan je perut Baginda. Boleh je buat kerja harian macam biasa siap dengan ibadah yang sunat lagi. Kita ni , sumbat lah ape pon masa sahur tu tapi bila tiba hari siang tu konfem datang balik lapar tu. Nak lagi dah tengahari, ternampak pulak air Ribena yang tak bancuh lagi tersusun elok kat tepi rak dapur tu. Ha selalu kan nafsu duk kacau kita gitu ? 

Salah satu cara nak elak rasa panjang waktu berpuasa , menahan lapar dan dahaga dah sebagainya, kena lah kita melakukan kerja kerja yang berfaedah serta tidak membuang maa. Alangkah baik nya kita membuat kerja kerja rumah or tolong Mak buat kuih untuk hari raya or baca buku resipi then try untuk berbuka nanti ke... Jadi takde lah kita terasa sangat puasa nya tu. Tapi jangan la sampai terabai Solat kita. Bila bulan Ramadhan ni, semua berlumba lumba nak buat banyak ibadat. Bukan lagi tambah dosa kering begitu sahaja sampai menderma pahala kita kepada orang lain. Haa faham kan ? So better kita berubah at least sekelumit cuma. Tambah pahala lagi tahu..Takpe, even kita buat sikit-sikit orang memang tak nampak tapi orang sekeliling boleh menilai kita dari sudut perubahan attitude dan aura keimanan seseorang tu. Memang Iman tu tak dapat di warisi tapi sekurang kurang nya ada rasa nak berubah walau sedikit tu pun dah cukup baik. Then dari sikit tu akan berbuah menjadi banyak. Jangan ada rasa Malu nak berubah ye kawan. Orang yang terasa dan mula terfikir nak berubah ni sebenarnya lagi hebat dan berjaya dari yang tak rasa apa-apa bila mereka tak berubah langsung. Tak salah memuji mereka yang dah berubah, bahkan bagi sedikit demi sedikit galakan supaya dia terus istiqamah dalam segala perbuatan nya.

Misal nya, situasi macamni .
     Dia nak pakai tudung, tapi sebab nak ikut ikut kawan yang lain. Tak salahh nak ikut. Benda baik kan. Tapi jangan pulak ada kawan lain yang tak senang dengan perubahan tu. Itu akan menurunkan semangat dia untuk berubah. Sebab nya, dari gejala ikut ikutan tu, mana tahu dia akan terbiasa And mula menyedari betapa penting nya Wanita menutup aurat mereka sebaik nya. Cara aku bercakap taknak kalah dengan gaya seorang ustazah kan ? Taapiii kita tak perlu menunggu untuk menjadi seorang ustazah  atau Ulama dulu untuk menasihati sesama manusia, bahkan kita perlu berkongsi apa jua yang kita tahu dan apa yang kita faham. Setiap orang bebas bersuara dan menyatakan pendapat mereka, tapi biarlah kena pada cara. Jangan lah sampai mengguris hati pihak yang lagi satu tu. Tak manis kan. Sama sama lah kita ingat mengingati antara satu sama lain. Yang kurang kita baiki. Yang elok kita contohi. 

Oh ye, bila berpuasa ni melatih kita menahan segala bagai nafsu Baik dari segi nafsu lapar, dahaga, perangai, And of course nafsu marah. Allah tak suka kan :) takmau marah marah ek. Lagi satu, bila kita berbuka tu jangan duk taksub sangat dengan makanan yang pelbagai tu. Haruslah berjimat cermat. Yang pasti, ingat lah kepada yang tidak berkemampuan di luar sana. Sebab nya aku kengkadang pon tak habis makanan yang aku makan. Tak ke amalan syaiton tu ? ish. So, mari sama sama mula kan tabiat baru ! Wallahualam sekian saja :)

Monday, 9 July 2012

Dimana mana ada KUCING

Assalamualaikum semua :)

Hai kali ni aku tak banyak becerita sangat.
Kerana nya aku amat gigih sebentar tadi untuk menyiapkan satu video ni sahaja.
Entah apa yang lama sangat tah sampai kan nak buat video yang remeh ni pon kemain fokus gila.
Tapi takpe, seperti yang aku gembar gemburkan kat dalam twitter tadi bahawasanya this is my first trial.
So nak tak nak memang korang kena jugak ah keep on view video aku ni.
Lain kali bila dah pandai sikit lagi aku buat banyak banyak sampai semua orang temuntah warna warni okayy.

Kisah dalam video ni berkenaan pasal kucing-kucing aku.
Bukan nya kucing mahal tu,semua stok yang datang rumah, lepastu dah tersuka dekat orang dalam rumah tu then stay terus kat rumah aku tu.
Haa nampak tak?
Kami memang suka kan kucing. Terutama sekali ibu.
Ibu adalah orang yang bukan sahaja suka kan kucing malah dia membuktikan yang beliau memang sayangkan kucing-kucing tu.
Buktinya, ibu la yang beli kan makanan dorang, pasir untuk mereka melabur, dan sebagainya lagi lah.

Jadi aku dedicate kan video yang amat selekeh sekali ni untuk kucing aku yang baru saja pergi minggu lalu.
Disebabkan kejadian itu, ibu dan adik aku pon dengan gagah nya menelefon aku pagi subuh-subuh lagi untuk menceritakan kejadian pilu tersebut.
Jom aku nak tunjuk video kucing-kucing bertuah aku ni..
TAPI ni belum semuanya lagi tau !
masih ada banyak lagi yang tak dapat dimuatkan sebab dah hilang.
Mari kita selami kisah kucing aku ni :)




BUT kawan kawan, video ni  jadi tah pape sikit bila dah upload kat blog ni.
So mintak maaf la kat mana-mana subtitle yang tercepat and yang tak berapa nampak tu
Terimakasih and Assalamualaikum :)

Monday, 18 June 2012

Perihal Aku bila nak dekat FINAL (?)

Assalamualaikum :)

Soalan? kenapa dah berbulan( padahal sebulan je pon ) tak berani update ? Jari jemari aku yang dah timbul banyak scars ni memang ambik leave for quit some times.Mintak ampun. Aku pulak gadis yang RAJIN tetiba kebelakangan ni memang tak lah kan nak cerita bagai kat blog hadoo ni. Oh ye jangan lupa opposite kan perkataan *rajin* tu ye supaya semua tak tertanya tanya kenapa aku besar kan ayat tu. Dah la guna hurup besar lepastu gigih pulak nak bold kan bahagian tu je.

Tak semena mena nye dah nak dekat hujung semester dah kami kat sini. Mula la melarat aku punya mengantuk lagi, malas berkapal kapal pulak tu. Dan kalau aku kat rumah family sekarang ni confirm i will act the same habit sebab aku tetiba dah jadi jenis kebal bebelan. So nampak sangat dah sebati dengan leteran ibu di rumah sebab dara sunti nya kini makin liat bangun di kala matahari mula memancar kan sinar suria di pagi hari. Dan lagi ayah mesti akan cakap " mane la rezeki nak masuk bangun lewat lewat cenggini. Orang mengaji la lepas subuh tu, study ke buat breakfast ke and aku pun.....makin lama makin Zzzzzzz. Nampak kan LR ni macamane ? Oh rasa nya aku dengan adik laki aku yang sorang tu pon dah serupa dah. Dia ajak tengok bola aku join, ajak aku makan tengah malam pon aku on je.. buat kan dia kopi pon aku okay je kot ! Whoa menakjubkan tak ni ? Tapi serius la beb memang aku ala-ala brader bujang gitu kalau balik umah. Tapi sekarang dak Akim tu takde dah nak suruh aku buat kan sebab ada satu hari tu aku arah kan je kena masuk kan ape, letak gula banyak mana so NOW dia yang buat kan untuk semua. Tapi oleh kerana kami berdua je yang mata masih segar so kita dua jela tolong habis kan sampai la bola habis.

Habis cerita kat rumah. Perangai aku pulak nak dekat exam ni lagi la macam macam ragamnye. Orang waktu pagi, aku buat macam malam.Bila dah malam mata aku punya la terang macam siang hari. Okay tu belum kira dalam kelas berapa kali je aku dengar lecturer bersyarah. Kekadang je aku dapat tangkap tapi once dia senyum kat aku aku pon cool-cool jela balik macam tengah dengar dengan tekun. Tak pon aku beborak ngan member kat belakang. Yes lecturer kat depan kot Liana ! maklumla, mengantuk punya pasal aku tak kira dah asal kan aku tak tidur sebab lecturer jarak se meter je dari tempat aku.

But then aku masih tak faham kenapa semua pensyarah nak bagi task last last nak dekat final. Bukan sikit okay tetapi nye macam saja je takmau bagi aku peluang jadi dekan so that aku pon akur sebab orang lain pon kena busy dengan task tu sume sume. Actually besok pagi ni aku ada benda nak kena submit tapi aku lebih senang membebel kat blog sebelum aku start bubbling kat orang lain yang penat nak dengar suara aku. Ahh tak kira yang penting aku dah chill chill kat dalam bilik sensorang layan lagu yang tah ape tajuk nya pon aku tak dapat nak teka dah.Sila jangan tiru di rumah sebab aku suka buat assignment last minit tapi memang effective okay kawan-kawan =) Tiru lah macam sayaaa.

Oh ye aku tak whatssup-wasap lagi kan yang aku ada part time sekejap kat The Coffee Bean and Tea Leaf kat outlet baru bukak. Hehehe tau tak ada mall baru kat Kelana Jaya ni and the most exactly awesome is it  just nearby at our place ! Nama mall baru ni Paradigm Mall and korang boleh shopping barang dapur yang agak so so harga nye dekat Tesco which is ada kat bahagian bawah mall tu so senang la nak carry all the stuffs yang korang dah beli nak lagi orang yang cerewet and malas cam aku so malas nak kena tunggu lif lama-lama but kena turun satu escalator je. Aku punya la gila-gila membuat andaian sensorang bahawa Giant besar yang terletak di opposite mall baru ni akan kekurangan customer and pengunjung. Eh customer dengan pengunjung bagi aku tak sama sebab customer tugas nya adalah membeli barang dalam Giant tu walaupun dengan hanya membeli secawan Cool Blog okay, manakala pengunjung tu adalah manusia yang saja-saja datang berlenggang kangkung menyinggah then bila dah agak rasa bosan tengok tak abih dengan tudung yang sama pattern tu je mula la terasa nak balik. So tu definisi bagi aku yang tak boleh nak bagi pendek dah. Berbalik cerita kekurangan pengunjung tadi tu, rupanya telahan aku salah sama sekali bila ada satu hari tu aku ter saje-saje nak cari barang dekat Giant tu so aku ngan dak umah merempit kejap ke sana sebab Giant tu terletak agak jauh dari rumah, tambahan pula kena melintas dengan highway yang agak besar so that's why aku tak berapa gemar ke Giant di sebab kan alasan tak suka melintas je. Jadi sepanjang jalan menuju ke arah parking untuk park motosikal tu aku pon melihat sekeliling dan aku rasa takdela kurang pon malah hari biasa pun still ramai lagi yang sudi untuk melaburkan duit mereka di Giant. And aku salah sorang nye. Hewhew :)

Hari pun makin pekat aku tengok so dengan ini saya sudahi dengan ucapan tenkiu so much sebab sudi ber Haru Hijau dengan saya malam ni. Kalau sudi, baca la banyak kali tapi please la yang buruk pangai dari aku tadi tu jangan di ikut kerana kelak buruk kot padah nya. Yang baik datang dari Allah, yang buruk tu faham-faham lah sendiri sebab confirm satu dunia mesti cakap datang dari aku punya yeay ! BUT before tu aku ada pesanan dari aku, personally punya tau tau so please baca and go deeper friends #


To all my FINAL YEAR mates, buddy, crush *motif (?) and my future husband( kah kah )...

                                             #All the BEST dude
                                           # Please, this is OUR last year TOGETHER
                                    # And DO NOT bring your Toyol along. *but if yes, kasik tunjuk aku siket eh kuang3
#  We have another last semester but keep remind yourself we will not being together after end of this year.
# KAWIN jangan lupa jemput aku tapi tolong lah tunggu aku kawin dulu weh. GULPP
# Babe, apesal aku over sangat sampai nak buat pesanan bagai ni huh ? takpe lagipon aku dah busy lepasni so be happy and make them happy, so we'll happy for them, insyaAllah ;)

# Hey hello there, im watching you guys. Good luck for your peperiksaan yee. Have a GREAT day friends


Friday, 18 May 2012

I wish i will

Assalamualaikum wbt,

Hey hey hey ape cerita semua orang kali ni ? Takde cerita kan ? Aku pon. And i got almost a month who did not perform anything kat blog ni.Why ? no reason. Pemalas mungkin. Oh aku menang award ratu paling malas kali ni oyeah.Dan aku tak rasa ada orang lain boleh challenge aku untuk award ni. Why should i've been proud of it ? again and again, sukahati aku lah! hewhew

Dulu kan aku suka berangan nak jadi macamtu la macamni la and until today even just now i did it. Omg ape kau ni. Serius best bila kita buat wishlist nak jadi macam macam and nak beli segala benda pastu kita je tau. Tapi sekarang punya zaman lain macam. Tak sempat nak berangan tangan dah laju lagi update bagai nak gila kat fb kau tu. Eh aku tak ar. Twitter je yang di layan .hehehe HMMM nak tau jugak ke aku selalu berangan apa? Euszzz macam kelakar pon ada tapi why not kita share kan .Kita kan adik beradikk.(please la haha) . Biasa nya aku berangan masa nak dekat dekat tido ke ataupun masa aku tengah duk boring tak tau nak tengok ape dah so, i've decide to focus on 1 point and dari situ lah bermula nya kisah angan angan ku. Padahal nye takde la sampai nak kena decide dulu baru boleh start berangan tapi selalunya benda tu jadi dengan sendiri. Tau tau je kita tengah termenung. Ha pernah kan ?tipu la kalau cakap tak sebab semua orang berangan la.Aku pon manusia jugak ni ha elok je berangan jadik princess cantik pakai gown kembang siap ada crown atas kepala sambil buat rambut macam dalam cerita Rapunzel tu kan. Ha kantoi dah satu angan angan aku. So bilamana aku bosan sejenak tadi aku pon berfikir fikir why not jugak aku tulis and typing something kan. UNFORTUNATELY aku cuma main klik dekat desktop which is ada button menuju ke PAINT doc. So apelagi weh im start with trying to draw sesomething but tak menjadi so terhasil lah wish list aku ni. Nak baca semua memang tak dapat la kan sebab quality picture tak clear jadi aku tumbesaran kan hingga menjadi sampai extra large.Tapi maafkan saya sekali lagi sebab ada certain abjad yang tak dapat di baca dengan jelas disebab kan warna yang aku lahirkan tak begitu sesuai. aku tiru Art Attack kat tv tu kot ! ok let's see how its going on :)



Jadinya dengan antara antara di atas ni memang ada banyak lagi tapi tak dan nak tunjuk semua sebab lagi pening kau orang nak faham apa aku tulih. Malas nak ulas panjang panjang lagi sebab sekarang aku ada benda nak kena settle. Understood? and please yaa stop calling me sombong again penat lah nak layan setiap satu kerenah pastu kau tak kira lagi kerenah aku ni macamane rupa dia pulak. Okay deal so nak siap siap untuk riadah ( eceh ) and assalamualaikum semua !

Tuesday, 24 April 2012

Sunyi

Hai hai. hoi. okay lah, Assalamualaikum..

Selesai je telan semangkuk megi, mula lah terasa bosan dan sebagainya. Padahal kain menggunung tak berlipat, notes banyak lagi tak review, aku pulak yang melebih lebih konon macam takde benda yang nak di isikan. Tapi aku tengok sekeliling macam semua bapak bajet gila membusy kan diri. Ada yang menjahit lah, ada yang discussing lah, eh eh mulut terkumat kamit menghafal nota untuk test diorang besok pon ada tau ! Aneh nye mereka malam ni. Takde orang nak layan aku nampaknya. So aku sengaja mengeluarkan buku cerita yang korang tak payah tau tajuknya. Tapi faham faham la kan, memang aku suka buat dia tertunggu untuk aku membacanya. Tengok lah kalau kalau aku free ke nak tidur kejap lagi, aku try la selak selak sikit untuk tidak berat sebelah.

Sejak bila aku pandai berasa sunyi ni yeh. Jap nak fikir. Kejap boleh tak. Aku dah jammed gila ni tak mampu nak fikir ape ape dah. Wahh poyo habis dengan bajet dan tak siuman sikit di situ . Bukan ape, bila aku dah mula teringat nak menaip sesuatu ni maksudnya aku bosan sangat. So bila bosan kita pon tak tau nak start dari mana. So nye lagi, aku pon mula la update bukan bukan dekat fb bagai. Semua yang aku terlintas dalam hati terus ku update. Hebat tak ? Ha kau ada ?? takde, sila diamm. Sebenarnya aku nak bagitau satu dunia yang aku sunyi. Tu je lah. Sunyi sebab aku rasa sunyi. Kemudian, emosi juga tidak berapa nak balance dikala ini. Jadinya lebih baik orang sekeliling mula berhati hati dengan aku sebab kadang kadang aku macam okay, kadang kadang macam terlebih ketawa pon ada. Kadang tu macam nak bagi penumbuk kat orang yang lalu kat sebelah je pon ada. Haih? So i cannot tolong you lah kan ! Bila begini, aku mula menjinakkan diri dengan mendengar lagu yang agak agak jiwang tapi tak berapa nak layan sangat. Dapat tak ape yang aku cuba maksudkan ? Tak sebenarnya aku konon konon cool padahal nak tahan ngantuk yang melampau dari pagi tadi. 

Kenapa aku sunyi eh malam ni ? Oh ye, sebab aku tak tau nak bukak cerita apa kat tv tu so memandang kan semua orang takmahu layan aku lebih baik aku melayan diri dan memanjakan diri dengan memakai masker or bedak sejuk or whatever. Kan senang kan ? Sekarang pon aku dah pandai layan air 100 plus tau. Hey jangan tak tau k, sebelom ni i tak minum apetah lagi melayan sebarang bentuk air yang berupa dan bernama 100 plus tu. Tapi sekarang, tidak lagi. Sebabnya ? mungkin sebab free kot. Haha okay tak. Sebab gelas ni cantik lagi comel. Oh ye takde kena mengena. So ape kata kita sambung baca membaca ni. Ada jugak pekdahnya dari menaip tak tentu hala ni. Sekarang tak rasa bosan dah sebab menguap lebih mengatasi segala galanya. Harap harap la besok tak bosan begini lagi. Harap harap juga besok aku ada semangat nak buat segala assignment. ( padahal susah benor nak bukak buku bila kat rumah ni apotah lagi esaimen ha ). 
# someone like you. yes. it's you. oh bukan you lah. belakang you tu. haish chau !