Tuesday, 17 September 2013

Pengorbanan ibu ayah

Assalamualaikum

Pernah tak korang rasa macam parents korang tak pernah bagi apa yang korang nak? Bukan lah maksud tak pernah tu tak pernah langsung ke. i mean, macam certain orang ni merasakan bahawa parents dorang tak berusaha nak dapatkan apa yang dorang nak. Yela, kadang tu kita mintak pon benda mengarut je. mak ayah tu bukan nye mengalir je duit tu ada macam air terjun. Tapi bagi aku, parents kita semua ni selalu berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. yang kita minta. Ofkos parents tu bukan orang gaji yang kita boleh suruh atau mintak apa sahaja. Dah lumrah kau tu jadi anak mesti la nak mintak itu ini macam tak paham paham je duit pon tengah cukup cukup untuk sampai hujung bulan. Sooo sengal

Mengikut aku la kan, apa yang aku alami sendiri ni tak jauh pon beza dengan orang lain. Sama je lebih kurang. Macam aku, kadang tu aku sesaja la mintak nak  handphone misalnya. Benda tu ada jugak aku suarakan kat ayah atau ibu. Memang mula-mula tu macam takde harapan tapi tau tau je nanti ko dapat call dari ayah yang dia suh kau pilih warna apa yang ko nak. Haaa gitu. Tapi tu cerita masa aku tak kerja lagi. Kalau aku mintak sekarang ni memang sampai bila la aku nak dapt sebab banyak lagi perkara penting nak di beli. Banyak lagi benda penting yang perlu diutamakan selain handphone. ok tak?

Kadang tu kan aku jadi marah dengan anak-anak yang tak reti paham bahasa. Saja la satu hari ni aku scroll timeline aku kat twitter. Ada jugak yang tak puas hati dengan mak bapak sebab tak beli apa yang dia nak. oi umoq hang dah berapa nak teriak macam budak tak cukup akai kat timeline tu? Kalau dia tahu betapa susahnya ibu ayah korek sana sini duit, overlapped lagi, semata mata untuk anak je. hm zaman aku nanti entah macamana la pulak ragam anak-anak kan :(

Aku pon bukanlah anak yang solehah yang reti bercakap lemah lembut sangat pon sebab kadang2 aku bergurau dengan parents aku pon memang habis suara jantan keluar. itu baru bergurau. Kalau aku marah, aku senyap je. Takut takut kalau bersuara terkeluar nada yang yang tak sepatutnya. Buat muka masam dengan ibu ayah pon dah dosa tau apatah lagi ko nak kena tinggi suara dengan dorang. Jadi ambil lah langkah mudah, berdiam diri.

Baru-baru ni aku terdengar ibu ayah borak. Memandangkan salah sorang adik aku dapat tawaran ke Mesir(inshaaAllah Okt ni), maka banyak la wang yang bakal dilaburkan. Sebelum ni lagi ayah dah siap buat loan apa sume sebab nak harapkan duit gaji bulanan memang tak dapek la den nak nolong. So serba serbi dari segi persiapan adik aku dah siap. Tinggal nak fly je. Adik aku selalu bagitau aku, dia tak tau nak pergi ke tak study sana. Aku tanya, kenapa? Kalau pasal pergolakan sume tu inshaaAllah dah takde apa-apa kat sana. Tapi dia cakap, bukan pasal tu. then aku tanya lagi, kenapa pulak taknak pergi? katanya, dia macam tak sampai hati nak pergi sebab takut tak cukup duit semua tu and takut ibu ayah kena overlapped lagi sebab nak tanggung dia punya pengajian kat sana. Aku cakap, seeloknya pergilah. Ayah dah buat loan untuk dia pergi sana. Kalau dia tak pergi, maksud rugi lah.MARA pulak memang dah tak taja students ke sana. Memang la sekarang nampak susah, tapi nanti dah setahun kat sana mana tau dapat biasiswa. So kuranglah sikit beban. Bila dah berjaya nanti jangan sombong sombong, nak lagi dengan ibu bapa. itu jela aku sempat nasihatkan. cewah, aku nasihat adik sendiri siot ! hihi

Sejujurnya, bila aku terdengar macamtu, aku sedih. Sedih sebab aku yang sulung ni tak mampu nak tolong apa-apa lagi. Ofkos la tanggung anak-anak tu tanggungjawab ibu bapa, tapi aku sebagai anak yang sulung lagi sihat dan bajet berdikari ni, aku rasa macam.. yeah i need to do something. i have to !

Sebab itu, bila orang tanya...

" Nape tak sambung full time degree je? nanti tak terganggu ke study kalau buat dua benda satu masa? kerja lagi. study lagi? dapat ke catch up?? Rugi tau tak sambung..masa ni la nak rasa student life. Lepasni takde dah..blablabla......"

 STRESS--

AKU jawab: "Ala takpela, inshaaAllah, boleh je carry sume tu. asalkan disiplin n kena korban masa sikit. Lagipun taknak susahkan ibu ayah. Adik adik ramai lagi tengah study. Kalau ambik full time degree ni nanti balik-balik mintak duit ibu ayah jugak. Walaupun ada ptptn, tapi aku masa diploma dulu pon guna ptptn jugak. Mintak duit je jugak. Takde beza do. At least sekarang aku dah belajar susah takde duit sebab sume nak belajar berdikari. Kalau pon tak dapat carry, itu depends on aku punya usaha. Kalau dapat carry dengan baik, Alhamdulillah.."

Macamtu je aku jawab bila orang tanya. Biasanya makcik makcik dekat area rumah aku yang sibuk tanya itu ini. Kadang-kadang aku naik geram juga. Lepastu mula la nak cerita anak dia dah sambung degree itu, degree kat sini. Ah ingat aku peduli ke. haha apapun, aku lebih tau keadaan ekonomi keluarga aku sekarang. Sometimes, tak semua benda boleh dicerita atau dicanang kat semua. kan. So, just live your life. Aku rasa dah tiba masa aku nak repay balik apa yang parents aku dah buat. Tak semestinya umur nak kena cecah 30 nanti baru terfikir nak balas jasa ye tak. Lagipun kita tak tahu umur kita ni sampai bila. So, sementara masih sihat ni kita rasa kita mampu, even tak guna duit pun at least kita dah ringan kan beban orang tua kita. Harap harap aku sempat nak bagi ibu ayah rasa duit gaji aku nanti heheheeh ameennn..

So kawan kawan, take care :) 
xoxo

Tuesday, 20 August 2013

Boleh raya lagi tak ?


Assalamualaikum

Takde niat nak taip panjang malam ni. Malam pon dah nampak ke malaman dia tu. Almaklum, dah pukul 1. Gini je, itu hari aku dapat satu invitation ni. cewah. bukan invitation namanya kalau sehari sebelum kejadian tu. tu nama nya ajak2 ayam. ko je yang perasan. Yela dah alang-alang member aku ajak beraya, kita pon on jela disebabkan konvoi ngan kekawan lain cancel. disebabkan geram,aku pakai je baju mana yang ada. takde nak berbaju raya nye derr...aku pon turut kecewa sebab dah excited nak beraya (sebab terfikir ada banyak makanan kalau g beraya) then tetiba cancel. bukan sekali. haha macam-macam la kawan aku ni. jadi bila aku nak balas dendam balik sebab tak dapat makanan sodap dan juga banyak tu, aku pon terus berkata 'ya' je bila orang ajak beraya ni. Lagipun member rapat masa teknik dulu kan. nak tunggu semua orang ada, memang mustahil sikit lah sebab masing2 busy dah sekarang. aku je bajet2 tak busy sebab nak selalu di ingati oleh kengkawan hahaha. 

oh panjang sangat ke aku taip tadi? tak berapa nak sure sebab aku baru duk sibuk upload gambo tadi boleh pulak tetiba ada satu ekor lipas ni tersesat masuk bilik aku yang serupa bilik puteri ni(agak-agak bilik puteri tu camno ye). maka aku tak jadi menjerit sebab teringat batuk yang tak sudah dari pagi tadi. jadi aku pon berlari sekuat hati mencari sesuatu yang boleh dibuatalat untuk menamatkan riwayat hidup lipas tersebut. Aku pon tak tahu macamana boleh masuk kisah lipas pulak sekarang ni sebab masa aku duk syok menaip satu dua ayat untuk mengutuk perangai si lipas ni, tetiba aku terasa ada benda merayap dekat kaki...dan itu serupa lipas yang aku dah semburkan dengan 'Ridsect pembunuh nyamuk' tu. DANNNNN aku pun menjerit sekuat hati dan terus berlari keluar bilik dan kebetulan eyna(housemate) baru cross kemudian kami pon bertembung dan eyna sekali menjerit bersama-sama. ok done. 

Sekarang aku takkan tanya diri sendiri lagi kenapa aku batuk tengah-tengah malam nanti. 

_ _ _ _ _



 *Bahiyah Aziz, best friend since 2008 and still counting- Banting, S'gor




 *Kalau kat Teknik Gombak dulu memang satu otak kitaorang ni. except yang baju belang2 tu. dia kawan kepada kawan je :)




 * Haaaa ni kita bukan sahaja beraya, malah bemesra-mesra dengan haiwan yang ada di rumah open house kawan kepada kawan aku tu. Banyak jugak half persian ni lebih kurang 8 tak silap. ni one of them yang aku rasa paling hensem dan kacak di semenanjung Msia ni. Dia takut kesian nengok aku masa ni sebab asik terkinja2 tengok dia ngan kangkawan dorang nih--




 * "Apehal banyk sangat pimples ngn tahi lalat kat muka dia ni? dah tu sibuk nak tangkap gambar orang. heshhh kacauuuu"




* hello, i pon dapat merasa dukung yang ngengada sikit ni tauuuu *


psst, cerita pasal lipas tu memang takde kena mengena dalam hal raya kalini. cuma biasela. Malang tak berbau. Lepasni warga lipas sekalian please, sebelum nak datang tu spray dulu perfume kasi bau jauh sebatu. grr

Saturday, 17 August 2013

Baru rasa beraya

Assalamualaikum.

how's your raya? is it kinda boring? muahaha
Sejujurnya, Syawal aku tahun ni tak berapa nak meriah. yelah bila family tak cukup, nak beraya pon tak sodap.
Gini lah. Cuba engko bayangkan first day raya tu je aku telah bersiap seawal yang mungkin. Dengan baju kurung bagai, siap dengan mekap tempek sana sini sebab nak cover jerawats, shawl pon dah habih melilit dah. Tup tap tup aku duk terbaring sambung tidur tak hingat dunia. Wah kau beraya di katil saja kah tahun ini?

Takde ah. Dah dengan tahun ni je aku first time tak balik kampung masa 1st day raya. Biasanya kitaorang balik kampung (tahun ni giliran ke Bentong,Pahang) sehari sebelom raya. ini, jangan kan sehari sebelum, pagi raya pon dorang boleh sambung tidur after subuh. eh termasuk aku sekali lah. 

Sebabnya adik aku yang sorang tu tak dapat cuti beraya tahun ni. So kitaorang pon balik kampung pada tengahari tu. aku pon yang dah sememangnya bersiap memang tinggal bangun dan bawa barang ke kereta aje. Settle raya pertama aku.

Raya kedua dah sememang-memangnya ada kat kampung daaahh. Sampaaiiii la raya ke 4. Best. aku sebenarnya suka kampung. bau pokok je. ada sungai. ada katak(haa????) ha macam2 la ada. makanan pon enak. perut pon dapat sakit sebab asik melantak sesukahati tekak. 

Jadi bila dah balik KL aku pon tunggu jela kot-kot ada kengkawan buat open house ke kan, konvoi raya ke kaannn. 
Ada yang sempat datang. ada yang tak berapa nak sempat. 

Aku pulak next week dah nak start kerja balik. Dah nak kena packing balik umah sewa.
Maksudnya i dah membujang balik lah. 
Barang dapur nak kena pikir sendiri. Hal penjagaan diri pon kena beli sendiri. mana nak beli sabun badan, mana nak beli pencuci muka, mana nak ubat jerawat haa sume tu skali lah termasuk kan.
Dari hal yang sekecil2 zarah tu(eh kemain) sampai la hal yang sebesar2 gajah tu aku dah list kan. Apa yang patut beli. apa yang tak perlu beli dulu.

Maklumlah, dah kena berdikari. Duit gaji nak kena jimat. takleh nak beboros sesukati perut kau. Nak shopping baju pon kena la fikir 5 hari 5 malam supaya tidak mengikat perut dikemudian hari.


Begitulah cerita. Aku sebenarnya takde modal. ini pon sesaja curi masa. Eh next week gua ada satu interview ni tau. hmmm takyah bagitau dulu kot inerview apa. surprise surpriseee ! ahaha doakan lah aku ni ha kekawan oi. ni pon duk catu duit nak beli baju gi interbiu. Pempuan memang. memang suka sangat habih kan duit tu kalau tak ke baju. Pembaziran kan? --

Eh tetiba ter selsema pulaks. ahaha
Selamat Hari Raya semua :) Maaf kalau ada pernah tersalah bicara, ter lanjur tulis dan terlajak bercerita

oh ye. aku punya beraya siap tergedik-gedik kat fun fair lagi uolss. tak cukup dengan itu, ibu iols pon join weols masuk rumah hantu kauuuu. ha dengan keta langgar langgar pon mak aku naik tau. haha nak tergolek bila ingat balik sebab adik bongsu aku siap malu dengar suara kakak-kakak dengan ibu dia menjerit dalam tu kahkahkahkah. kurus weh gelak. serius. muntah pon ado. 

 # Dah lepas main keta langgar ! tengah line up nak masuk umah antu pulaks. tu sepupu i :)


 # Hi, kitaorang excited nak pukul hantu. hahah . belum apa2 dah jerit dulu mak jemah ni


 # 4th day Syawal. Dah habis baju raya--


 # Open house kak Malin. Akak i. cantik uols


# Ex senior i masa zaman Semteg dulu. Teknik Gombak yeay !


Ok. dah habis. love is love.

Tuesday, 9 July 2013

eh dah Ramadhan !



Tak aci lah aku dah lama tak update blog pastu tetiba update nak bagitahu ni dah masuk bulan Ramadhan. Kalau nak tahu aku sekarang tengah celup coklat untuk Almond London wahahahah tapi aku lari sekejap memandangkan aku belum mandi dan sementara nak tunggu coklat tu dicairkan dengan menggunakan alat pencair coklat. phewh. tarik napas. takyah lepas.

Well memang dah aktiviti ruji semasa bulan Romadhon ni aku bergabung tenaga dengan ibu aku utntuk menyiapkan tempahan orang ramai (ramai angat-angat) yang mahukan biskut raya mereka disiapkan secara pantas padahal raya tu ada 29 hari lagi. tak ke gelojoh tu. kuikuikui

k ah saja nak singgah jap kot kot semua orang nak tahu aku tengah buat apa kan. Tapi tahukan anda bahawa takde orang pon yang membaca blog ini hahaha. k ah Selamat menjalani ibadah puasa. Bukan puasa makan je tau. puasa tingkahlaku percakapan gaya jalan cara pandang dan sebagainya haruslah dengan tertib dan beradab ye tidak. Assalamualaikum you all ~

Saturday, 8 June 2013

The reason


Masa sekolah dulu ramai yang tanya, kenapa aku obses sangat dengan hijau ni..biasa lah kita semua ada warna feberet masing-masing kan. Kadang-kadang tu ada yang sampai bila nampak je muka aku dah cop dengan warna hijau dah. Nampak liana nampak hijau. Bila nampak hijau ternampak liana. ha gituuu

Aku rasa aku dengan hijau memang tak dapat nak dipisahkan lagi dah. Dia kan, camni tau.. aku memang takboleh sikit dengar pasal hijau sikit dah menggelabah tak pasal. Baru dengar je tu. Lagi satu aku perasan, kalau ada program kat hutan ke panjat gunung ke bukit ke apa ke mesti aku yang lelebih excited nak join. Nak kata stamina kuat, takde la sangat. Lambat je jugak aku mendaki itu hari bahahaha siap kena dukung lagi kauuu. haa.

 Tapi sebab aku dah dapat bayangkan kalau masa mendaki tu kan, aku dapat tengok pokok-pokok, bau hutan yang aku feveret gila, nak lagi lepas hujan..lepastu aku suka nampak semua hijau. Nak nampak semua hijau tu mostly kat dalam hutan kan. WALAUPUN aku ni bukan lah berani sangat orangnyaa. Nampak pacat pon telan air liur senyap-senyap sambil mengucap dalam hati sebab segan kalau orang tau kita takut pacat/lintah/seumpamanya ngahahahahha malu lah i uols ! tapi orang tak tahu kan, aku takut pacat kan kan kan ? hehehehe

Lagi satu, bukan aku suka tengok benda warna HIJAU aje, lagu yang ada unsur-unsur hijau pon aku dah macam sawan nak download pastu masuk kat mp3 weh(secara illegal hahah ampunn). Aku pon tak tahu la mungkin ada jin berupa SHREK dah merasuk dan menghuni badan aku ni kot ye. choi mintak jauh yee astaghfirullahalazimmmm liana !!! eh antara lagu yang aku gila bila dengar tu macam lagu Zainal Abidin yang tajuk dia HIJAU, kumpulan XPDC pon ada lagu pasal hijau tau. Hijau Bumi Tuhan tajuk dia. muehehe banyak lagi weh. pastu kan ada group dari indonesia ni taju lagu dia Suara Ku berharap. haa amek kau.takde kena mengena kan? tapi sebabnya, nama group ni ialah Hijau Daun. Amboi, peminat hijau jugak ke...hahaha. Kumpulan Greenday pon jadi mangsa aku sebab lagu diorang boleh tahan sedap jugak nak lagi yang 21 Guns tu. See?? lagu yang ada perkataan 'hijau' je pun dah terpahat kat hati apatah lagi suasana keliling yang hijau melilau tu..

Hijau ni kan, sejukkk je bila pandang. Kalau ibu aku asyik tunjuk daun je kat aku masa dari baby mesti aku tak rabun teruk macam sekarang kan? hahaha itu, KALAU. tak baik k. dah jodoh kau dengan spek mata, nak buaat acaner. Ni, korang pernah dengar kuih ketayap? warna dia apa? Hijau kan. k aku tanya aku yang jawab ni boleh tahan ek. k takpe. Pastu pernah dengar kuih seri muka? hijau dan putih. aww sweet ! manis gitu..hm pernah makan kuih cara? yang tengah dia ada air gula pastu kalau kita makan dia tercurah2 sampai terpercik2 tu ha kan... so sume tu automatik jadi feveret aku selamanya gahahaha.. eh blog aku, sukahati aku la nak cerita aku suka makan apa.. hahaha kau ada? 

Dulu kan, aku pernah ada kalkulator warna hijau. tapiiii entah mana hilang. hm agak sedih la. entah entah aku yang terbuang tak? ko tau jela aku punya clumsy macamana kan. kalau tak, mana la aku tak terbuang sijil berenti sekolah masa syok kemas bilik? ish ish. bertuah la sapa jadi laki aku. akan ku paksa cari kan barang aku yang hilang hahahahaha..

Lepastu kan, pernah ada sorang kawan ni dia bagi satu set semua barang warna hijau ! ya Allah hai...ok ok. Manusia semua suka coklat kan? haa kau sekali bekas coklat pon warna hijau kak kiah oii. eh aku tak tau nak cakap excited dia macam mana dah masatu. k dah lama la tapii.. heheehe mekasih la ye :) terharu i tau.



 #Sebagai seorang perempuan, tak gentle ah kalau tak berangan kan. So aku selalu berangan nak ada bilik yang kalau boleh hijau tu mesti ada. tak kisah lah ada biru ke oren ke tapi hijau tetap ada. hehehe




 #See? macamana la aku tak suka masuk hutan.dalam hutan ada pokok, tebing pokok ada sungai. nahh hijau pon hijau. buaya pon ada tu ahahaha



#Baju hujan pon sebenarnya warna hijau ni. tapi tula, tak nampak hijau sangat
#imbas kembali..Syukur..dapat sampai sini dan melihat keindahan ini sendiri :)


 #Dari casing henfon, beg bawak gi supermarket, sampai ke pen pon hijau. tu getah rambut ko tak fikir lagi. adui

 #Haa kau,, habis aku google search kan gambar kuih muih semua ni.Untuk tatapan perut supaya kenyang serta merta kahkahkah

 #FamilyDinner. Kahkahkah baju aku macam badut pon ada

 #Bantal peluk,Boyfriend,pendengar setia even tak bernyawa,kekasih gelap.




#Ni kawan kelas yang bagi.Masatu saja je puji2,"ehh cantiknyaaaa,,badge kau warna hijauuu" terus dia bukak dari pin then dia cakap, 'NAH AMBIK LA, aku tau kau suka'..aku pon tergamam dan melompat kegembiraan hahaha. thanks danial gigi besi !


Tapi bukanlah bererti minat warna hijau semua benda kena warna hijau ye tak. Tak semestinya lah. Ada jugak benda warna hijau tapi aku tak suka. Seperti ? KATAK. sekian.